Abang ini aku panggil Wak. Asalnya dari Jawa, Indonesia. Dia selalu kulihat di surau kami. Tempat kediaman aku. Kelihatannya dia berjalan jauh dari rumah kongsinya semata-mata mahu berjemaah di surau. Petang – petang. Malam – malam. Pagi – Pagi. Berjalan - jalan. Menuju ke surau.
Aku fikir Wak berjalan agak jauh dari rumahnya. Lebih dari setengah kilometer fikirku. Kerana badannya berpeluh-peluh dan tergesa-gesa untuk mendapatkan rakaat berjemaah bersama-sama apabila sudah sampai di surau.
Hati rasa sering benar sebak dan terharu dengan azam dan kesungguhannya untuk solat berjemaah. Itu rasa yang jauh dari sudut hatiku.
Aku selalu ingin menumpangkan Wak ketika aku berkereta. Kadang-kadang tidak tercapai mahu menolongnya, kerana aku melihat kelibat Wak sudah hampir di surau ketika aku memandu.
Satu subuh yang panas dengan cuacanya tika itu Allah telah kabulkan doa aku. Azan sudah lama didendangkan. Wak berjalan pantas hadapan rumahku.
“ Wak, mari Wak. Saya bawakkan ke surau. Kita pergi sama- sama ya !”
Pada mulanya dia agak malu dan menolak. Namun aku memujuknya.
“ Ayuh Wak, nanti ketinggalan solatnya! “ kataku lagi.
“ Terima kasihlah bang. Saya ingat tidak sempat bersolat jemaah lagi tadi. Moga Allah membalas jasa abang menolong saya. Semoga abang bahagia dunia akhirat ya “ katanya sambil malu-malu mahu menutup pintu kereta aku.
Hati terus melepuh. Rasa hangat dengan kata-kata doa itu .Tanpa disedari air mata mula menitis.
Alllahumma Ya Amin, barakallah fina abadan abada!
Kursus seminggu yang lalu di sebuah lokasi yang berbeza. Waktu rehat dan Zohor selalu aku bersantai-santai di selasar masjid berhampiran sambil menanti sambungannya pukul dua petang. Kucing kuning comel ini sengaja menggesel-geselkan badannya pada kaki aku. Kasihannya melihat merintih kelaparan sebegitu.
Matanya sangat tajam memerhatikan aku.
Esoknya, aku hadiahkan ‘makanan’nya yang ku bawa dari rumah.
Lusanya, dia telah menantikan aku. Aku tertawa dan tersenyum kerana fikirku dia seolah-olah sudah mengenaliku.
“ Nah, tinggal ya, besok kita tidak berjumpa lagi. Kalau ‘kau’ bertemu dengan penciptamu di akhirat kelak, kau laporkan kebaikanku kepadaNya. Mohonlah padaNya agar aku dimasuki syuraNya ya ! “
Kelmarin, aku membuka suis utama tv . Dan, alangkah terkejut rupa-rupanya siaran saluran tv berbayar aku sudah "hilang". Selidik dan mengimbas kembali, rupanya-rupanya juga inilah satu-satunya bil yang belum aku lunaskan lagi. Mengapa ya? Mengapa aku tidak perasan?. Fikirku. Kerana selama ini memang aku yang menguruskan setiap pembayaran urusan bil rumah tangga aku.
Sebenarnya, sudah lama benar aku dan suri tidak MENONTON TV. Jadi, mungkin kerana hal ini , aku telah mengabaikan pembayarannya sehinggakan aku tidak menyedari ke manakah hilangnya surat pembayarannya!
Sudah hampir setahun rumah aku tidak dipasangkan tv. Bayangkan bayar setiap bulan demi bulan tetapi tidak menonton tv. Melainkan jika tetamu datang ke rumah, dan sengaja kami pasangkan tv itu bimbang jika anak-anak tetamu berasa sunyi dan bosan. Aku hanya berkesempatan menonton tv jika menziarahi ke rumah orang lain seperti pulang ke kampung dan sebagainya. Atau, jika sesekali makan di gerai atau kedai.
Mengapa aku tidak menonton tv selama ini?
Pertamanya, kesibukan. Pabila pulang dari bekerja hanya berehat sambil mendengar radio. Sedar sudah sampai waktu Asar. Selepas Asar, kalau aku tidak besenam aku akan berkebun di tepi halaman rumah. Pabila malam, menyiapkan hal-hal pengkeranian sekolah ataupun aku mengambil masa membaca buku. Tetapi, kebanyakan masa dihabiskan di internet.
Apabila tidak menonton tv, aku menyedari beberapa perkara
1. Aku banyak berbual dengan suri tentang pelbagai perkara.
2. Menyiapkan kerja sekolah dan menguruskan masa dengan baik (maknanya tidaklah menjadi seperti orang lain yang ditegur tidak menyiapkan kerja pada waktunya)
3. Aku kurang mendengar dan mengambil hal-hal yang tidak penting.
4. Aku kini lebih banyak membaca, menguruskan rumah dan paling penting kini adalah cuba mengkoreksi diri dalam hal-hal kerohanian.
Sungguh, aku malu jika menceritakan hal diri aku yang lalu. Yalah, zaman menonton secara ‘maraton’ . Seriusnya, jangan salah faham, filem-filem pilihan aku bukannya tidak bagus. Penuh inspirasi. Tetapi terlalu banyak fokus ke situ menjadikan diri agak ‘gila’. Tidak dinafikan, filem - filem yang aku tonton berjiwa inspirasi. Namun, sekarang aku menetapkan hanya sesekali melayan dan itupun memang aku saring benar-benar. Hujung minggu. Sejam atau dua sahaja.
Bagaimana dengan suri?
Dia dengan hobinya. Habis sahaja waktu sekolah terus di dapur dengan perniagaan hobinya. Jadi, memang suri tidak menonton tv. Hobinya sangat lumayan, sehingga mencuri sungguh masa aku dan dia. Inilah hobinya..
Nanti, akan datang aku menceritakan keghairahan suri dengan hobinya pula ya.
Kadang-kala, suri menghabiskan seharian menyiapkan bahan bantu mengajar dengan mencetak , mengambil bahan daripada internet dan seterusnya melaminat dengan plastik, menggunting sehingga hatinya puas. Sambil mendengar pilihan lagu instrumental yang aku pilih.
Jadi, memang hidup kami penuh terisi tanpa tv.
Begini, kalau mahu meninggalkan tv pastikan ada alternatifnya. Seperti membaca, melayari internet, apa-apa sahaja. Hakikatnya,menonton tv sebenarnya perkara yang sangat sia-sia. Ini aku akui akhirnya. Mengapa ya?, kerana apa yang kita dengar, apa yang kita tonton dan apa yang kita baca menentukan prinsip, dan diri kita. Kerana ia pasti mempengaruhi tindak-tanduk dan tingkah laku kita. Jadi, kita harus menapisnya apatah lagi dalam dunia hiburan dan tv yang semakin membahayakan.
Tidak dinafikan juga kebaikan program dan rancangan yang ada banyak manfaatnya. Ada program / rancangan /filem yang sangat - sangat aku tunggukan, lalu aku muat turunkan dan aku hanya paparkan kemudian sahaja di tv. Kita tentukan bukan ‘mereka’ yang menentukan. Tv ialah satu hypnosis Kedengarannya menakutkan, tetapi sebenarnya ia memang betul dan tepat.
Tv atau internet?
Aku memilih internet. Kerana aku yang tentukan apa yang mahu aku pilih untuk baca, terokai dan selidiki. Kelmarin, aku temui satu kaedah untuk mengoptimakan penggunaan elektrik di rumah!
Youtube?
Ya, selalu. Satu bentuk tv internet tetapi aku yang TENTUkan apa yang akan aku tonton. Aku tukarkan format dan paparkan semula di tv (menggunakan ‘pen drive’ ). Ceramah, filem inspirasi, dan lain - lain.
Buku/Majalah?
Ya Allah, sudah banyak buku yang telah aku hadami sejak aku meninggalkan tv.
Hobi ?
Aku telah membantu suri menyelidiki dunia bakeri malah suri telah banyak mencuba resipi baru dan baru dengan tidak menonton Gemersik Kalbu, Tentang Dhia atau Ombak Rindu! Siapa yang berani mencuba resipi Chocolate Fudge daripada chef tersohor Anna Olson. Suri telah berjaya menghasilkannya!
Hmmm perhatikan. Apa yang kita dapat dengan menonton semua drama itu? Berapa duit yang kita dapat dengan menonton kesemua drama tu dan berapa duit yang ‘diorang’ dapat ? serius, fikirkan!
Propaganda dan dakyah.
Pengulangan iklan demi iklan. (Duit berjuta-juta syarikat tv dapat) menyebabkan dan menjadikan kita hipnosis. Kita terpengaruh tetapi kita membayar (membuang masa) masa dan wang kita untuk menonton iklan pencuci tandas berulang - ulang kali. Kita menonton watak isteri yang sibuk dengan hal rumah tangga orang lain. (Ini yang kau nak bagi isteri kau tengok! ) Tidak, aku yang tentukan apa yang aku dan isteri aku tengok, dengar dan buat sebab aku yang bertangungjawab di akhirat nanti. Menjadi ketua keluarga yang diredhai Allah.
Jadi, secara rasminya , di rumah aku kini sudah ditamatkan siaran tvnya. Dan, aku tidak pasti bila aku akan serius untuk menyambungkan pembayarannya. Mungkin tidak Mungkin ya. Namun, seriusnya sungguh gembira dan bahagia hidup aku tanpa tv! Anugerah Juara Lagu telahpun berakhir dan 6 juta orang menontonnya. Aku dan suri tidak menontonnya dan bukan kalangan 6 juta orang itu. Tetapi, aku masih lagi tahu siapa yang menjuarainya dengan hanya membaca surat khabar. Aku bukanlah ekstrem, lirik lagu Awan Nano itu sangat ketuhanan dan sering aku dengarkan di dalam kereta aku. Tetapi, untuk menghabiskan 4 jam di tv menonton siaran langsung itu dengan semua 'pakej' yang ada? Fikirkan; apa yang kita baca, kita tonton, kita dengar dan kita makan bakal menentukan diri kita!!
Kaji betul-betul apa yang diucapkan oleh lelaki di bawah ini !
Bagaimana
mahu merungkai JIMI?. Pada DNA nya, kelakuannya, sifat mazmumah
atau mahmudahnya?. Mungkinkah JIMI itu sebuah ciptaan, atau
persepsi bagi sebuah realiti? Jujurkah atau hipokritkah JIMI,
tetapi bukankah semuanya begitu?. Mari mendalami JIMI.. ::Mengapa
Jimi menulis? ::Di
sebalik wajah