Kerana tahu aku punyai banyak kekurangan dan kelemahan diri, aku tahu aku kurang yakin untuk membimbing dan menasihati suri. Suami tidak diizinkan syurga di akhirat jika isterinya tidak taat kepada Allah. Kerana itu, aku sentiasa berjanji untuk menjadi suami yang terbaik untuk suriku.
Kelemahan dan kekurangan diri dalam hal-hal agama mendorongkan aku untuk mendaftarkan suri dalam satu konvensyen di Putrajaya. Sebuah konvensyen yang unik, tersendiri, Islamik malah julung-julung kalinya diadakan. Moga dengan duit yang aku bayarkan pendaftarannya untuk suri, akan memberikan input-input supaya sentiasa suri menjadi mukmin dan wanita yang patuh kepada suruhan tuhannya. Nak ajar sendiri apalah sangat ilmu yang aku ada.
Aku menyeru kepada kalian yang berminat (hanya untuk wanita sahaja) supaya mendaftarkan diri di konvensyen ini. Semua tokoh dan personaliti hebat tampil bekongsi ilmu dan pengalaman. Mudah-mudahan, kita menjadi manusia yang lebih baik daripada semalam dengan menambahkan ilmu kita.
Laman web
Tentatif
Personaliti
Dan, kalau mahu bertemu dengan kami (aku dan suri) semasa konvensyen itu, boleh saja! Oh ya, hanya peserta wanita sahaja yang dibenarkan masuk ke dewan besar itu. Jadinya, aku akan berpusing-pusing selama dua hari sekitar Kuala Lumpur/Putrajaya hujung minggu itu.
Seronoknya kalau berpeluang dan bersua muka dengan
idola nombor satu aku ni. Cita-cita aku mahu menjadi sehebat dirinya yang sentiasa hebat memberi untuk Allah.
jumpa nnti ya!