Salam , semoga akak sihat-sihat sahaja.
Nampaknya, tahun ini saya ditugaskan menjadi ‘ayah angkat’ kepada anak akak sempena program ‘mentor –mentee' Tahun 6 . Saya menerimanya dengan tangan yang terbuka. Seperti selalunya.
Saya memohon keampunan daripada Allah, memohon maaf daripada akak kalau-kalaulah saya ini sebagai gurunya berlagak pandai dalam mendidik, mengajar anak akak. Sebenarnya dan sebetulnya, hanya mata hati seorang ibu sahaja yang mampu memahami jiwa dan peribadi seorang anaknya.
Untuk itu, saya memberanikan diri saya berhasrat unuk meminjamkan buku ini buat bacaan ketika masa lapang. Saya ingin berkongsi ilmu jadi saya meminjamkan buku-buku ini kepada akak. Mudah-mudahan ada manfaat dan faedahnya.
Ada banyak lagi buku-buku yang ‘berguna’ di rumah saya jika akak berkeinginan lagi untuk meminjamnya.
Semoga Nur Ain peroleh keputusan yang cemerlang pada hujung tahun ini. Amin. Tetapi, apa yang lebih penting biarlah teguh iman dan ilmu di dadanya satu hari nanti. Insyaallah, jika kita kejar akhirat, pasti dunia akan ‘mengejar’ kita juga akhirnya.
Sama-samalah kita berdoa.Amin. Cikgu Jimi.
Labels: cikgu Jimi |