Ini ialah buah Salat. Kategori buah yang sudah hampir memasuki buah nadir. Nadir bermaksud yang jarang ditemui dan dijumpai lagi. Baunya cukup aneh, pekat dan agak kuat menusuk hidung. Kelihatan seperti buah pic warnanya, manakala pokoknya pula seperti daun pokok manggis.
Tekstur kulitnya seperti buah kiwi. Berbulu di luar atau seperti baldu. Apabila aku cuba memakannya, rasanya seperti manis buah nangka dan agak kurang manis berbanding buah-buahan tempatan yang lain.
Kali pertama aku dan suri melihat buah ini dengan rasa kagum dan kehairanan. Takjub, pada usia yang tua sebegini banyak lagi makhluk alam ciptaan Allah yang belum aku ketahui, hatta di negeri sendiri.
Aku dan suri menemuinya ketika berkunjung di Kuala Kangsar, Perak.
Info tentang buah ini boleh terus dibaca di siniLabels: catatan hidup |