Aku bukanlah orang yang baik. Dulu-dulu, banyak benar kesilapan dan kesalahan yang pernah dilakukan. Tetapi…aku sedang berusaha menjadi orang yang lebih baik daripada 'aku' yang semalam. Aku sedang mencuba menjadi orang yang baik. Jadi izinkan aku dengan perubahan ini ya. Dan, doakan aku ya.
Aku mahu merubah kehidupan sekeliling aku menjadi lebih baik. Namun, yang perlu diubah dahulu ialah diri 'aku' dahulu. Ironinya, aku tidak mampu mengubah barang sesiapapun…melainkan dengan izinNya.
Ayuh…cikgu Jimi... sesungguhnya perjuangan ini sangat-sangat berbaloi.
Labels: catatan hidup, cikgu Jimi |
Insya'allah Jimi.