Tuesday, January 17, 2012

Anehnya Aku

Orang barat suka benar menulis. Malah setiap apa jua pun mahu direkodkan dan dituliskan. Malah, segala jenis ilmu malah catatan peribadi jua ditulis, malah telah banyak dibukukan. Tidak hairanlah, budaya mencatat sentiasa wujud dalam diri mereka. Budaya menulis itu amat jarang ada dalam masyarakat kita. Itu dasar pemerhatian aku yang agak naif dan dangkal. Terserah untuk bersetuju atau sebaliknya.

Mungkin kalian amat kenal dengan populariti biografi kisah Anne Frank. Anne menulis apabila dia dikurung bersama keluarganya ketika zaman peperangan. Diari ini menjadi cukup terkenal yang berjaya memerihalkan kehidupan getir pada zaman peperangan. Ataupun, sedikit daripada kita yang pernah membaca Frank McCourt , kisah kehidupan gelandangannya dalam Angela Ashes. Begitulah mahalnya kisah peribadi, asalnya ditulis untuk meluahkan isi hati. Sekadar itu. Banyak lagi contoh yang boleh aku sertakan di sini jika berpeluang.

Sebetulnya dan hakikatnya, budaya menulis ini telah lama ada dalam kehidupan kita sebagai orang Islam. Bayangkan bagaimana para sahabat nabi zaman dahulu menulis ayat-ayat suci pada helaian demi helaian daripada dedaunan kering. Para sahabat begitu bersusah payah berkorban untuk mengumpulkan hadis-hadis dan mengistilahkan ilmu hadis untuk mengkategorikan jenis-jenis hadis. Sangat dahsyat ilmu dan daya berjuang mereka.

Bukan tidak ada para ulama kita yang menulis dalam perspektif 'personal'. Bacalah buku pengembaraan Ibnu Batuta.Kaitan kembaraannya dengan hubungannya dengan pencipta alam itu sendiri.  Atau buku paling popular La Tahzan. Atau, kalian wajib membaca Apa Ertinya Saya Menganut Islam tulisan Fathi Yakan. Dan, sebenarnya inspirasi menulis blog ini tidaklah sia-sia sebenarnya. Awang Goneng sebenarnya menulis kisah hidupnya, zaman kecilnya di negeri Trengganu yang akhirnya telah berjaya dibukukan.
Dari dulu aku memang suka menulis. Mujurlah ada ruang blog di alam maya ini, dapat juga disalurkan tulisan -tulisan aku. Daripada disepah dan dibuang entah ke mana - mana. Pernah aku mempunyai satu 'fail folder' hasil tulisan aku serta segala cebisan keratan inspirasi yang kuambil daripada mana-mana bahan yang kutemui. Hilang entah di mana ya apabila mahu mencarinya semula.



 
Ini buku jurnal tulisan aku. Sebahagian idea tulisan aku dalam blog ini hasil daripada tulisan aku di buku ini. Dan, selebihnya ialah tulisan-tulisan refleksi yang menuntut diri untuk sentiasa bermuhasabah ataupun sekadar catatan kata-kata yang aku dengar, baca atau ambil daripada mana-mana tempat. Anehnya, buku ini aku simpan di laci meja di sekolah aku. Aku malu, kalau-kalau suri aku terjumpa dan membacanya. Anehnya lagi, dia memang pembaca blog aku selama ini. Jadi, apakah relevannya?

Biarkanlah sahaja aku dengan keanehan aku ini.

Kepada kalian, jangan peduli. Tuliskanlah daripada isi hatimu.

Labels: ,

posted by Jimi Wiser @ Tuesday, January 17, 2012  


Post a Comment
Kembali
 


Bagaimana mahu merungkai JIMI?. Pada DNA nya, kelakuannya, sifat mazmumah atau mahmudahnya?. Mungkinkah JIMI itu sebuah ciptaan, atau persepsi bagi sebuah realiti? Jujurkah atau hipokritkah JIMI, tetapi bukankah semuanya begitu?. Mari mendalami JIMI..

:: Mengapa Jimi menulis?
:: Di sebalik wajah





Skrip Kehidupan
Anak Kilang
Muhasabah Jimi
Laman Rumah Jimi
Terima Kasih
Nikmat Kenangan
Nikmat Kejayaan
Nikmat Tangisan
Puasa dan Kesibukan
Cuti - Cuti Cikgu Jimi
Pergi Dulu
Erti Lelah dan Keikhlasan
Seputar Kehidupan
Rayuanmu
Musim Berkurung
Cakar Kucing
Buku Raya
Anekdot Ramadhan dan Syawal
Anak-Anak dan Mercun Raya
Nikmat dan Rezeki
Kembali
Sebuah Alegori Buat Abah
Abah Telah Pergi
Rindu
Buah Cinta
Terima Kasih Hafira
Hadiah Hari Guru 2010
Selamat Hari Guru
Rasa Itu
Racau
Tangan Jahat
Hujan Panas
Cetusan Hati
Ayah oh Ayah
Melayu Yang Layu
Dicerap
Teman-Teman Ibu
Mendobi Baju
Berlari
Terima Kasih, Suri. Selamat Bertugas
Akhir 2009
Dunia Buku Jimi
Cuti Sekolah Cikgu Jimi
Terima Kasih Pembaca
Hidup Untuk Memberi
Janji Cikgu Jimi
Ayah dan Ibu III
Ayah dan Ibu II
Ayah dan Ibu
Teruskan Berdoa
Jutawan
Virus M
Sang Rasa
Bencana Makanan
Mendidik Puasa
Pen Hadiah Cikgu Jimi
Nasi Lemak Best Giler
Harapan 25 September
Baju Raya

Macam Mana, Cikgu?
Wajah - wajah UPSR
Alhamdulillah
Kerja Sekolah, Cuti Sekolah

Tahniah, Madihah
Virus dan Stress
Generasi 2009

Cikgu Jimi dan Bahasa

Van Hijau Itu
Kejantanan

Yang Terbaik
Lepat Pisang Amirul
Belated Hari Guru
Demi Azmil III
Demi Azmil II
Demi Azmil I
Mudah-Mudahan
Warna-Warna Alam
Cikgu Siti
Terima Kasih Kembali,

Shahril oh Shahril
Terima Kasih
Hamba yang Lemah
Berkirim Salam
Ingat Tak Lagi Cikgu?
Kekentalan Jiwa
Hari Pertama
Hari Terakhir
Lepaskan Aku ke Laut
Debaran yang Kencang
Soal Selidik Cikgu Jimi
Guru Biasa, Guru Murabbi

Nasib Guru-guruku

Kad Raya Hanim
Salam Alifi
Misi Gigi
Pasca UPSR
Raya Lagi
Selamat Semuanya
Laskar Pelangi
Duit Raya
Agen Perubahan Sosial
Anyway
Cikgu Bukan Sekadar Cikgu
Azmil
Kehilangan
Shuhaida
Kamala
Melankolia Lagi
Memoir Seorang Guru
Tunai tetap ditunaikan
Berbuih-buih
Choral Speaking Bermadu
Kak Imah
Anak Kampung
Masih Berbaloikah Lagi?
Surat Cinta Monyet
Tunai Janji
Meja Cikgu Jimi
Cikgu Jimi
Terima Kasih
Menunggu dan Menanti
Hari Guru Bahagian 3
Hari Guru Bahagian 2
Hari Guru Bahagian 1

Teman Sejati
Kelas Antonim
I am Staying Put
Tinta Merah Cikgu Jimi
Hadi Haziq
Jerayawara
Sufiyah oh Sufiyah
Hadiah Buku
Destinasi Tugas
Kain Pelikat
Cuti Sekolah
Nikmat Kesyukuran
Hafiz
Khairil
Carpediem
Just Go and Fly Kite lah!
Perempuan Melayu Terakhir
Jimi di Pangkor
Hamimah
Cerita Hantu
Cinta Monyet
Puisi Anak Kecil
Anak Kecil Beraya
Anak Bangsaku Malaysia
Aku Yang Dihina
Duri Berduri
Bad Teachers 1
Bad Teachers 2
Cikgu Jimi 1
Cikgu Jimi 2
Kembaraan Harianku
Tunjuk Ajarku, Sifu
Guru Ibarat Lilin





Brick Lane
Tokyo Tower: Me, Mom and Sometimes Dad
Grace Is Gone
Sepi
La Misma Luna
Ayat Ayat Cinta
August Rush
Diving Bell and Butterfly
Gone Baby Gone
The Eye - revisited
Broken English
Juno
The Great Debaters
The Kite Runner
Secret Sunshine
Atonement
Freedom Writers
881 Papaya Sisters
Once
Waitress
Anak Halal
Denias; Senandung Di Atas Awan
Dead Poets Society
Evening
Sad Movie
Breakfast on Pluto
Lust, Caution
Driving Lessons
B
ushi No Ichibun
Tegami from Niraikinai
After Brylluppet
Starter For 10
Becoming Jane
Secrets
Anak The Movie
The Ultimate Gift
The Fountain
Miss Porter
Akeelah and the Bee
Paris Je T'aime
After This Our Exile
Snow Cake
Stage Beauty
Pan's Labyrinth
Mukhsin
Apocalypto
Children of Men
Little Miss Sunshine
Half Nelson
Dreamgirls
Babel
Pursuit of Happyness
Be With You
Prize Winning of Defiance Ohio
Confession of Pain
Curse of Golden Flower
Cinta
A Prairie Home Companion
The Wind That Shakes
The Barley

Goodbye Boys
The Banquet
Mistress of Spices
Heart