Tuesday, December 06, 2011

Kembara Pantai Timur :: Bahagian Satu



Pada asalnya, aku mahu sahaja membatalkan Kembara Pantai Timur ini, kerana musim hujan dan banjir yang bermusim waktu itu. Namun, setelah reda kisah berita banjir dan setelah menyelidiki suasana cuaca semasa pada ketika itu menyebabkan aku teruskan sahaja rancangan ini. Apatah lagi, aku sudah lama menyusun rancangan perjalanan, bersama - sama dengan tempahan awal hotel bajet sekitar 3 bandar utama pantai timur di sini.


Pengembaraan ke Kelantan, menelusuri jalan Grik - Jeli - Tanah Merah - Kota Bharu mengambil masa lebih dari 3 jam. Apatah lagi, selalu benar berhenti untuk seketika. Sengaja aku melengahkan masa, kerana mahu menikmati suasana santai sepanjang perjalanan. Suasana pergunungan yang teduh cuacanya menyebabkan perjalanan di sini sangat mengasyikkan. Aku telah merumuskan dan membahagikan perjalanan ini kepada empat bahagian. Bahagian satu; perjalanan kampung - kampung Grik, Perak. Bahagian 2; perjalanan mencabar Grik ke Jeli yang merentasi banjaran Gunung Titiwangsa. Bahagian 3; Kampung - kampung di Jeli ke Pasir Mas yang melalui jalan-jalan kampung di jajahan Tanah Merah, Kelantan. Bahagian 4; jalan terus ke kotaraya Kota Bharu yang sudah moden, sesak dan padat.



Setelah tiga kali memandu jalan ini (sebelum ini datang untuk menghadiri perkahwinan Cekmi), aku sudah mula semakin serasi dan selesa memandu di jalan ini, walaupun laluan lebuh raya di sini agak menakutkan dan mengerikan terutamanya mengenangkan cerita yang setiap hari Jumaat pasti sahaja ada kematian dan kemalangan di jalan ini.

Di Kota Bharu, aku dan suri menginap di Boutique Ridel selama dua hari. Kawasan yang popular di Wakaf Che Yeh, jualan ‘pasar malam’ yang setiap malamnya selalu dikunjungi pelancong dan orang tempatan. Namun begitu, aku yang kurang gemar suasana sesak dan ramai orang , menepis sahaja keinginan untuk berlama-lama di sekitar sini.

Pun begitu, banyak kedai serba guna dan kedai makan di sini. Jadi, mudah sahaja jika mahu membeli barang keperluan.

Hotel ini murah sahaja untuk kos penginapan semalam. Sesuailah untuk aku yang hanya bergajikan seorang guru biasa. RM80.00. Bersih, unik dan paling penting, amat selesa. Kalian yang berminat untuk menempah, bolehlah melayari laman ini.

Sengaja kami merancang tarikh ini, kerana dapat berpeluang bertemu dengan keluarga Kak Lun dan mentuanya dari Singapura, yang sekali lagi bercuti di Kota Bharu (kali ini mahu bercuti, tidak lagi terikat dengan agenda perkahwinan Cekmi tempoh hari).

Dan, dapat sekali lagi bertemu dengan Cekmi, yang kebetulan pulang ke Pasir Mas, untuk perkahwinan adik perempuannya juga berlangsung pada minggu yang sama. Kebetulan yang sengaja kami rancangkan. Atau, kata lainnya,  aku yang menyibuk mahu berjumpa mereka.

Dan, apabila sudah bertemu dan berbual memang menyeronokkan. Mengemaskini rutin kehidupan masing - masing sambil berkongsi kisah - kisah remeh- temeh kehidupan.

Tidak membeli apa-apa di sini. Mungkin kerana baru sahaja September lalu, kami sudah di sini. Seharian kami gunakan masa bertemu dan berziarah dua teman rapat suri.

Esoknya, jauh perjalanan ke Pasir Putih, ke rumah seorang teman serumah suri (sewaktu zaman bujang dahulu). Makan berlaukkan ikan darat dan ikan masin yang cukup menyelerakan. Solat Jumaat di masjid kampung di situ, yang kujangkakan akan berkhutbah dalam loghat Kelantan. Sangkaanku meleset, dan betapa naifnya sangkaan aku.

Setelah itu, bergerak pula ke Pasir Mas. Seorang lagi kawan Suri yang menjemput kami ke rumahnya. Rumahnya baru sahaja 3 hari pulih daripada banjir. Katanya, tiap-tiap tahun banjir sehingga ke tangga rumah. Tiang-tiang rumahnya tinggi seperti kebanyakan rumah di kawasan kampung ini.

Isu tentang banjir masih lagi dibualkan. Dan, kedangkalan aku masih menebal. Maklumlah, bagi orang yang tidak pernah mengalami situasi sebegini, memang ligat aku bertanya itu dan ini kepada suaminya. Seronok mendengar cerita dan menambah ilmu. Mengambil pengalaman hidup orang lain. Begitulah sikap aku.

Kami dihidangkan lagi dengan hidangan nasi. Aku hanya menggelengkan kepala. Masih kekenyangan lagi, tetapi masih dipelawa untuk makan nasi lagi. Beginilah orang-orang di Pantai Timur. Pagi dengan nasi. Tengah hari dengan nasi. Malam dengan nasi lagi. Kali ini, kali pertama aku berpeluang makan gulai percik ayam berwarna putih. Satu pengalaman baru buat aku.

Berbicara tentang kisah Ayam Percik, aku terkenangkan kisah menarik ini.

------------------------------------------------------------------

Kisah ini bermula apabila seorang lelaki yang sedang memandu kereta dalam perjalanan pulang ke rumahnya pada waktu malam. Kerana perutnya lapar, dia mencari-cari gerai makan untuk singgah makan malam.

Sekitar jalan raya yang agak gelap dan berjauhan dari bandar utama, menyukarkan pencariannya. Akhirnya, dia ternampak sebuah gerai yang pada perkiraannya sangat meriah dan penuh dengan pengunjung. Ada sesuatu yang membuatkan hatinya terikut-ikut atau ditarik-tarik mahu singgah di gerai makan itu.Tetapi, gerainya sangat buruk dan usang, tetapi penuh dengan pengunjung yang singgah makan di situ.

Dapat sahaja tempat duduk yang selesa, dia terhidu bau ayam percik yang sungguh harum menusuk hidungnya. Dengan segeranya, dipesannya gulai ayam percik bersama nasi. Demi Allah, inilah masakan ayam percik yang sungguh enak dan lazat yang pernah dirasainya. Tidak pernah dirasai keenakannya sepanjang usianya. Kelazatan ayam yang lembut dagingnya itu, empuk berperisa dengan sira kuah percik ditambah lagi dengan bau bakar arang yang cukup - cukup menyelerakan. Berkali-kali, dia berkata-kata dalam hatinya.

“ Tidak pernah aku makan ayam percik sesedap ini seumur hidup aku ”

Setelah kekenyangan, dia membayar harga makanannya itu, dan meletakkan duit bayarannya atas meja makannya. Setelah itu, bergerak pulang meneruskan perjalanannya.

Setelah berberapa hari kemudian, atau mungkin beberapa minggu berikutnya, ketika dia terfikir-fikir mahu menikmati makanan di luar, dia teringat kembali gerai nasi dan ayam percik yang pernah dinikmatinya.

Lalu, dia memandu lagi sekitar jalan yang pernah dilaluinya malam itu. Entah mengapa, setelah berkali-kali diamatinya dia masih belum lagi menemui gerai yang buruk dan usang itu. Arghhh, fikirnya mengapa waktu sesiang dan secerah begini masih belum ketemu gerai itu. Kecur air liurnya mengenangkan kelazatan ayam percik yang pernah dinikmatinya itu. Ya Allah, ketemukanlah aku dengan gerai itu sekali lagi.

Ibarat orang bunting yang mengidam makanan yang masam, begitulah ibaratnya lelaki itu. Jenuh sudah dipusing dan diulang lagi jalan kecil dan lama. Jalan-jalan ke kampung hulu itu. Dan, akhirnya entah mengapa matanya seolah-olah ditarik kea rah sebuah gerai buruk yang ditinggalkan.

Gerai yang hanya ditinggalkan meja buruk. Kayu-kayu yang usang dan sebahagian sudah runtuh dan reput. Diamatinya berkali-kali. Hatinya berdebar dan kencang mengocak dada. Mengapa ya.

Mengapa ya. Soalnya lagi. Dihentikan pemanduannya. Lalu, dia berjalan perlahan ke arah gerai buruk itu. Lalu, entah mengapa dia seperti dapat mengimbas kembali gerai ayam perciknya dengan gerai yang diamatinya sekarang.

Hampir sama. Hampir serupa. Tetapi, mengapa ya?

Ya Allah. Subhanallah. Masyaalah.

Hatinya berderap dan runtuh. Bagai terkena tembakan tepat di jantungnya. Matanya tepat memandang ke arah atas meja buruk nan usang itu.

Duit bayaran ayam perciknya tempoh hari masih ada lagi di situ. Tidak terusik. Tidak disentuh. Tetapi, gerai usang dan buruk ini tidak seperti gerai malam itu!

Terduduk. Fikirnya. Dia, diizinkan Allah berada dalam dunia paralel. Menikmati hidangan ayam percik tersedap pernah dinikmatinya! Dunia orang BUNIAN!




Jumpa lagi dengan cerita kembaraku di negeri Terengganu pula ya.

Dan, cerita ini dikisahkan kepada aku yang menurutnya dialami oleh kawannya. Dan, ia berlaku di negeri Kelantan!

Labels: ,

posted by Jimi Wiser @ Tuesday, December 06, 2011  


  • At 6:00 PM, Blogger rudy bluehikari said…

    Hahahaha...dah masuk 8 tahun kahwin dgn org kelantan. Memang mertua dah masak dengan perangai saya sarapan pagi bukan dengan nasi. Mertua saya bab memasak mmg heaven sangat2. Saya pulak gemar makan lauk pauk kelantan.Lamanya saya xbalik wkaf che yeh sejak bertugas di jakarta ini.

     
Post a Comment
Kembali
 


Bagaimana mahu merungkai JIMI?. Pada DNA nya, kelakuannya, sifat mazmumah atau mahmudahnya?. Mungkinkah JIMI itu sebuah ciptaan, atau persepsi bagi sebuah realiti? Jujurkah atau hipokritkah JIMI, tetapi bukankah semuanya begitu?. Mari mendalami JIMI..

:: Mengapa Jimi menulis?
:: Di sebalik wajah





Skrip Kehidupan
Anak Kilang
Muhasabah Jimi
Laman Rumah Jimi
Terima Kasih
Nikmat Kenangan
Nikmat Kejayaan
Nikmat Tangisan
Puasa dan Kesibukan
Cuti - Cuti Cikgu Jimi
Pergi Dulu
Erti Lelah dan Keikhlasan
Seputar Kehidupan
Rayuanmu
Musim Berkurung
Cakar Kucing
Buku Raya
Anekdot Ramadhan dan Syawal
Anak-Anak dan Mercun Raya
Nikmat dan Rezeki
Kembali
Sebuah Alegori Buat Abah
Abah Telah Pergi
Rindu
Buah Cinta
Terima Kasih Hafira
Hadiah Hari Guru 2010
Selamat Hari Guru
Rasa Itu
Racau
Tangan Jahat
Hujan Panas
Cetusan Hati
Ayah oh Ayah
Melayu Yang Layu
Dicerap
Teman-Teman Ibu
Mendobi Baju
Berlari
Terima Kasih, Suri. Selamat Bertugas
Akhir 2009
Dunia Buku Jimi
Cuti Sekolah Cikgu Jimi
Terima Kasih Pembaca
Hidup Untuk Memberi
Janji Cikgu Jimi
Ayah dan Ibu III
Ayah dan Ibu II
Ayah dan Ibu
Teruskan Berdoa
Jutawan
Virus M
Sang Rasa
Bencana Makanan
Mendidik Puasa
Pen Hadiah Cikgu Jimi
Nasi Lemak Best Giler
Harapan 25 September
Baju Raya

Macam Mana, Cikgu?
Wajah - wajah UPSR
Alhamdulillah
Kerja Sekolah, Cuti Sekolah

Tahniah, Madihah
Virus dan Stress
Generasi 2009

Cikgu Jimi dan Bahasa

Van Hijau Itu
Kejantanan

Yang Terbaik
Lepat Pisang Amirul
Belated Hari Guru
Demi Azmil III
Demi Azmil II
Demi Azmil I
Mudah-Mudahan
Warna-Warna Alam
Cikgu Siti
Terima Kasih Kembali,

Shahril oh Shahril
Terima Kasih
Hamba yang Lemah
Berkirim Salam
Ingat Tak Lagi Cikgu?
Kekentalan Jiwa
Hari Pertama
Hari Terakhir
Lepaskan Aku ke Laut
Debaran yang Kencang
Soal Selidik Cikgu Jimi
Guru Biasa, Guru Murabbi

Nasib Guru-guruku

Kad Raya Hanim
Salam Alifi
Misi Gigi
Pasca UPSR
Raya Lagi
Selamat Semuanya
Laskar Pelangi
Duit Raya
Agen Perubahan Sosial
Anyway
Cikgu Bukan Sekadar Cikgu
Azmil
Kehilangan
Shuhaida
Kamala
Melankolia Lagi
Memoir Seorang Guru
Tunai tetap ditunaikan
Berbuih-buih
Choral Speaking Bermadu
Kak Imah
Anak Kampung
Masih Berbaloikah Lagi?
Surat Cinta Monyet
Tunai Janji
Meja Cikgu Jimi
Cikgu Jimi
Terima Kasih
Menunggu dan Menanti
Hari Guru Bahagian 3
Hari Guru Bahagian 2
Hari Guru Bahagian 1

Teman Sejati
Kelas Antonim
I am Staying Put
Tinta Merah Cikgu Jimi
Hadi Haziq
Jerayawara
Sufiyah oh Sufiyah
Hadiah Buku
Destinasi Tugas
Kain Pelikat
Cuti Sekolah
Nikmat Kesyukuran
Hafiz
Khairil
Carpediem
Just Go and Fly Kite lah!
Perempuan Melayu Terakhir
Jimi di Pangkor
Hamimah
Cerita Hantu
Cinta Monyet
Puisi Anak Kecil
Anak Kecil Beraya
Anak Bangsaku Malaysia
Aku Yang Dihina
Duri Berduri
Bad Teachers 1
Bad Teachers 2
Cikgu Jimi 1
Cikgu Jimi 2
Kembaraan Harianku
Tunjuk Ajarku, Sifu
Guru Ibarat Lilin





Brick Lane
Tokyo Tower: Me, Mom and Sometimes Dad
Grace Is Gone
Sepi
La Misma Luna
Ayat Ayat Cinta
August Rush
Diving Bell and Butterfly
Gone Baby Gone
The Eye - revisited
Broken English
Juno
The Great Debaters
The Kite Runner
Secret Sunshine
Atonement
Freedom Writers
881 Papaya Sisters
Once
Waitress
Anak Halal
Denias; Senandung Di Atas Awan
Dead Poets Society
Evening
Sad Movie
Breakfast on Pluto
Lust, Caution
Driving Lessons
B
ushi No Ichibun
Tegami from Niraikinai
After Brylluppet
Starter For 10
Becoming Jane
Secrets
Anak The Movie
The Ultimate Gift
The Fountain
Miss Porter
Akeelah and the Bee
Paris Je T'aime
After This Our Exile
Snow Cake
Stage Beauty
Pan's Labyrinth
Mukhsin
Apocalypto
Children of Men
Little Miss Sunshine
Half Nelson
Dreamgirls
Babel
Pursuit of Happyness
Be With You
Prize Winning of Defiance Ohio
Confession of Pain
Curse of Golden Flower
Cinta
A Prairie Home Companion
The Wind That Shakes
The Barley

Goodbye Boys
The Banquet
Mistress of Spices
Heart