1 dan 2 Disember – Kota Bharu, Kelantan
3 dan 4 Disember – Kuala Terengganu, Terengganu 5 dan 6 Disember – Kuantan, Pahang 7 dan 8 Disember – Banting, Selangor 9, 10 dan 11 – Port Dickson, Negeri Sembilan 12 dan 13 Disember – Banting, Selangor 14 Disember – Subang Jaya, Selangor
Aku dan suri bakal bercuti panjang setelah lama bertungkus lumus sepanjang musim persekolahan ini.Dan, sebelum balik ke kampung suri di Banting, Selangor, aku bakal bercuti dan melewati jalan- jalan pesisiran pantai timur.
Mudah-mudahan, niat percutian ini disematkan untuk
~ Mencari keredhaaan Allah, dengan mentafsir dan beriadah melihat kebesaran dan kerahmatan Allah.
~ Mencari ruang untuk ilham dan berinspirasi tentang visi dan misi tahun berikutnya
~ Mencari makna – makna kehidupan melihat kehidupan di tempat orang, sungguhpun tidak sehebat pengembaraan Ibnu Batutta.
Manalah tahu, mungkin jika ada rezeki lebih, boleh keluar negara tahun hadapannya.
|
Uncle Jimi,
Banting/Subang Jaya itu sudah dekat dengan KL. Kacaulah kita....boleh kita ngeteh sambil makan Royale Fancy Feast...purrr....meow!