Andai diberi peluang sekali lagi, untuk mengulang peristiwa, hari atau tahun-tahun sebelumnya, tentu kita mahu melakukannya, bukan?
Kerana peluang itu memberi ruang kepada kita untuk mengubah sejarah atau peristiwa kepada yang lebih baik dan lebih bermakna. Itu kata kita.
Tetapi, sayangnya ia tidak begitu.
Mana mungkin menjadi sebegitu.
Bukankah yang terbaik itu telah ditulis untuk kita selama ini.
Alhamdulillah, kita masih di sini.
Masih menarik dan menghembuskan nafas kita. Ya, Pada saat dan ketika ini.
Seperti semalam sahaja aku di kampung suri, bersama jemaah masjid membacakan doa akhir tahun dan doa awal tahun. Kali ini, tahun baru hadir lagi.
Alhamdulillah, tentu kita ada MISI kenapa kita masih lagi bernafas. Masih lagi di dunia ini. Kita masih lagi berbuat dosa demi dosa sedangkan Allah masih hidupkan kita lagi. Kita masih lupakan Allah tetapi Allah masih belum matikan kita. Tentu. Pasti. Pasti Allah berikan ruang untuk kita lagi. Betapa besarnya kasih dan rahhmat Allah kepada kita. Mengapa kita masih di takuk yang lama? Cukup-cukuplah dengan dunia dan liburan semua!
Ayuh, syukurilah nikmat nafas yang dihirup. Ayuh, masih banyak lagi amalan yang belum lagi kita hasilkan.
Aku doakan aku dan kalian peroleh keberkatan dan kerahmatan sepanjang tahun yang baru ini. Jom, kita ubah diri kita kepada yang lebih baik! Yuk.
Labels: inspirasi |