Sejak dari zaman sekolah hinggalah ke zaman pekerjaan, aku seringkali dikenali selaku orang yang tidak mudah berputus asa, cekal dan sangat degil orangnya.
Jika ada kemahuan yang ingin aku lakukan, memang aku akan berusaha dengan bersungguh-sungguh. Contohnya, ‘lay out blog’ aku, adalah 100 peratus idea dan ilham aku. Dan, aku belajar sendiri dengan hanya ‘self taught’ belajar sendiri demi kemahuan aku, kerana aku tidak mahu mengunakan latar blog yang digunakan orang lain.
Contoh yang lain, demi kesihatan aku, aku berjanji untuk tidak minum air yang manis. Amalan ini sudah aku amalkan bertahun-tahun lamanya.
(Maaf contoh – contoh yang diberikan bukan untuk membanggakan diri aku. )
Ada yang bertanya kepada aku, bagaimana mahu mengubah diri kita menjadi lebih baik? (macam penceramah motivasi pula soalan sebegitu ditanya )
Sebelum kita fokus kepada diri orang lain, mari kita betulkan persepsi dan fokuskan semula kepada diri sendiri.
Aku ulangi. Bukan orang lain, tetapi DIRI sendiri.
Jika kita mahu mengubah sikap atau diri orang lain, yang kita perlu lakukan :
~ Tuliskan atau nyatakan matlamat apa yang dikehendaki dan cuba visualisasikan ia, dan jadikan ia matlamat hidup kita.
~ Ubahlah diri kita dahulu, baiki diri kita. Mudah-mudahan dengan kebaikan yang kita tonjolkan membolehkan orang lain meniru dan menuruti cara kita.
~ Tetapi ingat, kebaikan yang ditonjolkan bukan untuk menimbulkan kekaguman kepada orang di sekitar kita, tetapi semata-mata mahu mendapat keredhaan Allah.
Inilah tips-tips yang boleh aku sertakan (yang sebetulnya aku amalkan)
1. Jangan mencelah atau menokok tambah apa yang diperkatakan orang. Banyakkan mendengar. Apabila kita hanya mendengar, kita terhindar daripada menjadi ‘nasi tambah’ kepada cerita yang disampaikan.
2. Elakkan atau kurangkan menonton televisyen. Aku dan suri sudah berbulan-bulan lamanya tidak menonton televisyen dan serasa hidup kami penuh dengan pelbagai aktiviti berfaedah.
3. Pilih betul-betul rancangan televisyen/filem layar perak anda. Rancangan berinspirasi, filem-filem bermotivasi, manusia-manusia yang melakukan kebaikan sahaja.
4. Baca, baca dan baca buku. Kita semakin jauh daripada ilmu jika masih lagi kurang membaca.
5. Berkawan dengan orang yang positif. Orang yang boleh membawa kepada kebaikan diri kita. Tetapi jika kita berjumpa dengan orang yang banyak “ merungut, mengeluh, menyalahkan dan mengungkit", jangan mengata mereka di belakang mereka, tetapi bisikkan dalam hati kita
" Kasihan dia, tak sampai kefahaman dia kepada kefahaman kita. " Dan, akhiri bisikan hati kita dengan mendoakan mereka sebaik-baiknya.
Sekali lagi, jika kita mahu mengubah orang lain. UBAH DIRI KITA DAHULU.
Saydina Ali r.a pernah berkata
" Jika kita asyik dan selalu mencari kesalahan diri kita, kita tidak akan sibuk mencari kesalahan orang lain ".
Jom, kita ubah minda ‘melayu’ kita ! Ambil kertas, tuliskan 20 kelemahan diri kita dan baikilah diri kita.
Di latar dinding sebuah sekolah yang aku singgahi
Labels: cikgu Jimi
Terima kasih Jimi di atas tips2 yang di beri. Sangat memberi inspirasi. Tapi tip no 3 tu macam susah sikit nak ikut .. hehe...