Melengkapkan bilangan hari – hari persekolahan, maka pada esok tamatlah sudah sesi persekolahan kalender 2011.
Banyak sungguh yang berlalu dan berlaku. Persitiwa demi peristiwa, yang sebetulnya banyak mengajar aku menjadi lebih dewasa dan matang.
Pasang surut kehidupan seperti juga air laut yang membuih, mendamparkan air yang sesekali menghempas, begitu jualah kehidupan aku sebagai seorang guru.
Tewas.
Kadangkala, dan sesekali kalah dengan emosi , dan jatuh terduduk.
Lelah.
Selalu juga jerih dan lelah itu datang dan rasa amat-amat keletihan.
Namun, semuanya itu dilalui juga dan ditepis halangan dan cabaran, demi misi yang tidak pernah selesai.
Apakah ladang yang dituai setelah disemai begitu lama, cantik dan molek hasilnya?
Apakah benar-benar mereka menghadami segala petua dan nasihat-nasihat aku?
Jawapannya tiada pada aku.
Semoga Allah memanjangkan usia dan kualiti hidup aku, agar dapat terus berbakti lagi. Labels: cikgu Jimi |