Aku , lima adik beradik kesemuanya. Jarak antara kami berlima tidaklah jauh. Satu hingga dua tahun.
Dulu. Abang sulung aku sentiasa menang dengan segala kemahiran dan pencapaiannya. Dia bukan sahaja mendapat 5A, malah sentiasa memenangi anugerah demi anugerah, pingat demi pingat sepanjang kerjaya persekolahannya.
Jauh di sudut hati kami, dialah idola abang sulung kami yang sentiasa ke hadapan, puncak segala perhatian yang diberikan oleh ibu bapa.
Namun, merenung dalam jauh diri aku, sejauhmana aku berusaha untuk mencapai seperti apa yang dicapai oleh abang sulung aku, ia seperti gunung atau banjaran yang telah ditakluki. Tiada keistimewaan lagi. Jadi, menjadi seperti ulang tayang filem sekali lagi.
Apabila aku mengenang kembali kisah-kisah lama. Cemburu dan batu api adik beradik sentiasa ada antara kami. Entah mengapa, kami selalu bertengkar tentang hak, habuan dan ganjaran. Tetapi, entah mengapa juga, abang sulung aku sentiasa sahaja menang. Wira di dalam rumah kami.
Kini, setelah aku menjadi seorang guru, aku seperti kenal diri aku yang dahulu dalam wajah-wajah anak -anak murid aku. Wajah anak murid yang abangnya selalu mendapat pujian melambung daripada cikgu yang lain, sedangkan ‘adik’nya hanya sekadar persembahan biasa sahaja.
“ Kenapa kamu tidak seperti abang kamu , dia pandai bermain bola “.
Pernah, aku mendengar leteran sebegitu daripada seorang guru.
Kerdil. Seperti diriku berpuluh-puluh tahun dahulu. Guru di sekolah rendahku asyik benar membandingkan aku dengan abang sulung aku.
Mengapa ya sebegitu?
Pasti dan tentu. Kita manusia yang berbeza. Tentu sahaja kita unik pada kebolehan dan kemampuan masing -masing. Tentu sahaja kita punyai kelebihan yang lain walau kita berkurang pada bakat yang pernah ada pada kakak atau abang kita yang lain.
Komentar - komentar sebegitu merencatkan ‘persepsi’ diri anak itu terhadap dirinya sendiri. Mengapa aku tidak seperti itu? Fikir dirinya dalam hati. Lalu, seterusnya keyakinan dan harga diri mulai goyah, malah mungkin lebih teruk lagi sistem 'saya adalah saya' sudah musnah.
Kerana itulah, acapkali aku mengingatkan pada diri aku sendiri bahawa " hati-hatilah dengan apa yang kita perkatakan.” Terutamanya, jika kalian bekerja mencari rezeki dengan menggunakan lidah dan mulut seperti aku. Dosa kering mudah dicicip tanpa kita sedari kerana terlalu bercakap mengikut perasaan dan nafsu.
Dan, sehingga kini aku telah pulih dan sembuh. Abang sulungku tetap seperti itu. Hebat dan berinspirasi. Dan , aku tetap seperti aku. Ironinya, kami berdua juga ialah guru.
Labels: cikgu Jimi
Salam Cikgu Jimi,
setiap anak ada kelebihanya... itulah yang akak terapkan pada anak-anak...
walau yang nakal...akak selalu fikir dan doa...kalau dia nakal, tak dengar kata...pasti besar nanti.. dia..akan jadi anak yang baik...sebab masa kecil telah menyusahkan ibu dan ayahnya ...
kak Zue