Monday, October 10, 2011

Bahasa dan Cikgu Jimi

Bulan Oktober ialah Bulan Bahasa Kebangsaan. Selaku yang dilantik sebagai Ketua Guru Panitia di sekolah aku, ( Macam hebat sangat jawatannya!) telah bertahun - tahun menyelia dan menguruskan program selama sebulan ini.

Dalam situasi sekarang yang terlalu banyak berlaku pencemaran bahasa, biarlah kita yang memulakan dulu mempamerkan keindahan bahasa kita. Mengapa tidak?

Biarlah tulisan aku hatta sekalipun sms aku agak skema berbahasa, tetapi begitulah caraku. Bahasa itu tidak sepatutnya dilacurkan. Maka, berbahasalah kita dengan betul. Kalau mahu berbahasa Inggeris, tuturkan sepenuhnya. Jangan dicampur aduk. Begitu juga dengan bahasa Melayu kita. Usah main terjah dengan ayat-ayat yang ‘main taram’ sahaja.

Bahasa menunjukkan peribadi seseorang. Kalau seseorang itu asyik-asyik mencarut-carut dalam blog, menulis teks sms pun mahu dicarut , agak-agak bolehkah menilai peribadinya?

Program ini aku niatkan dalam hati aku, mengajari ‘anak-anakku’ tentang keindahan bahasa. Impian seorang guru bahasa yang mahu melihat anak-anaknya berbahasa dengan indah dan cantik.

Kuiz bahasa yang menduga kefahaman mereka tentang peribahasa, bidalan orang-orang dahulu. Pertandingan ejaan yang menduga perbezaan bahasa Inggeris dan Melayu. Pertandingan menulis cerpen menguji kemampuan kreativiti dan seni halus dalam diri mereka, menterjemahkan idea dalam otak mereka. Dan, penutupnya pula, mendeklamasikan puisi dan sajak supaya keberanian 'wira sakti ' dalaman mereka terluah dan terungkap biarpun gugup dan gementar sehingga terketar-ketar, namun perjuangan harus dimulakan dari tapak langkah yang pertama. Tidak begitu?

Habuannya?

Sekotak buku-buku tajaan daripada syarikat penerbitan PTS. Syabas Puan Ainon dan pasukan hebatnya yang sudi dan ikhlas memberikan sumbangan. Alhamdulillah, semoga Allah mengganjari kebajikan yang puan lakukan ini.


………………

Kelmarin. Seorang anak murid yang cukup pemalu dan pendiam terketar-ketar mahu mengucapkan ungkapan ini.

“ Cikgu…..saya…sayaaa, mahu masukkk hah ... haaa... mendaftar pertandingan bacaa… sajak”

“ Bagus. Tahniah Syafa. Syafa memang hebat dan berani. “ Aku mengucapkan dengan nada tinggi sambil menunjukkan isyarat bagus padanya.

Alhamdulillah, apabila tugas yang banyak kita jadikan keseronokan, mudah anak-anak mahu 'mengunyah' dan mencernakannya.

Ayuh cikgu Jimi. Teruskan perjuangan bahasamu.

Yang kurik itu kendi,
Yang merah itu saga,
Yang molek itu budi,
Yang indah itu bahasa.

Labels:

posted by Jimi Wiser @ Monday, October 10, 2011  


  • At 2:38 PM, Anonymous Mensh said…

    Semoga usaha cikgu Jimi untuk memartabatkan penggunaan bahasa Melayu yang betul akan diamali murid-murid cilik ini sehingga mereka dewasa agar ia terus lestari.

     
  • At 9:01 AM, Blogger Naim Jalil said…

    Kalau tidak silap saya, yang kurik itu kundi, bukan kendi. Kundi itu juga spesis saga, cuma warnanya berkurik, tidak merah keseluruhannya.

     
Post a Comment
Kembali
 


Bagaimana mahu merungkai JIMI?. Pada DNA nya, kelakuannya, sifat mazmumah atau mahmudahnya?. Mungkinkah JIMI itu sebuah ciptaan, atau persepsi bagi sebuah realiti? Jujurkah atau hipokritkah JIMI, tetapi bukankah semuanya begitu?. Mari mendalami JIMI..

:: Mengapa Jimi menulis?
:: Di sebalik wajah





Skrip Kehidupan
Anak Kilang
Muhasabah Jimi
Laman Rumah Jimi
Terima Kasih
Nikmat Kenangan
Nikmat Kejayaan
Nikmat Tangisan
Puasa dan Kesibukan
Cuti - Cuti Cikgu Jimi
Pergi Dulu
Erti Lelah dan Keikhlasan
Seputar Kehidupan
Rayuanmu
Musim Berkurung
Cakar Kucing
Buku Raya
Anekdot Ramadhan dan Syawal
Anak-Anak dan Mercun Raya
Nikmat dan Rezeki
Kembali
Sebuah Alegori Buat Abah
Abah Telah Pergi
Rindu
Buah Cinta
Terima Kasih Hafira
Hadiah Hari Guru 2010
Selamat Hari Guru
Rasa Itu
Racau
Tangan Jahat
Hujan Panas
Cetusan Hati
Ayah oh Ayah
Melayu Yang Layu
Dicerap
Teman-Teman Ibu
Mendobi Baju
Berlari
Terima Kasih, Suri. Selamat Bertugas
Akhir 2009
Dunia Buku Jimi
Cuti Sekolah Cikgu Jimi
Terima Kasih Pembaca
Hidup Untuk Memberi
Janji Cikgu Jimi
Ayah dan Ibu III
Ayah dan Ibu II
Ayah dan Ibu
Teruskan Berdoa
Jutawan
Virus M
Sang Rasa
Bencana Makanan
Mendidik Puasa
Pen Hadiah Cikgu Jimi
Nasi Lemak Best Giler
Harapan 25 September
Baju Raya

Macam Mana, Cikgu?
Wajah - wajah UPSR
Alhamdulillah
Kerja Sekolah, Cuti Sekolah

Tahniah, Madihah
Virus dan Stress
Generasi 2009

Cikgu Jimi dan Bahasa

Van Hijau Itu
Kejantanan

Yang Terbaik
Lepat Pisang Amirul
Belated Hari Guru
Demi Azmil III
Demi Azmil II
Demi Azmil I
Mudah-Mudahan
Warna-Warna Alam
Cikgu Siti
Terima Kasih Kembali,

Shahril oh Shahril
Terima Kasih
Hamba yang Lemah
Berkirim Salam
Ingat Tak Lagi Cikgu?
Kekentalan Jiwa
Hari Pertama
Hari Terakhir
Lepaskan Aku ke Laut
Debaran yang Kencang
Soal Selidik Cikgu Jimi
Guru Biasa, Guru Murabbi

Nasib Guru-guruku

Kad Raya Hanim
Salam Alifi
Misi Gigi
Pasca UPSR
Raya Lagi
Selamat Semuanya
Laskar Pelangi
Duit Raya
Agen Perubahan Sosial
Anyway
Cikgu Bukan Sekadar Cikgu
Azmil
Kehilangan
Shuhaida
Kamala
Melankolia Lagi
Memoir Seorang Guru
Tunai tetap ditunaikan
Berbuih-buih
Choral Speaking Bermadu
Kak Imah
Anak Kampung
Masih Berbaloikah Lagi?
Surat Cinta Monyet
Tunai Janji
Meja Cikgu Jimi
Cikgu Jimi
Terima Kasih
Menunggu dan Menanti
Hari Guru Bahagian 3
Hari Guru Bahagian 2
Hari Guru Bahagian 1

Teman Sejati
Kelas Antonim
I am Staying Put
Tinta Merah Cikgu Jimi
Hadi Haziq
Jerayawara
Sufiyah oh Sufiyah
Hadiah Buku
Destinasi Tugas
Kain Pelikat
Cuti Sekolah
Nikmat Kesyukuran
Hafiz
Khairil
Carpediem
Just Go and Fly Kite lah!
Perempuan Melayu Terakhir
Jimi di Pangkor
Hamimah
Cerita Hantu
Cinta Monyet
Puisi Anak Kecil
Anak Kecil Beraya
Anak Bangsaku Malaysia
Aku Yang Dihina
Duri Berduri
Bad Teachers 1
Bad Teachers 2
Cikgu Jimi 1
Cikgu Jimi 2
Kembaraan Harianku
Tunjuk Ajarku, Sifu
Guru Ibarat Lilin





Brick Lane
Tokyo Tower: Me, Mom and Sometimes Dad
Grace Is Gone
Sepi
La Misma Luna
Ayat Ayat Cinta
August Rush
Diving Bell and Butterfly
Gone Baby Gone
The Eye - revisited
Broken English
Juno
The Great Debaters
The Kite Runner
Secret Sunshine
Atonement
Freedom Writers
881 Papaya Sisters
Once
Waitress
Anak Halal
Denias; Senandung Di Atas Awan
Dead Poets Society
Evening
Sad Movie
Breakfast on Pluto
Lust, Caution
Driving Lessons
B
ushi No Ichibun
Tegami from Niraikinai
After Brylluppet
Starter For 10
Becoming Jane
Secrets
Anak The Movie
The Ultimate Gift
The Fountain
Miss Porter
Akeelah and the Bee
Paris Je T'aime
After This Our Exile
Snow Cake
Stage Beauty
Pan's Labyrinth
Mukhsin
Apocalypto
Children of Men
Little Miss Sunshine
Half Nelson
Dreamgirls
Babel
Pursuit of Happyness
Be With You
Prize Winning of Defiance Ohio
Confession of Pain
Curse of Golden Flower
Cinta
A Prairie Home Companion
The Wind That Shakes
The Barley

Goodbye Boys
The Banquet
Mistress of Spices
Heart