Aku , saat itu berusia 15 tahun.
Apakah yang akan aku katakan pada ‘budak’ belasan tahun ini sekarang?
Salam Akhi Jimi,
Jauh sungguh perjalanan hidupmu akhi,
Kamu yang pernah jatuh sakit menderita selama setahun, hanya mampu di perbaringan. Namun dirimu sentiasa mengharapkan sinar kebahagiaan, kegembiraan dan kerahmatan. Apakah kau sudah lupa betapa banyak pengorbanan yang dilakukan oleh keluargamu terutamanya ibumu? Kenangilah dan pelajarilah daripadanya, akhi Jimi.
Akhi Jimi,
Jangan lupa untuk senyum dan senyum. Kamu sudah sampai sejauh ini sayang. Tarik nafasmu. Sekarang, lafazkanlah. Bersyukurlah setelah tahun bersilih ganti tahun yang lain. Masa dan kehidupan tetap bersamamu. Bukankah ini nikmat Allah, mengapa kamu tidak mahu mengakuinya? Bukankah Allah menghidupkan kamu untuk tujuan yang satu.
Akhi Jimi,
Seronok bukan? Tentang hidupmu walaupun bukan seratus peratus seperti yang pernah kau impikan dan citakan. Tapi, dengan takdir Allah, engkau telah mempunyai isteri, masih mempunyai keluarga dan teman -teman rapat yang sentiasa mendoakanmu. Sekarang. Pejamkan matamu. Tataplah wajah - wajah mereka dalam memori mindamu. Bayangkanlah senyuman manis mereka. Benarkan? Sejauhmana kita mengembara dan berpaling daripada kebenaran dan pada akhirnya Allah telah tunjukkan jalan yang benar semula. Alhamdulillah. Segala puji pada Dia.
Akhi Jimi,
Janganlah dilupa ya, pengalaman - pengalaman hitam atau kelabu itu sepanjang usia remajamu, titian menuju alam kedewasaan dan kematanganmu, biarpun telah bernoda dengan dosa tetapi jadikanlahnya sempadan dan batasan. Ayuh, penuhkanlah jiwamu dengan kasih dan mata hati murni yang tulus dan ikhlas. Sayangilah mereka yang menghargaimu sentiasa. Jangan dipersiakan umurmu yang masih berbaki. Ayuh, ayuh Jimi , segeralah berbuat sebanyak - banyaknya kebajikan.
Akhi Jimi,
Ingatlah setiap detik dalam hidupmu. Carilah penghargaan Allah, bukanlah penghargaan manusia.
Jangan dipersiakan usiamu Jimi. Sehari ada 86000 saat. Bayangkanlah seminggu, sebulan, setahun, sepuluh tahun.
Dan, akhirnya teruskan menulis ya. Kerana menulis itu satu terapi jiwamu.
Selamat Hari Jadi Jimi, Syabas dan tahniah, kerana Allah masih menyayangimu Jimi.
25 September 2011. 8.22 malam.
Labels: catatan hidup
tahniah n syabas sekali lg..
juga terkesan untuk diri ini..