Monday, October 18, 2010

Rayuanmu

Serasa begitu sepi dan sunyi, ketika aku memeriksa dan menanda skrip-skrip jawapan calon-calon UPSR tahun ini. Dengan bantuan sebuah meja yang teguh, iringan alunan lagu-lagu dalam mainan mp3, dan bersama  juga sebatang pena merahku.

Alahai, betapa rencamnya hasil kerja calon-calon tahun ini. Adakalanya, rasa terpesona dan damai sekaligus tenang membaca baris demi baris ayat yang tersusun kemas tanpa kesalahan gramatis yang ketara. Layaknya tidak lagi seperti calon UPSR, dengan kata penanda wacana yang dipilihnya, serta jalan cerita yang tersusun plotnya. Aduhai, siapalah gerangan murid ini?. Bersyukur dan bertuah bagi yang empunya diri. Dan, siapakah pula guru yang mengajarkannya?





Namun, adakalanya tidak semudah dan selancar itu. Bagai disekat-sekat jika ayat demi ayatnya, tersangkut-sangkut. Ejaan ke laut, struktur ayat ke hutan, semuanya hancur dan binasa. Apalagi, jika tulisannya tidak dapat dihalusi dan ditekuni dengan kaca mataku ini. Aduhai, mengapa aku diseksa sebegini?. Dalam hati merintih sebegitu.

Ada pula yang tidak menulis dalam bahasa Melayu, tetapi dalam bahasa kreasi dan kreativiti sendiri. Mungkin gabungan bahasa Jerman dan sedikit bahasa Avatar. Mungkin agaknya begitu, getus hatiku. Kasihannya budak ini, hati berdetik. Ini satu lagi calon yang pasti akan tercicir dalam pelajaran sepanjang hidupnya selepas ini.

Hati sudah berkira-kira membentuk profil budak ini. Berdasarkan pengalaman aku, budak ini mungkin mengalami masalah pembelajaran. Calon yang mungkin menghadapi masalah keluarga di rumah. Faktor kemiskinan juga mungkin berlaku di situ. Aku seterusnya memanjatkan doa daripada Allah, supaya menyelamatkan jiwa budak ini, sampailah satu hari menuju ke alam dewasa, biarlah dia menjadi insan dan warganegara yang berguna. Rajin memajukan diri. Ya Allah, perkenanlah Ya Allah. Kalau dia tidak pandai dalam pelajaran, jadikanlah dia seorang buruh yang tekun atau penjaja pisang goreng yang ikhlas terhadap hidupnya.

Setelah beratus- ratus skrip calon diselak dan disemak. Hati bagai runtuh dan terpana seketika. Lalu, perlahan-lahan ada rasa ngilu dan sebak, datang meronta-ronta dalam dada. Ini dia nota yang ditulis oleh seorang calon di akhir jawapannya.

" cik gu bagi saye lulus dalam peperiksaan ini… saye tau cikgu baik hati….dari pada XXXXXXX "

Ya Allah, kasihannya sampai merayu sebegitu.



Labels:

posted by Jimi Wiser @ Monday, October 18, 2010  


  • At 4:26 PM, Anonymous suara said…

    Anak buah saya ada sorang ambik UPSR. Entah bagaimana keputusannya... tak sabar!

     
  • At 9:29 PM, Blogger Pammye said…

    Salam Cikgu Jimi,

    Referring to your post: http://jimi-wiser.blogspot.com/2007/05/suria-mentari-sinar-berseri-sampan.html

    Saya, Siti Azizah dan ingin tahu kalau saya boleh minta contact details Cikgu Azli dari SK Abuan, Sabah.

    I am writing a paper on Kg. Abuan dan research materials are quite limited. Kalau dapat berkomunikasi dengan Cikgu Azli, kemungkinan beliau boleh membantu saya serba sedikit.

    Please revert. Thanks

     
  • At 8:46 PM, Blogger jimi said…

    Wahai saudari yang menulis,

    Berkenaan Cikgu Azli dari SK Abuan,klip video itu saya 'rip' daripada dvd Guru Dari Pedalaman terbitan Bahagian Teknologi Pendidikan Malaysia.

    Jadi, peribadinya saya tidak mengenali Cikgu Azli. Hanya melalui tontonan video sahaja.

    Harap maklum.

    Jimi Wiser

     
Post a Comment
Kembali
 


Bagaimana mahu merungkai JIMI?. Pada DNA nya, kelakuannya, sifat mazmumah atau mahmudahnya?. Mungkinkah JIMI itu sebuah ciptaan, atau persepsi bagi sebuah realiti? Jujurkah atau hipokritkah JIMI, tetapi bukankah semuanya begitu?. Mari mendalami JIMI..

:: Mengapa Jimi menulis?
:: Di sebalik wajah





Skrip Kehidupan
Anak Kilang
Muhasabah Jimi
Laman Rumah Jimi
Terima Kasih
Nikmat Kenangan
Nikmat Kejayaan
Nikmat Tangisan
Puasa dan Kesibukan
Cuti - Cuti Cikgu Jimi
Pergi Dulu
Erti Lelah dan Keikhlasan
Seputar Kehidupan
Rayuanmu
Musim Berkurung
Cakar Kucing
Buku Raya
Anekdot Ramadhan dan Syawal
Anak-Anak dan Mercun Raya
Nikmat dan Rezeki
Kembali
Sebuah Alegori Buat Abah
Abah Telah Pergi
Rindu
Buah Cinta
Terima Kasih Hafira
Hadiah Hari Guru 2010
Selamat Hari Guru
Rasa Itu
Racau
Tangan Jahat
Hujan Panas
Cetusan Hati
Ayah oh Ayah
Melayu Yang Layu
Dicerap
Teman-Teman Ibu
Mendobi Baju
Berlari
Terima Kasih, Suri. Selamat Bertugas
Akhir 2009
Dunia Buku Jimi
Cuti Sekolah Cikgu Jimi
Terima Kasih Pembaca
Hidup Untuk Memberi
Janji Cikgu Jimi
Ayah dan Ibu III
Ayah dan Ibu II
Ayah dan Ibu
Teruskan Berdoa
Jutawan
Virus M
Sang Rasa
Bencana Makanan
Mendidik Puasa
Pen Hadiah Cikgu Jimi
Nasi Lemak Best Giler
Harapan 25 September
Baju Raya

Macam Mana, Cikgu?
Wajah - wajah UPSR
Alhamdulillah
Kerja Sekolah, Cuti Sekolah

Tahniah, Madihah
Virus dan Stress
Generasi 2009

Cikgu Jimi dan Bahasa

Van Hijau Itu
Kejantanan

Yang Terbaik
Lepat Pisang Amirul
Belated Hari Guru
Demi Azmil III
Demi Azmil II
Demi Azmil I
Mudah-Mudahan
Warna-Warna Alam
Cikgu Siti
Terima Kasih Kembali,

Shahril oh Shahril
Terima Kasih
Hamba yang Lemah
Berkirim Salam
Ingat Tak Lagi Cikgu?
Kekentalan Jiwa
Hari Pertama
Hari Terakhir
Lepaskan Aku ke Laut
Debaran yang Kencang
Soal Selidik Cikgu Jimi
Guru Biasa, Guru Murabbi

Nasib Guru-guruku

Kad Raya Hanim
Salam Alifi
Misi Gigi
Pasca UPSR
Raya Lagi
Selamat Semuanya
Laskar Pelangi
Duit Raya
Agen Perubahan Sosial
Anyway
Cikgu Bukan Sekadar Cikgu
Azmil
Kehilangan
Shuhaida
Kamala
Melankolia Lagi
Memoir Seorang Guru
Tunai tetap ditunaikan
Berbuih-buih
Choral Speaking Bermadu
Kak Imah
Anak Kampung
Masih Berbaloikah Lagi?
Surat Cinta Monyet
Tunai Janji
Meja Cikgu Jimi
Cikgu Jimi
Terima Kasih
Menunggu dan Menanti
Hari Guru Bahagian 3
Hari Guru Bahagian 2
Hari Guru Bahagian 1

Teman Sejati
Kelas Antonim
I am Staying Put
Tinta Merah Cikgu Jimi
Hadi Haziq
Jerayawara
Sufiyah oh Sufiyah
Hadiah Buku
Destinasi Tugas
Kain Pelikat
Cuti Sekolah
Nikmat Kesyukuran
Hafiz
Khairil
Carpediem
Just Go and Fly Kite lah!
Perempuan Melayu Terakhir
Jimi di Pangkor
Hamimah
Cerita Hantu
Cinta Monyet
Puisi Anak Kecil
Anak Kecil Beraya
Anak Bangsaku Malaysia
Aku Yang Dihina
Duri Berduri
Bad Teachers 1
Bad Teachers 2
Cikgu Jimi 1
Cikgu Jimi 2
Kembaraan Harianku
Tunjuk Ajarku, Sifu
Guru Ibarat Lilin





Brick Lane
Tokyo Tower: Me, Mom and Sometimes Dad
Grace Is Gone
Sepi
La Misma Luna
Ayat Ayat Cinta
August Rush
Diving Bell and Butterfly
Gone Baby Gone
The Eye - revisited
Broken English
Juno
The Great Debaters
The Kite Runner
Secret Sunshine
Atonement
Freedom Writers
881 Papaya Sisters
Once
Waitress
Anak Halal
Denias; Senandung Di Atas Awan
Dead Poets Society
Evening
Sad Movie
Breakfast on Pluto
Lust, Caution
Driving Lessons
B
ushi No Ichibun
Tegami from Niraikinai
After Brylluppet
Starter For 10
Becoming Jane
Secrets
Anak The Movie
The Ultimate Gift
The Fountain
Miss Porter
Akeelah and the Bee
Paris Je T'aime
After This Our Exile
Snow Cake
Stage Beauty
Pan's Labyrinth
Mukhsin
Apocalypto
Children of Men
Little Miss Sunshine
Half Nelson
Dreamgirls
Babel
Pursuit of Happyness
Be With You
Prize Winning of Defiance Ohio
Confession of Pain
Curse of Golden Flower
Cinta
A Prairie Home Companion
The Wind That Shakes
The Barley

Goodbye Boys
The Banquet
Mistress of Spices
Heart