Thursday, October 07, 2010

Musim Berkurung



Peperiksaan utama UPSR telah pun selesai, sungguhpun lelahnya masih belum usai lagi, aku terus pula dilantik menjadi pemeriksa kertas Bahasa Melayu UPSR. Ini adalah tahun kedua bagi diriku. Lihatlah sahaja beratus-ratus skrip jawapan calon UPSR yang diterbangkan jauh melalui udara.

Seramai 10 orang pemeriksa daripada serata sekolah sekitar daerah aku, yang menyertai kumpulan penyemak yang diketuai oleh seorang KP iaitu ketua Pasukan yang akan bertanggungjawab menyelesaikan semua karung-karung yang mengandungi kertas-kertas jawapan murid UPSR.

Tahun lepas, aku menerima skrip (kertas jawapan murid) dari calon- calon negeri Serawak dan Terengganu, bagaimana pula dengan tahun ini? Skrip yang menimbun sebanyak lebih 300 buah skrip yang perlu aku bereskan selama tempoh 10 hari. Bayangkan, sudahlah tugas di sekolah harus diselesaikan, tugas menanda kertas ini harus juga diberikan tumpuan. Atas nasihat pemeriksa kertas BM yang berpengalaman, aku dinasihatkan menyemak skrip setiap hari. Seandainya aku meninggalkan sehari tanpa memeriksa, bermakna aku menambahkan beban pada hari yang berikutnya. Jadi jangan gagal sama sekali.

Masa inilah aku berkurung dalam bilik tanpa diganggu oleh sesiapa. Pernah aku menanda seusai solat Subuh sehinggalah ke waktu solat Asar. Masa berehat hanyalah ketika waktu sarapan dan tengah hari. Selain itu, skema pemarkahan hanya diberikan mengikut garis panduan yang telah ditetapkan Lembaga Peperiksaan Malaysia, Sekiranya tiada dalam skema yang diberikan, maka tiada markah yang boleh diberikan.

Sebenarnya, yang aku pelajari sepanjang pengalaman aku menanda kertas UPSR ini ialah, seorang pemeriksa menanda untuk mencari seberapa banyak markah untuk calon. Dan, bukanlah kerja pemeriksa untuk memotong atau mencari kesalahan dengan sengaja dengan niat memotong markah dengan sesuka hati.

Sangat rumit. Bukan?

Dalam kerja yang rumit, sangat memerlukan penelitian dengan nombor angka giliran, nombor-nombor rujukan dan lain-lain lagi borang yang perlu diisi, dan kekangan masa dan beban tugas yang terlalu banyak menyebabkan tidak ramai cikgu yang berminat untuk menjadi pemeriksa kerta UPSR, PMR dan SPM. Sebagai contoh, pemeriksa kertas SPM terpaksa mengorbankan cuti hujung tahun demi menanda kertas-kertas yang menimbun banyak.

Tambahan lagi, kini untuk menjadi pemeriksa, anda harus menduduki ujian kelayakan samada layak atau mampu bertugas dalam situasi kekangan masa dan beban tugas serta penelitian yang terperinci.

Mengapa aku dipilih dan mengapa aku menerimanya? Hanyalah untuk menambahkan ilmu dan pengalaman. Kelak mudah aku mengajar anak-anak murid sekolah aku, bagaimana dan teknik untuk skor subjek ini. Memanglah memenatkan dan elaun yang diberikan hanyalah sedikit sahaja, tetapi ya Allah, betapa berharganya pengalaman menjadi seorang pemeriksa ini. Apatah lagi, aku adalah pemeriksa yang paling muda berbanding yang lain. Banyak ilmu, nasihat dan tips daripada rakan-rakan senior yang lain, bagaimana mahu menjadi seorang cikgu yang serba boleh.

10 hari selepas ini, tiada aktiviti berfoya-foya. Duduk dalam rumah seharian sampailah selesai.

" Ya Allah, adilkanlah aku sepanjang aku menanda setiap kertas jawapan anak-anak bangsaku ini. Amin. "

Labels:

posted by Jimi Wiser @ Thursday, October 07, 2010  


  • At 9:57 AM, Anonymous sarah said…

    Amin.. Insya Allah Cikgu boleh... Tahun ini ditemani Surikan... ;-)

     
  • At 11:14 AM, Anonymous Anonymous said…

    banyak doa ketika menanda kertas pereksa sebab hanya Allah yang tahu segalanya..biar adil, saksama dan tiada bias..

    saya Rina (ibu Luqman)..teringat tahun lepas, menunggu keputusan UPSR Luqman penuh berdebar, ustazah Luqman nasihat 'banyakkan doa, moga hati pemeriksa lembut dan sejuk hati untuk bagi markah'

    Itulah yang kami anak beranak buat setiap lepas solat, Alhamdulillah Luqman dapat 5A dan Mumtaz..
    sekarang bergelut pulak untuk hafaz sekurang2nya 7 surah setahun dan belajar aliran sains sehingga tingkatan lima..

    Cikgu jimi pasti boleh...

     
  • At 10:51 PM, Anonymous Anonymous said…

    setiap kali membaca coretan cikgu, saya mesti lebih bersemangat dan tersedar daripada kelekaan dunia.

    terima kasih cikgu, sedikit sebanyak, menerusi penulisan cikgu, memberi impak kepada diri saya sejujurnya :)

     
Post a Comment
Kembali
 


Bagaimana mahu merungkai JIMI?. Pada DNA nya, kelakuannya, sifat mazmumah atau mahmudahnya?. Mungkinkah JIMI itu sebuah ciptaan, atau persepsi bagi sebuah realiti? Jujurkah atau hipokritkah JIMI, tetapi bukankah semuanya begitu?. Mari mendalami JIMI..

:: Mengapa Jimi menulis?
:: Di sebalik wajah





Skrip Kehidupan
Anak Kilang
Muhasabah Jimi
Laman Rumah Jimi
Terima Kasih
Nikmat Kenangan
Nikmat Kejayaan
Nikmat Tangisan
Puasa dan Kesibukan
Cuti - Cuti Cikgu Jimi
Pergi Dulu
Erti Lelah dan Keikhlasan
Seputar Kehidupan
Rayuanmu
Musim Berkurung
Cakar Kucing
Buku Raya
Anekdot Ramadhan dan Syawal
Anak-Anak dan Mercun Raya
Nikmat dan Rezeki
Kembali
Sebuah Alegori Buat Abah
Abah Telah Pergi
Rindu
Buah Cinta
Terima Kasih Hafira
Hadiah Hari Guru 2010
Selamat Hari Guru
Rasa Itu
Racau
Tangan Jahat
Hujan Panas
Cetusan Hati
Ayah oh Ayah
Melayu Yang Layu
Dicerap
Teman-Teman Ibu
Mendobi Baju
Berlari
Terima Kasih, Suri. Selamat Bertugas
Akhir 2009
Dunia Buku Jimi
Cuti Sekolah Cikgu Jimi
Terima Kasih Pembaca
Hidup Untuk Memberi
Janji Cikgu Jimi
Ayah dan Ibu III
Ayah dan Ibu II
Ayah dan Ibu
Teruskan Berdoa
Jutawan
Virus M
Sang Rasa
Bencana Makanan
Mendidik Puasa
Pen Hadiah Cikgu Jimi
Nasi Lemak Best Giler
Harapan 25 September
Baju Raya

Macam Mana, Cikgu?
Wajah - wajah UPSR
Alhamdulillah
Kerja Sekolah, Cuti Sekolah

Tahniah, Madihah
Virus dan Stress
Generasi 2009

Cikgu Jimi dan Bahasa

Van Hijau Itu
Kejantanan

Yang Terbaik
Lepat Pisang Amirul
Belated Hari Guru
Demi Azmil III
Demi Azmil II
Demi Azmil I
Mudah-Mudahan
Warna-Warna Alam
Cikgu Siti
Terima Kasih Kembali,

Shahril oh Shahril
Terima Kasih
Hamba yang Lemah
Berkirim Salam
Ingat Tak Lagi Cikgu?
Kekentalan Jiwa
Hari Pertama
Hari Terakhir
Lepaskan Aku ke Laut
Debaran yang Kencang
Soal Selidik Cikgu Jimi
Guru Biasa, Guru Murabbi

Nasib Guru-guruku

Kad Raya Hanim
Salam Alifi
Misi Gigi
Pasca UPSR
Raya Lagi
Selamat Semuanya
Laskar Pelangi
Duit Raya
Agen Perubahan Sosial
Anyway
Cikgu Bukan Sekadar Cikgu
Azmil
Kehilangan
Shuhaida
Kamala
Melankolia Lagi
Memoir Seorang Guru
Tunai tetap ditunaikan
Berbuih-buih
Choral Speaking Bermadu
Kak Imah
Anak Kampung
Masih Berbaloikah Lagi?
Surat Cinta Monyet
Tunai Janji
Meja Cikgu Jimi
Cikgu Jimi
Terima Kasih
Menunggu dan Menanti
Hari Guru Bahagian 3
Hari Guru Bahagian 2
Hari Guru Bahagian 1

Teman Sejati
Kelas Antonim
I am Staying Put
Tinta Merah Cikgu Jimi
Hadi Haziq
Jerayawara
Sufiyah oh Sufiyah
Hadiah Buku
Destinasi Tugas
Kain Pelikat
Cuti Sekolah
Nikmat Kesyukuran
Hafiz
Khairil
Carpediem
Just Go and Fly Kite lah!
Perempuan Melayu Terakhir
Jimi di Pangkor
Hamimah
Cerita Hantu
Cinta Monyet
Puisi Anak Kecil
Anak Kecil Beraya
Anak Bangsaku Malaysia
Aku Yang Dihina
Duri Berduri
Bad Teachers 1
Bad Teachers 2
Cikgu Jimi 1
Cikgu Jimi 2
Kembaraan Harianku
Tunjuk Ajarku, Sifu
Guru Ibarat Lilin





Brick Lane
Tokyo Tower: Me, Mom and Sometimes Dad
Grace Is Gone
Sepi
La Misma Luna
Ayat Ayat Cinta
August Rush
Diving Bell and Butterfly
Gone Baby Gone
The Eye - revisited
Broken English
Juno
The Great Debaters
The Kite Runner
Secret Sunshine
Atonement
Freedom Writers
881 Papaya Sisters
Once
Waitress
Anak Halal
Denias; Senandung Di Atas Awan
Dead Poets Society
Evening
Sad Movie
Breakfast on Pluto
Lust, Caution
Driving Lessons
B
ushi No Ichibun
Tegami from Niraikinai
After Brylluppet
Starter For 10
Becoming Jane
Secrets
Anak The Movie
The Ultimate Gift
The Fountain
Miss Porter
Akeelah and the Bee
Paris Je T'aime
After This Our Exile
Snow Cake
Stage Beauty
Pan's Labyrinth
Mukhsin
Apocalypto
Children of Men
Little Miss Sunshine
Half Nelson
Dreamgirls
Babel
Pursuit of Happyness
Be With You
Prize Winning of Defiance Ohio
Confession of Pain
Curse of Golden Flower
Cinta
A Prairie Home Companion
The Wind That Shakes
The Barley

Goodbye Boys
The Banquet
Mistress of Spices
Heart