Tuesday, September 21, 2010

Buku Raya



Agak menghairankan dan mengejutkan, aku masih menerima lagi duit raya daripada orang. Entah apa sebabnya aku pun tidak tahu. Dan, duit raya ini telah aku habiskan untuk belikan Buku Raya.

Ya, aku hanya ada sepasang baju raya sahaja,  tiada jeans raya, tiada sandal raya malah tiada apa melainkan sepasang baju. Mungkin memiliki Buku Raya tidaklah setamak manapun, bukan?

Ya allah, Tuhan sahajalah yang mengerti betapa aku mendambakan buku ini.

Negeri Lima Menara ialah sebuah buku adaptasi memoir penulis, tentang kehidupan zaman remaja yang menguliti alam persekolahan. Alif yang tidak berminat untuk mempelajari agama akhirnya dikerah oleh ibunya agar menyambung pelajarannya di sekolah pondok. Ya, di sekolah pesantren. Sungguhpun berat hatinya, Alif keluar dari kampung indahnya Danau Maninjau, menyeberangi tanah Minangkabau untuk menuntut ilmu di Pondok Madani di Jawa Timur.

Di sana, dia amat terpaku dengan mantera sakti " Man Jadda wa Jada ', " Sesiapa yang berusaha pastikan dapat " yang menjadi teras hidupnya yang baru. Alif dan teman-temannya yang rapat keenam - enam orang semuanya, bersahabat dan menguliti hidup di sana, bersama guru-guru yang ikhlas menabur ilmu dan jasa kepada mereka.

Ini ialah sebuah buku yang sangat sakti dan magis. Mengapa? Kerana dunia remaja dirungkai kembali dengan kisah-kisah lucu dan sedih tentang makna perjuangan dalam merealisasikan cita-cita murni mereka. Seperti Laskar Pelangi, buku ini meninggalkan kesan emosi yang agak dalam buat diri aku.

Aku menghabiskan buku ini cukup selama 1 hari setengah sahaja.

Yang aku masih ingat sampai sekarang

1. Di Pondok Madani, tidak dibenarkan berbahasa ibunda melainkan Bahasa Inggeris dan Arab.

2. Seorang ustaz mewakafkan dirinya sendiri untuk pengabdian Pondok Madani, tanpa meminta balasan atau gaji.

3. Mereka (enam sahabat ) menunggu langit petang berlalu dengan berkumpul di bawah menara masjid. Menjadi tempat persembunyian mereka.

4. Ibu Alif mahukan dia menjadi seorang tokoh agama yang disanjungi seperti Hamka yang tempat asalnya sama tempat dengan Alif.

5. Penulis sekarang telah berjaya memenuhi cita-citanya dengan memperoleh ijazah sarjana dan doktor falsafahnya di luar negara, meskipun dia alumni sekolah pondok sahaja.

Alhamdulillah, begitulah kalau hati dan tekad dibulatkan untuk nama agama, akhirnya Allah kurniakan ganjaran. Dan, kini menjadi novelis yang hebat. Tahniah Fuadi.

Seperti Laskar Pelangi, Negeri 5 Menara tetap kuat dengan alunan nostalgia remajanya, menyingkap inspirasi kehidupan anak - anak biasa yang akhirnya menjadi orang-orang yang agung.

Ya, aku sangat terkesan dengan novel ini. Kalian juga harus mendapatkannya.

Labels:

posted by Jimi Wiser @ Tuesday, September 21, 2010  


  • At 4:34 AM, Blogger beribiru said…

    salam..wahhh, buku baru..buku raya sy x dijumpai..sedih je..

    boleh ckgu bg detail buku..nak beli jugak..hehe

     
  • At 9:48 PM, Anonymous seorang kerani said…

    Sebenarnya bila melihatkan kulit buku tersebut, saya ingatkan ceritanya berkisar tentang dunia kungfu ataupun magis oriental. tetapi sangat sebaliknya.

    Saya juga peminat Lasykar Pelangi dan setelah membaca review kamu, saya akan berusaha mendapatkan novel ini.

    Terima kasih.

     
  • At 1:53 AM, Blogger ryann said…

    kalau jimi terkesan mesti saya jugak. betullah cover macam cerita kungfu

     
Post a Comment
Kembali
 


Bagaimana mahu merungkai JIMI?. Pada DNA nya, kelakuannya, sifat mazmumah atau mahmudahnya?. Mungkinkah JIMI itu sebuah ciptaan, atau persepsi bagi sebuah realiti? Jujurkah atau hipokritkah JIMI, tetapi bukankah semuanya begitu?. Mari mendalami JIMI..

:: Mengapa Jimi menulis?
:: Di sebalik wajah





Skrip Kehidupan
Anak Kilang
Muhasabah Jimi
Laman Rumah Jimi
Terima Kasih
Nikmat Kenangan
Nikmat Kejayaan
Nikmat Tangisan
Puasa dan Kesibukan
Cuti - Cuti Cikgu Jimi
Pergi Dulu
Erti Lelah dan Keikhlasan
Seputar Kehidupan
Rayuanmu
Musim Berkurung
Cakar Kucing
Buku Raya
Anekdot Ramadhan dan Syawal
Anak-Anak dan Mercun Raya
Nikmat dan Rezeki
Kembali
Sebuah Alegori Buat Abah
Abah Telah Pergi
Rindu
Buah Cinta
Terima Kasih Hafira
Hadiah Hari Guru 2010
Selamat Hari Guru
Rasa Itu
Racau
Tangan Jahat
Hujan Panas
Cetusan Hati
Ayah oh Ayah
Melayu Yang Layu
Dicerap
Teman-Teman Ibu
Mendobi Baju
Berlari
Terima Kasih, Suri. Selamat Bertugas
Akhir 2009
Dunia Buku Jimi
Cuti Sekolah Cikgu Jimi
Terima Kasih Pembaca
Hidup Untuk Memberi
Janji Cikgu Jimi
Ayah dan Ibu III
Ayah dan Ibu II
Ayah dan Ibu
Teruskan Berdoa
Jutawan
Virus M
Sang Rasa
Bencana Makanan
Mendidik Puasa
Pen Hadiah Cikgu Jimi
Nasi Lemak Best Giler
Harapan 25 September
Baju Raya

Macam Mana, Cikgu?
Wajah - wajah UPSR
Alhamdulillah
Kerja Sekolah, Cuti Sekolah

Tahniah, Madihah
Virus dan Stress
Generasi 2009

Cikgu Jimi dan Bahasa

Van Hijau Itu
Kejantanan

Yang Terbaik
Lepat Pisang Amirul
Belated Hari Guru
Demi Azmil III
Demi Azmil II
Demi Azmil I
Mudah-Mudahan
Warna-Warna Alam
Cikgu Siti
Terima Kasih Kembali,

Shahril oh Shahril
Terima Kasih
Hamba yang Lemah
Berkirim Salam
Ingat Tak Lagi Cikgu?
Kekentalan Jiwa
Hari Pertama
Hari Terakhir
Lepaskan Aku ke Laut
Debaran yang Kencang
Soal Selidik Cikgu Jimi
Guru Biasa, Guru Murabbi

Nasib Guru-guruku

Kad Raya Hanim
Salam Alifi
Misi Gigi
Pasca UPSR
Raya Lagi
Selamat Semuanya
Laskar Pelangi
Duit Raya
Agen Perubahan Sosial
Anyway
Cikgu Bukan Sekadar Cikgu
Azmil
Kehilangan
Shuhaida
Kamala
Melankolia Lagi
Memoir Seorang Guru
Tunai tetap ditunaikan
Berbuih-buih
Choral Speaking Bermadu
Kak Imah
Anak Kampung
Masih Berbaloikah Lagi?
Surat Cinta Monyet
Tunai Janji
Meja Cikgu Jimi
Cikgu Jimi
Terima Kasih
Menunggu dan Menanti
Hari Guru Bahagian 3
Hari Guru Bahagian 2
Hari Guru Bahagian 1

Teman Sejati
Kelas Antonim
I am Staying Put
Tinta Merah Cikgu Jimi
Hadi Haziq
Jerayawara
Sufiyah oh Sufiyah
Hadiah Buku
Destinasi Tugas
Kain Pelikat
Cuti Sekolah
Nikmat Kesyukuran
Hafiz
Khairil
Carpediem
Just Go and Fly Kite lah!
Perempuan Melayu Terakhir
Jimi di Pangkor
Hamimah
Cerita Hantu
Cinta Monyet
Puisi Anak Kecil
Anak Kecil Beraya
Anak Bangsaku Malaysia
Aku Yang Dihina
Duri Berduri
Bad Teachers 1
Bad Teachers 2
Cikgu Jimi 1
Cikgu Jimi 2
Kembaraan Harianku
Tunjuk Ajarku, Sifu
Guru Ibarat Lilin





Brick Lane
Tokyo Tower: Me, Mom and Sometimes Dad
Grace Is Gone
Sepi
La Misma Luna
Ayat Ayat Cinta
August Rush
Diving Bell and Butterfly
Gone Baby Gone
The Eye - revisited
Broken English
Juno
The Great Debaters
The Kite Runner
Secret Sunshine
Atonement
Freedom Writers
881 Papaya Sisters
Once
Waitress
Anak Halal
Denias; Senandung Di Atas Awan
Dead Poets Society
Evening
Sad Movie
Breakfast on Pluto
Lust, Caution
Driving Lessons
B
ushi No Ichibun
Tegami from Niraikinai
After Brylluppet
Starter For 10
Becoming Jane
Secrets
Anak The Movie
The Ultimate Gift
The Fountain
Miss Porter
Akeelah and the Bee
Paris Je T'aime
After This Our Exile
Snow Cake
Stage Beauty
Pan's Labyrinth
Mukhsin
Apocalypto
Children of Men
Little Miss Sunshine
Half Nelson
Dreamgirls
Babel
Pursuit of Happyness
Be With You
Prize Winning of Defiance Ohio
Confession of Pain
Curse of Golden Flower
Cinta
A Prairie Home Companion
The Wind That Shakes
The Barley

Goodbye Boys
The Banquet
Mistress of Spices
Heart