Kelas Tahun 3 senyap sunyi ketika dalam pembelajaran Bahasa Inggeris. Masing-masing sibuk menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru. Guru pula boleh menyiapkan kerja-kerja yang tertangguh. Sambil sibuk menyelia kerjanya, mata guru itu tertumpu kepada perlakuan menghantar kertas dari satu meja ke satu meja. Dengan cara yang agak meragukan. Rahsia-rahsia begitu. Membiarkan selama 10 minit, guru hanya menyaksikan perlakuan dua anak murid. Akhirnya, kertas tersebut dirampas!
Nah, ini dia catatan kertas yang ditulis.
Danial kita takkan bayar duit kau faham. Balas.
Aku tak nak pun sebab aku dah dapat balik mercun dari Sir. Balas. Danial kenapa kau cakap kat Sir yang Qayyum jual mercun. Woi Danial kau dengar sini kau tau Sir reput kat polis kau tahu nantak kau, kau kene la dengan Kuris. Balas. Hoi Lili. Engkau tulis elok-elok lah sikit. Aku tak faham la. Balas. Hoi Danial, aku tau la yang kau tu takut kan dengan Kuris. Padan muka kau jangan mengefitenah orang kalau kau nak marah kat aku kau sedar diri kau tu sapa Baru kau nak buat aku (ahem macam la tulisan kau tu cantik sangat. Balas. Cantik apa banggang. Balas. Woi kau ni macam xxxx sangat kenapa ha. Balas. Dia……(kertas telah dirampas oleh guru)
Lili : Murid perempuan tahun 3 merangkap usahawanita gigih dan tekun menjalankan bisnes pemerdagangan mercun api secara gelap di sekolah yang akhirnya tertangkap oleh guru disiplin sekolah. Danial : Murid lelaki yang juga pelanggan tetap yang akhirnya tertangkap ketika menjalankan urus niaga haram dengan Lili oleh guru disiplin yang garang. Sir: Guru Disiplin merangkap guru bahasa Inggeris yang garang dengan misai tebalnya.
Apabila aku membaca nota ini, rasa kelakar sungguh. Paling mengagumkan, kesahajaan nota itu ditulis dan keberanian anak-anak sekarang menjalankan bisnes sambilan mencari pendapatan tambahan. Ek eleh, bukan cikgu-cikgu sahaja yang pandai berniaga biskut raya dan kerongsang tau! Hebat si budak Lili ni. Labels: cikgu Jimi |
fuh, berani betul si lili ni