Alhamdulillah, Allah telah memberikan Nikmat dan Rezeki pada jalan-jalan yang tidak aku ketahui. Apakah jalan - jalan kejayaan itu perlu ditebas dan dirintis ? Apakah jalan itu seperti memijak puing - puing halus dan mulus di tepian pantai.? Apakah jalan - jalan itu harus diranduk dengan teganya.?
Hanya Dia yang Maha Mengetahuinya.
Aku dan Suri telah memasuki fasa baru dalam hidup. Sebuah casa yang indah bagi kami. Milik aku dan Suri. Secara rasminya tidak lagi perlu menyewa. Pada casa ini kami sandarkan harapan dan impian. Agar berbahagia dan diberkati selalu. Akan aku tanamkan benih-benih pohon yang hijau nan rendang. Aku dambakan lantai kayu yang redup dan sejuk. Sambil berbaring menguliti helaian demi helaian buku kegemaranku. Sambil memerhatikan Suri membakar kek keju blueberinya. Cumanya, takdirnya tidak sempat aku mengajak abah tinggal bersama denganku.
Hanya Dia yang Maha Pemberi
Rezeki berganda. Aku dianugerahkan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang tahun ini. Pada setiap kesungguhan dan keikhlasan bertugas dan mengajar, tanpa niat tersembunyi, sungguhpun memenatkan, akhirnya Allah balas juga dengan rezeki ini. Setiap yang dikerjakan akan pasti menerima habuannya.
" Maka, yang mana satukah nikmat tuhan yang ingin kamu dustakan ? "
Syukur, Alhamdulillah.
Labels: cikgu Jimi |
tahniah buat jimi & suri...seronok beraya dlm rumah baru.