Inilah sebuah transit yang begitu lama selepas menempuhi episod lalu. Seringkali, ada juga yang bertanya, Apakah masih ada Jimi di sini lagi? Apakah ada wajarnya aku terus menulis?
Soalku dalam hati, Apakah kalian masih ada untuk menaledeninya?
Email yang kuterima di bawah ini, berbulan - bulan lamanya. Entah mengapa, aku berasa sebak dan terharu, entah siapa gerangan pembaca – pembaca di sini, yang sentiasa tulus hati dan sudi menyertakan doa buat aku dan keluargaku. Yang rajin dan setia untuk bertemu janji kita di sini, ya. Alhamdulillah.
Terima kasih.
Ya, aku masih di sini. Masih bernafas. Nah, inilah cekatan aku buat kalian ! Aku masih ingin terus menulis di sini.
Surat utk Cikgu Jimi(Please Read this letter)
Sunday, January 17, 2010 8:12 AM
From:
"alif shahril"
Add sender to Contacts
To:
jimiwiser@yahoo.com
Cc:
alifshahril@yahoo.com.sg
Assalamualaikum w.b.t dan salam perkenalan kepada Cikgu Jimi...apa khabar cikgu jimi??
Sy harap sihat2 hendaknya...Tujuan utama sy menulis e-mail ini adalah untuk meluahkan rasa teruja dan jutaan ucapan terima kasih yg tidak terhingga kpd cikgu kerana tidak jemu-jemu utk terus menulis di dalam blog kesayangan cikgu itu. Saya kini menjadi peminat nombor satu dan pembaca tegar blog tulisan cikgu itu. Sebenarnya,saya bukanlah berminat sgt untuk membaca blog2 di internet tetapi sy telah diperkenalkan dengan blog cikgu melalui rangkaian sosial Facebook.com. Saya sgt suka dan teruja setiap kali membaca catatan peristiwa/pengalaman yg telah dilalui, ulasan filem-filem dan keobsessian Cikgu Jimi terhadap BUKU dan FILEM dan juga INSPIRASI KEHIDUPAN. Saya berharap dan menaruh impian yang cikgu jimi akan terus menulis sampai bila-bila dan mungkin sehingga ke hujung nyawa cikgu.(berharap benar nie...hehehe...:-)Labels: cikgu Jimi |
u tahu kan "kita" tetap di sini..
Salam ramadhan buat Jimi & Suri.