Friday, July 02, 2010

Rindu

Suasana dalam kelas Tahun 1 itu hingar - bingar dengan suara tawa dan jeritan si anak- anak kecil. Masing - masing dengan ragam tersendiri. Ada yang sibuk mengejek rakan di sebelah, ada pula yang hanya mendiamkan diri. Ada pula yang mencebikkan muka atau menjulurkan lidah pada kawan yang lain. Sakit hati agaknya. Ada juga yang berkejar-kejaran .Geram. Nama ayah atau emak sudah diejek barangkali. Satu dunia mahu diligan. Acapkalinya, beginilah suasananya dalam kelas anak-anak kecil ini. Nama pun kanak-kanak.

Seorang ustazah dengan perawakan yang lemah - lembut masuk ke dalam kelas itu. Riak wajah yang tenang membayangkan kedamaian yang sukar ditemui pada wajah lain. Senyuman manis yang nipis itu bisa menenangkan hati-hati anak kecil itu. Tanpa menjeritkan suara, seraya meminta mereka memberikan salam, anak-anak lantas membuka salam dan hormat kepada ustazah. Semua diam dan jeda.

Ustazah membetulkan tudungnya sambil menguntumkan senyuman lagi. Senyum itu sedekah. Itulah nasihat yang sering diucapkan kepada anak-anak muridnya.

" Hari ini ustazah nak cerita tentang ibadah haji " Ustazah memulakan ayat pelajarannya.

" Siapa yang boleh bercerita tentang ibadah Haji? " Apakah yang kamu tahu tentangnya? " Berderet soalan demi soalan keluar meluncur dari mulut ustazah. Menggemburkan rasa interaksi dan responsif dalam kalangan jiwa anak-anak kecil itu.

Sudah ada murid berebut-rebut mahu mengangkat tangan. Memberikan jawapan yang kadangkala agak singkat dan dangkal sifatnya. Ustazah mencelah dan menjawab dengan penuh sabar dan tertib.

Ustazah memulakan cerita dengan pengorbanan nabi Allah Ibrahim, pengorbanan untuk menyembelih Nabi Ismail yang ditukarkan kepada kibas sebagai  'gantian' dan ganjaran atas pengorbanan itu. Ustazah kemudian bercerita pula tentang larian Siti Hajar dari Safwa ke Marwa, demi mendapatkan air untuk anaknya.

Ustazah menceritakan dengan bersungguh-sungguhnya. Anak-anak ada yang melopong. Ada yang kusyuk sambil memejamkan mata. Membayangkan situasi yang diceritakan itu.

" Sebab itu Allah taala suruh kita pulang. Pulang ke mana? Pulang sekejap ke kampung halaman kita. Di sanalah kampung halaman kita. Kita tengok dan ziarah tempat di sana. Kita kenal nabi-nabi kita dan melakukan ibadah di sana. Kita berlari macam Siti Hajar yang ketakutan mencari air. Untuk anaknya. Kamu pun mesti ada kampung kan, macam kamu rindukan nenek dan atuk di kampung. Rasa rindukan? Begitulah kita, kita mesti balik ke 'kampung' kita. Satu hari nanti "

Di tengah kesepian yang seketika dalam kelas itu, seorang anak murid perempuan kecil mengangkat tangan.

" Ustazah, rasanya kan…. Bilalah saya dapat pergi Haji, kan ustazah , saya rindukan tanah suci Allah, ustazah, saya rindu sangat-sangat nak ke sana la ustazah "

Ustazah dengan tidak semena-mena berasa sebak dan sebu dalam hati. Ya Allah, Kau yang maha Bijaksana, kau terbitkan ungkapan bijaksana pada seorang anak kecil yang hanya berusia 7 tahun. Mashhaallah.

Ustazah membalas dengan rasa getar di bibirnya

" Ya Allah , Alhamdulillah. Ada juga anak murid ustazah yang kecil-kecil lagi sudah tidak sabar nak ke sana. Alhamdulillah, Alhamdulillah. " Ustazah menjawab dengan separuh menjerit.

Begitulah anak-anak kecil. Tanpa disedari, sudah upaya berbicara seperti itu. Mampukah kita berbicara daripada hati tulus dan murni seperti anak-anak kecil ini, sedangkan kita kadangkala menilai dari sorot mata hati yang serong.

Ustazah mempelajari sebuah pelajaran berharga pada hari itu.

Cerita ini dikisahkan oleh seseorang kepada aku.

Labels:

posted by Jimi Wiser @ Friday, July 02, 2010  


Post a Comment
Kembali
 


Bagaimana mahu merungkai JIMI?. Pada DNA nya, kelakuannya, sifat mazmumah atau mahmudahnya?. Mungkinkah JIMI itu sebuah ciptaan, atau persepsi bagi sebuah realiti? Jujurkah atau hipokritkah JIMI, tetapi bukankah semuanya begitu?. Mari mendalami JIMI..

:: Mengapa Jimi menulis?
:: Di sebalik wajah





Skrip Kehidupan
Anak Kilang
Muhasabah Jimi
Laman Rumah Jimi
Terima Kasih
Nikmat Kenangan
Nikmat Kejayaan
Nikmat Tangisan
Puasa dan Kesibukan
Cuti - Cuti Cikgu Jimi
Pergi Dulu
Erti Lelah dan Keikhlasan
Seputar Kehidupan
Rayuanmu
Musim Berkurung
Cakar Kucing
Buku Raya
Anekdot Ramadhan dan Syawal
Anak-Anak dan Mercun Raya
Nikmat dan Rezeki
Kembali
Sebuah Alegori Buat Abah
Abah Telah Pergi
Rindu
Buah Cinta
Terima Kasih Hafira
Hadiah Hari Guru 2010
Selamat Hari Guru
Rasa Itu
Racau
Tangan Jahat
Hujan Panas
Cetusan Hati
Ayah oh Ayah
Melayu Yang Layu
Dicerap
Teman-Teman Ibu
Mendobi Baju
Berlari
Terima Kasih, Suri. Selamat Bertugas
Akhir 2009
Dunia Buku Jimi
Cuti Sekolah Cikgu Jimi
Terima Kasih Pembaca
Hidup Untuk Memberi
Janji Cikgu Jimi
Ayah dan Ibu III
Ayah dan Ibu II
Ayah dan Ibu
Teruskan Berdoa
Jutawan
Virus M
Sang Rasa
Bencana Makanan
Mendidik Puasa
Pen Hadiah Cikgu Jimi
Nasi Lemak Best Giler
Harapan 25 September
Baju Raya

Macam Mana, Cikgu?
Wajah - wajah UPSR
Alhamdulillah
Kerja Sekolah, Cuti Sekolah

Tahniah, Madihah
Virus dan Stress
Generasi 2009

Cikgu Jimi dan Bahasa

Van Hijau Itu
Kejantanan

Yang Terbaik
Lepat Pisang Amirul
Belated Hari Guru
Demi Azmil III
Demi Azmil II
Demi Azmil I
Mudah-Mudahan
Warna-Warna Alam
Cikgu Siti
Terima Kasih Kembali,

Shahril oh Shahril
Terima Kasih
Hamba yang Lemah
Berkirim Salam
Ingat Tak Lagi Cikgu?
Kekentalan Jiwa
Hari Pertama
Hari Terakhir
Lepaskan Aku ke Laut
Debaran yang Kencang
Soal Selidik Cikgu Jimi
Guru Biasa, Guru Murabbi

Nasib Guru-guruku

Kad Raya Hanim
Salam Alifi
Misi Gigi
Pasca UPSR
Raya Lagi
Selamat Semuanya
Laskar Pelangi
Duit Raya
Agen Perubahan Sosial
Anyway
Cikgu Bukan Sekadar Cikgu
Azmil
Kehilangan
Shuhaida
Kamala
Melankolia Lagi
Memoir Seorang Guru
Tunai tetap ditunaikan
Berbuih-buih
Choral Speaking Bermadu
Kak Imah
Anak Kampung
Masih Berbaloikah Lagi?
Surat Cinta Monyet
Tunai Janji
Meja Cikgu Jimi
Cikgu Jimi
Terima Kasih
Menunggu dan Menanti
Hari Guru Bahagian 3
Hari Guru Bahagian 2
Hari Guru Bahagian 1

Teman Sejati
Kelas Antonim
I am Staying Put
Tinta Merah Cikgu Jimi
Hadi Haziq
Jerayawara
Sufiyah oh Sufiyah
Hadiah Buku
Destinasi Tugas
Kain Pelikat
Cuti Sekolah
Nikmat Kesyukuran
Hafiz
Khairil
Carpediem
Just Go and Fly Kite lah!
Perempuan Melayu Terakhir
Jimi di Pangkor
Hamimah
Cerita Hantu
Cinta Monyet
Puisi Anak Kecil
Anak Kecil Beraya
Anak Bangsaku Malaysia
Aku Yang Dihina
Duri Berduri
Bad Teachers 1
Bad Teachers 2
Cikgu Jimi 1
Cikgu Jimi 2
Kembaraan Harianku
Tunjuk Ajarku, Sifu
Guru Ibarat Lilin





Brick Lane
Tokyo Tower: Me, Mom and Sometimes Dad
Grace Is Gone
Sepi
La Misma Luna
Ayat Ayat Cinta
August Rush
Diving Bell and Butterfly
Gone Baby Gone
The Eye - revisited
Broken English
Juno
The Great Debaters
The Kite Runner
Secret Sunshine
Atonement
Freedom Writers
881 Papaya Sisters
Once
Waitress
Anak Halal
Denias; Senandung Di Atas Awan
Dead Poets Society
Evening
Sad Movie
Breakfast on Pluto
Lust, Caution
Driving Lessons
B
ushi No Ichibun
Tegami from Niraikinai
After Brylluppet
Starter For 10
Becoming Jane
Secrets
Anak The Movie
The Ultimate Gift
The Fountain
Miss Porter
Akeelah and the Bee
Paris Je T'aime
After This Our Exile
Snow Cake
Stage Beauty
Pan's Labyrinth
Mukhsin
Apocalypto
Children of Men
Little Miss Sunshine
Half Nelson
Dreamgirls
Babel
Pursuit of Happyness
Be With You
Prize Winning of Defiance Ohio
Confession of Pain
Curse of Golden Flower
Cinta
A Prairie Home Companion
The Wind That Shakes
The Barley

Goodbye Boys
The Banquet
Mistress of Spices
Heart