Sunday, May 16, 2010

Selamat Hari Guru, Cikgu

Selamat Hari Guru, Cikgu!


Ungkapan itu acapkali diucapkan kepada aku saban tahun menjelangnya setiap 16hb Mei. Hadirnya tarikh itu setiap tahun dalam hidup aku membawa sejuta makna dan maksud. Ada getar rasa yang terdetik dalam hati, seraya ingatan aku kembali mengingatkan terus kepada tangan kanan yang kudepa yang berikrar taat setia guru sewaktu dahulu. Ya, terasa persis semalam namun hari demi hari meniti usia, aku sudah bertugas sebagai guru 7 tahun lamanya.

Akukah yang guru biasa itu? Seorang guru biasa dalam kalangan seramai 386, 031 guru di antero Malaysia. Aku, tidak seperti guru lain yang terpaksa menaiki bot kecil untuk ke sebuah pulau yang pencil di Sabah atau Sarawak. Dan, aku tidaklah seperti guru guru lain yang harus menaiki keretapi seawal jam 4 pagi untuk sampai ke Gua Musang, daerah hujung di Kelantan demi menabur bakti dan jasa di sana.

Pasti tidak akan sama, cerita-cerita guru kita di serata pelosok daerah. Kisah yang barangkali kalian tidak pernah mendengar atau mengetahuinya. Kisah seorang guru di Kuala Lumpur yang memandu teksi pada waktu malam demi menyara kos hidup berkeluarga yang tinggi di hutan belantara kota. Kisah seorang guru bujang, yang menyara hidup dua bekas anak muridnya, anak peribumi asli, dari waktu sekolah rendah sampailah ke sekolah menengah, tinggal bersama, masak dan memberikan wang belanja, supaya anak-anak peribumi ini harus mendapat hak yang sama. Ditinggalkan keluarga mereka di hutan gunung, demi memenuhi impian yang dicita. Juga, kisah seorang guru wanita dari semenanjung yang bertugas di pedalaman Sabah yang tidak pernah mengeluarkan gajinya selama enam bulan, kerana terlalu jauh dari kota.
Pasti, kalian jarang mendengarnya.

Dan, tidak semua kisah- kisah guru itu suci sebening embun pagi. Dingin dan menenangkan jiwa yang menatapnya. Tidak semua kisah guru itu mulia seperti seorang pendeta petah bijak berbicara. Ada juga guru mabuk khayal menjual pil kuda kepada anak-anak muridnya. Ada juga guru yang sanggup menggadai maruah anak bangsanya dengan mencabul kehormatannya. Aduhai, cerita-cerita sebeginilah sangat laris di dada-dada akhbar.

Bagaimana pula dengan aku? Arghh, Aku cumalah seorang guru biasa. Guru yang cuma mahu membenihkan kejayaan untuk anak-anak kecil di sebuah kampung yang hanya ada seramai 88 orang muridnya. Akulah guru yang menegaskan hukum-hukum nahu tatabahasa dalam tulisan pensil mereka. Akulah guru yang menebarkan sejuta imaginasi tentang makna kejayaan hidup luar dari tempurung kampung mereka. Perasaan untuk menasihati dan memurni jiwa mereka sentiasa sahaja bersarang di hati. Kalaulah hati aku berbisik, beginilah iramanya....

Pergi, kalian pergilah kalian keluar dari kotak kampung yang kecil ini'
Cari, kalian carilah pengalaman dan kejayaan dalam hidupmu'
Rebut, kalian rebutlah segala peluang yang ada di hadapan mata,
Jangan, kalian jangan biarkan halangan semata membutakan mata hati,
Tinggal,kalian tinggalkanlah pelabuhan ini dan layarilah bahtera kehidupan bahagiamu
Tapi, tapi janganlah lupa akan cikgu kamu ya. Janganlah dilupai asal usul kalian di kampung ini,
Di sini, di sekolah kampung ini.

Nanti, kalian datanglah ke sini, ke sekolah lama kalian dengan senyuman yang manis. Akan cikgu kenangkan tangis kalian yang pergi meninggalkan sekolah ini dahulu. Akan kita tertawa bersama-sama mengenangkan kenangan dulu kala ya. Lagukanlah lagu kerinduan buat cikgu-cikgu yang nantinya sudah tua berusia di sini.


Selamat Hari Guru buat semua cikgu, daripada Cikgu Jimi

Labels:

posted by Jimi Wiser @ Sunday, May 16, 2010  


  • At 8:51 PM, Blogger missgee said…

    cikgu Jimi..
    Selamat Hari Guru..

    Ikhlas dari Jauh :)

     
  • At 9:04 PM, Anonymous kak ri said…

    Buat Jimi & Suri
    Selamat menyambut Hari Guru....

     
  • At 1:45 PM, Blogger KYS said…

    Selamat Menyambut Hari Guru untuk Jimi dan Suri.

    Dan semua guru di Malaysia. Allah sahaja yang dapat membalas jasa kamu semua.

    Terima kasih Cikgu.

     
  • At 9:27 AM, Blogger lunacy said…

    sape agaknya guru 'hamsen' yg tengah beri ucapan tu ye? hihihi selamat hari guru jimi!!

     
  • At 9:46 AM, Blogger Lina said…

    walaupun dah lps 16hb tp belum terlewat utk saya ucapkan "Selamat Hari Guru" buat Cikgu Jimi dan Suri.

     
  • At 2:55 PM, Anonymous Mohd Azizi Abdullah said…

    Selamat Hari Guru buat cikgu Jimi & Suri. Semoga istiqamah dalam menjalankan tugas. Jasa cikgu besar buat anak bangsa.

    p/s - mula mengenali web cikgu melalui facebook Pn Ainon (PTS) yang highly recommend.

     
  • At 7:12 PM, Blogger ryann said…

    walau cikgu yang biasa- biasa, keikhlasan dalam mengajar itu yg paling penting. selamat hari guru

     
Post a Comment
Kembali
 


Bagaimana mahu merungkai JIMI?. Pada DNA nya, kelakuannya, sifat mazmumah atau mahmudahnya?. Mungkinkah JIMI itu sebuah ciptaan, atau persepsi bagi sebuah realiti? Jujurkah atau hipokritkah JIMI, tetapi bukankah semuanya begitu?. Mari mendalami JIMI..

:: Mengapa Jimi menulis?
:: Di sebalik wajah





Skrip Kehidupan
Anak Kilang
Muhasabah Jimi
Laman Rumah Jimi
Terima Kasih
Nikmat Kenangan
Nikmat Kejayaan
Nikmat Tangisan
Puasa dan Kesibukan
Cuti - Cuti Cikgu Jimi
Pergi Dulu
Erti Lelah dan Keikhlasan
Seputar Kehidupan
Rayuanmu
Musim Berkurung
Cakar Kucing
Buku Raya
Anekdot Ramadhan dan Syawal
Anak-Anak dan Mercun Raya
Nikmat dan Rezeki
Kembali
Sebuah Alegori Buat Abah
Abah Telah Pergi
Rindu
Buah Cinta
Terima Kasih Hafira
Hadiah Hari Guru 2010
Selamat Hari Guru
Rasa Itu
Racau
Tangan Jahat
Hujan Panas
Cetusan Hati
Ayah oh Ayah
Melayu Yang Layu
Dicerap
Teman-Teman Ibu
Mendobi Baju
Berlari
Terima Kasih, Suri. Selamat Bertugas
Akhir 2009
Dunia Buku Jimi
Cuti Sekolah Cikgu Jimi
Terima Kasih Pembaca
Hidup Untuk Memberi
Janji Cikgu Jimi
Ayah dan Ibu III
Ayah dan Ibu II
Ayah dan Ibu
Teruskan Berdoa
Jutawan
Virus M
Sang Rasa
Bencana Makanan
Mendidik Puasa
Pen Hadiah Cikgu Jimi
Nasi Lemak Best Giler
Harapan 25 September
Baju Raya

Macam Mana, Cikgu?
Wajah - wajah UPSR
Alhamdulillah
Kerja Sekolah, Cuti Sekolah

Tahniah, Madihah
Virus dan Stress
Generasi 2009

Cikgu Jimi dan Bahasa

Van Hijau Itu
Kejantanan

Yang Terbaik
Lepat Pisang Amirul
Belated Hari Guru
Demi Azmil III
Demi Azmil II
Demi Azmil I
Mudah-Mudahan
Warna-Warna Alam
Cikgu Siti
Terima Kasih Kembali,

Shahril oh Shahril
Terima Kasih
Hamba yang Lemah
Berkirim Salam
Ingat Tak Lagi Cikgu?
Kekentalan Jiwa
Hari Pertama
Hari Terakhir
Lepaskan Aku ke Laut
Debaran yang Kencang
Soal Selidik Cikgu Jimi
Guru Biasa, Guru Murabbi

Nasib Guru-guruku

Kad Raya Hanim
Salam Alifi
Misi Gigi
Pasca UPSR
Raya Lagi
Selamat Semuanya
Laskar Pelangi
Duit Raya
Agen Perubahan Sosial
Anyway
Cikgu Bukan Sekadar Cikgu
Azmil
Kehilangan
Shuhaida
Kamala
Melankolia Lagi
Memoir Seorang Guru
Tunai tetap ditunaikan
Berbuih-buih
Choral Speaking Bermadu
Kak Imah
Anak Kampung
Masih Berbaloikah Lagi?
Surat Cinta Monyet
Tunai Janji
Meja Cikgu Jimi
Cikgu Jimi
Terima Kasih
Menunggu dan Menanti
Hari Guru Bahagian 3
Hari Guru Bahagian 2
Hari Guru Bahagian 1

Teman Sejati
Kelas Antonim
I am Staying Put
Tinta Merah Cikgu Jimi
Hadi Haziq
Jerayawara
Sufiyah oh Sufiyah
Hadiah Buku
Destinasi Tugas
Kain Pelikat
Cuti Sekolah
Nikmat Kesyukuran
Hafiz
Khairil
Carpediem
Just Go and Fly Kite lah!
Perempuan Melayu Terakhir
Jimi di Pangkor
Hamimah
Cerita Hantu
Cinta Monyet
Puisi Anak Kecil
Anak Kecil Beraya
Anak Bangsaku Malaysia
Aku Yang Dihina
Duri Berduri
Bad Teachers 1
Bad Teachers 2
Cikgu Jimi 1
Cikgu Jimi 2
Kembaraan Harianku
Tunjuk Ajarku, Sifu
Guru Ibarat Lilin





Brick Lane
Tokyo Tower: Me, Mom and Sometimes Dad
Grace Is Gone
Sepi
La Misma Luna
Ayat Ayat Cinta
August Rush
Diving Bell and Butterfly
Gone Baby Gone
The Eye - revisited
Broken English
Juno
The Great Debaters
The Kite Runner
Secret Sunshine
Atonement
Freedom Writers
881 Papaya Sisters
Once
Waitress
Anak Halal
Denias; Senandung Di Atas Awan
Dead Poets Society
Evening
Sad Movie
Breakfast on Pluto
Lust, Caution
Driving Lessons
B
ushi No Ichibun
Tegami from Niraikinai
After Brylluppet
Starter For 10
Becoming Jane
Secrets
Anak The Movie
The Ultimate Gift
The Fountain
Miss Porter
Akeelah and the Bee
Paris Je T'aime
After This Our Exile
Snow Cake
Stage Beauty
Pan's Labyrinth
Mukhsin
Apocalypto
Children of Men
Little Miss Sunshine
Half Nelson
Dreamgirls
Babel
Pursuit of Happyness
Be With You
Prize Winning of Defiance Ohio
Confession of Pain
Curse of Golden Flower
Cinta
A Prairie Home Companion
The Wind That Shakes
The Barley

Goodbye Boys
The Banquet
Mistress of Spices
Heart