Inilah hadiah yang aku terima tahun lalu. 2009. Banyak sungguh sampai penuh ruang simpan belakang kereta Wira aku. Hadiah satu demi satu, aku buka sehingga tidak cukup ruang untuk menyimpannya kemudian.
Sebelum menjelangnya Hari Guru tahun ini, berkali-kali sudah aku pesan supaya tidak membelikan hadiah untuk aku. Bukan tidak sudi tetapi berat hati melihat anak-anak kampung ini bersusah payah memberikan hadiah kepada aku.
Sambil bergurau aku berpesan
" Kamu semua tak payahlah bagi hadiah kat cikgu sempena Hari Guru ini.Cukuplah kamu lukis dan buat sendiri kad. Kalau kamu nak tahu, memang cikgu simpan semua kad yang diberi setiap tahun. Tapi, kalau nak bagi hadiah jugak, bagilah rumah ke, kereta ke, motosikal ke ….." Mereka tertawa kuat, lucu mendengarnya barangkali.
Sudah dipesan. Nah, ini hadiah - hadiah Hari Guru yang aku terima untuk tahun ini. Tahun 2010.
Seorang guru mencelah melihat banyak hadiah yang aku sumbat ke dalam kereta.
" Sayang betul diorang pada cikgu ya "
Aku menjawab. " Tulah, saya ingatkan sayalah paling tak disayang murid. Sebab saya ni garang sangat. "
" Garang dan tegas itu perlu, tapi saya yakin diorang sayangkan cikgu walaupun cikgu begitu "
Mudah-mudahan. Bisik hatiku berdoa.
|
mak saya yg paling garang, tapi setiap tahun pun dapat hadiah yang paling banyak..
murid2 pandai menilai keikhlasan cikgu..