Sudah dua bulan berlalu, abah masih terlantar di atas katil. Separuh badan yang diserang strok menunjukkan perkembangan yang sangat perlahan. Tangan kanan abah digelar sendiri abah "kurang asam" atau "tangan jahat". Tangannya kadang-kadang menunjukkan isyarat satu, jari telunjuknya ditegakkan selepas meracau apabila bangun dari tidur.
Kadangkala, tangannya meminta untuk dipegang aku dan adik beradik lain. Seandainya aku cuba menyuapkan makanan ke mulutnya, tangan kanannya dengan tindakan spontan suka mengacau atau cuba menyibuk.
Satu hari, tangan kanannya mengusik mangkuk yang sedang aku pegang lalu tertumpah isi makanan di atas katil.
" Kurarang asam tangaaaan abaaah ni, tangan jahatttt " Abah marahkan tangannya sendiri. Sambil mengambil tangan kirinya memukul tangan kanannya dengan kuat. Marah dan geramkan tangan kanannya yang suka mengacau itu.
Labels: abah |
I am sorry to hear this JIMI.. semoga JIMI and family tabah and semoga dipermudahkan segala urusan. Amin.