Tuesday, March 02, 2010

Hujan Panas

" Abah nak makan bubur, saya suapkan abah, ya? " Aku bertanya.

Abah hanya menggelengkan kepala. Abah yang dari tadi asyik mengadu panas dek cuaca terik yang kian membahang. Kaki kanannya yang lumpuh akibat serangan strok semakin membengkak. Abah kini terlantar di atas katil. Abah yang dulu lincah ke sana - sini sungguhpun usia yang menjangkau tua, akhirnya tersadai di dalam rumah.

" Aaabah, ….nak, bbuangg air besssar " Dengan payahnya abah memberitahuku.

Aku menurunkan kedua-dua kaki abah ke lantai. Menegakkan tulang belakangnya. Mengambil tangannya lalu menyentuh bahuku. Aku angkat dengan sekuat hati aku, lalu aku dudukkan di atas kerusi roda.

Aku menolak kerusi roda hingga ke bilik air. Aku turunkan semula kedua-dua kakinya. Dengan sehendak daya tenaga lemahnya, abah mengaduh kesakitan. Abah aku dudukkan di atas kerusi khas untuk menyelesaikan hajatnya.

" Nanti, kalau sudah, abah panggil saya ya " Aku memberi isyarat.

Sepuluh minit berlalu.

" Aaabahhh ttttak booooleh beraaaak " Jawab abah kepada aku.

" Okie, takpe " Jawab aku. Ringkas.

Aku angkat semula tubuh abah yang kurus ke atas kerusi roda. Kemudian, aku bawa semula ke atas katil. Dan, aku baringkan semula abah.

Selang sepuluh minit kemudian, abah memberitahuku semula. Abah mahu membuang air besar. Percubaan kali kedua.

Tetapi masih gagal. Aku angkat semula abah ke atas kerusi roda. Dan, aku bawa ke atas katil semula.

Aku mengemas apa yang patut. Mengemop lantai. Menyapu dan mengelap dapur rumah adik aku. Memanaskan bubur kanji. Hari ini giliran aku dan suri menjaga abah.

Abah memanggil aku semula. Abah mahu buang air besar lagi. Aku turunkan kakinya kembali. Dan, aku angkat semula ke atas kerusi. Lalu aku bawa ke bilik air.

" Takpe, abah cuba lagi. Kalau sudah habis, bagitau " Jawab aku.

" Sudah ke bah ?" Tanyaku selepas beberapa minit.

" Ttttak mau juuggga " Abah menjawab.

Tiba-tiba air mata abah bergenang. Aku terpaku.

" Abbbah susaahkan kammmu , kennnapa tttak bolllleh jugak niii " Air mata laju mengalir dari anak mata, sambil tersedu - sedu. Hiba.

Aku cepat beralih ke belakang abah. Mata aku sudah berair. Menahan tangis. Aku hiba dan pilu melihat abahku lemah dan uzur sebegitu.

" Miiiiinta maaaaf, sussahkan kamu nnni " Abah terus laju mengalirkan air mata.

" Taka pa bah, ingat lagi tak masa saya sakit setahun dulu? " aku menjawab.

" Siapa yang bawak saya pergi berubat ? Abah dan mak. " Aku menambah.

Aku menyeka air mataku dengan cepat. Aku tahankan sebak dan sebu di hati. Aku ambilkan gayung, dan aku curahkan air sambil menggosok rambut abah. Aku sapu dan gosok belakang badan abah sambil menguatkan air paip. Air mata aku semakin laju. Aku ambilkan syampu badan dan aku lumurkan ke seluruh badan abah. Aku bilas semula dan kemudian lapkan seluruh badan abah.

“ Bbbbesaarr pahala kkkamuuu jaga aaaabbbbah “ Abah berterriak kuat sambil mengeluh hiba.

Aku buat-buat tidak dengar. Aku jadi malu mendengarnya. Air mata aku mencurah seperti rintik hujan.

Labels: , ,

posted by Jimi Wiser @ Tuesday, March 02, 2010  


  • At 10:58 PM, Blogger fajar said…

    dan air mata ini sama bergenang bersamamu jimi. moga Allah permudahkan semuanya. Insya Allah, moga abah jimi akan segera sembuh.

     
  • At 9:02 AM, Blogger KYS said…

    Tak mengapa Jimi. Bersabarlah dan moga Allah lapangkan dan mudahkan urusan awak. Itu lebih baik Jimi, dari saya yang telah kehilangan bapa semenjak di sekolah rendah. Ujian yang berat hanya untuk orang yang terpilih sahaja.

     
  • At 10:34 AM, Anonymous RMS said…

    Assalamualaikum,

    Semoga jimi dan keluarga dikurniakan Allah kesabaran dlm menempuhi dugaan hidup ini, ameen.

     
  • At 2:00 PM, Anonymous Anonymous said…

    Semoga cikgu jimi terus tabah megharungi hari-hari mendatang...bergenang air mata saya membacanya..~Lots of Love~

     
  • At 10:03 PM, Blogger adibah said…

    Jimi, bersabarlah dan harus kuat ye, dik..

    Dulu Jimi pernah bagi kekuatan pada KakDib masa menghadapi hari2 bersama arwah ayah KakDib kan? KakDib doakan Jimi diberi kekuatan lebih dari itu,InsyaAllah..

    Bersabar dan berdoalah.. Cubalah sedaya upaya kamu,InsyaAllah.. Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..

     
  • At 10:29 PM, Anonymous daddy wise said…

    seperti biasa,entry yg mengundang muhasabah diri.bersyukur,cikgu masih mampu berbakti.saya...sudah tiada kebaktian kepada bapa.teringat pada kisah bapa dan murai. semoga dipermudahkan segalanya.tapi,sesungguhnya air mata saya masih ego untuk gugur cikgu.

     
  • At 8:07 AM, Anonymous kak ri said…

    salam jimi,
    mmg kena banyak bersabar dan beruntung ayah jimi kerana ada anak lelaki...from past experience, harap2 doctor ada prescribe ubat utk lawaskan perut...arwah abah akak dulu dia byk amik prune juice & juga makan pisang

     
  • At 2:00 PM, Blogger suara said…

    Salam cikgu Jimi,

    Saya faham tanggungan cikgu, kerana saya juga pernah mengalaminya. Arwah mak... lamaaaa dulu, masa saya masih bersekolah, juga mengalami serangan angin ahmar. Kami orang kampung yg serba kekurangan terutama kemudahan pengangkutan, menyebabkan dia lambat diberikan rawatan. Kesannya amat teruk. Kencing beraknya hanyalah di tempat tidur. Ketika itu tak ada lampin dewasa lagi. Solatnya hanyalah dengan kerdipan mata sambil baring.

    Semoga Allah bekalkan kekuatan dan kesembuhan buat ayah cikgu...

     
  • At 6:54 PM, Blogger nazri.sensei said…

    bersabarlah..semoga Allah permudahkan segala-galanya..

     
  • At 12:58 PM, Blogger lunacy said…

    ini lah masanya kan jimi?

    dah cuba bagi minum prune juice? its good for constipation tau.

     
  • At 4:57 AM, Blogger ~ h a n i m h u s i n ~ said…

    anem x sanggup nak baca,

    terkenang masa anem jaga arwah ma 3 tahun lepas.

    andai mampu bawa mama kembali!

    bersabar k jimi~

     
  • At 11:04 AM, Blogger yatie chomeyl said…

    beruntung cikgu jimi berpeluang jaga ayah cikgu.

    saya tak sempat nak jaga arwah mama masa dia sakit hari tu.

     
  • At 8:22 AM, Blogger john said…

    catatan cikgu tidak pernah berhenti menjadi inpspirasi kepada saya.

    miezi

     
Post a Comment
Kembali
 


Bagaimana mahu merungkai JIMI?. Pada DNA nya, kelakuannya, sifat mazmumah atau mahmudahnya?. Mungkinkah JIMI itu sebuah ciptaan, atau persepsi bagi sebuah realiti? Jujurkah atau hipokritkah JIMI, tetapi bukankah semuanya begitu?. Mari mendalami JIMI..

:: Mengapa Jimi menulis?
:: Di sebalik wajah





Skrip Kehidupan
Anak Kilang
Muhasabah Jimi
Laman Rumah Jimi
Terima Kasih
Nikmat Kenangan
Nikmat Kejayaan
Nikmat Tangisan
Puasa dan Kesibukan
Cuti - Cuti Cikgu Jimi
Pergi Dulu
Erti Lelah dan Keikhlasan
Seputar Kehidupan
Rayuanmu
Musim Berkurung
Cakar Kucing
Buku Raya
Anekdot Ramadhan dan Syawal
Anak-Anak dan Mercun Raya
Nikmat dan Rezeki
Kembali
Sebuah Alegori Buat Abah
Abah Telah Pergi
Rindu
Buah Cinta
Terima Kasih Hafira
Hadiah Hari Guru 2010
Selamat Hari Guru
Rasa Itu
Racau
Tangan Jahat
Hujan Panas
Cetusan Hati
Ayah oh Ayah
Melayu Yang Layu
Dicerap
Teman-Teman Ibu
Mendobi Baju
Berlari
Terima Kasih, Suri. Selamat Bertugas
Akhir 2009
Dunia Buku Jimi
Cuti Sekolah Cikgu Jimi
Terima Kasih Pembaca
Hidup Untuk Memberi
Janji Cikgu Jimi
Ayah dan Ibu III
Ayah dan Ibu II
Ayah dan Ibu
Teruskan Berdoa
Jutawan
Virus M
Sang Rasa
Bencana Makanan
Mendidik Puasa
Pen Hadiah Cikgu Jimi
Nasi Lemak Best Giler
Harapan 25 September
Baju Raya

Macam Mana, Cikgu?
Wajah - wajah UPSR
Alhamdulillah
Kerja Sekolah, Cuti Sekolah

Tahniah, Madihah
Virus dan Stress
Generasi 2009

Cikgu Jimi dan Bahasa

Van Hijau Itu
Kejantanan

Yang Terbaik
Lepat Pisang Amirul
Belated Hari Guru
Demi Azmil III
Demi Azmil II
Demi Azmil I
Mudah-Mudahan
Warna-Warna Alam
Cikgu Siti
Terima Kasih Kembali,

Shahril oh Shahril
Terima Kasih
Hamba yang Lemah
Berkirim Salam
Ingat Tak Lagi Cikgu?
Kekentalan Jiwa
Hari Pertama
Hari Terakhir
Lepaskan Aku ke Laut
Debaran yang Kencang
Soal Selidik Cikgu Jimi
Guru Biasa, Guru Murabbi

Nasib Guru-guruku

Kad Raya Hanim
Salam Alifi
Misi Gigi
Pasca UPSR
Raya Lagi
Selamat Semuanya
Laskar Pelangi
Duit Raya
Agen Perubahan Sosial
Anyway
Cikgu Bukan Sekadar Cikgu
Azmil
Kehilangan
Shuhaida
Kamala
Melankolia Lagi
Memoir Seorang Guru
Tunai tetap ditunaikan
Berbuih-buih
Choral Speaking Bermadu
Kak Imah
Anak Kampung
Masih Berbaloikah Lagi?
Surat Cinta Monyet
Tunai Janji
Meja Cikgu Jimi
Cikgu Jimi
Terima Kasih
Menunggu dan Menanti
Hari Guru Bahagian 3
Hari Guru Bahagian 2
Hari Guru Bahagian 1

Teman Sejati
Kelas Antonim
I am Staying Put
Tinta Merah Cikgu Jimi
Hadi Haziq
Jerayawara
Sufiyah oh Sufiyah
Hadiah Buku
Destinasi Tugas
Kain Pelikat
Cuti Sekolah
Nikmat Kesyukuran
Hafiz
Khairil
Carpediem
Just Go and Fly Kite lah!
Perempuan Melayu Terakhir
Jimi di Pangkor
Hamimah
Cerita Hantu
Cinta Monyet
Puisi Anak Kecil
Anak Kecil Beraya
Anak Bangsaku Malaysia
Aku Yang Dihina
Duri Berduri
Bad Teachers 1
Bad Teachers 2
Cikgu Jimi 1
Cikgu Jimi 2
Kembaraan Harianku
Tunjuk Ajarku, Sifu
Guru Ibarat Lilin





Brick Lane
Tokyo Tower: Me, Mom and Sometimes Dad
Grace Is Gone
Sepi
La Misma Luna
Ayat Ayat Cinta
August Rush
Diving Bell and Butterfly
Gone Baby Gone
The Eye - revisited
Broken English
Juno
The Great Debaters
The Kite Runner
Secret Sunshine
Atonement
Freedom Writers
881 Papaya Sisters
Once
Waitress
Anak Halal
Denias; Senandung Di Atas Awan
Dead Poets Society
Evening
Sad Movie
Breakfast on Pluto
Lust, Caution
Driving Lessons
B
ushi No Ichibun
Tegami from Niraikinai
After Brylluppet
Starter For 10
Becoming Jane
Secrets
Anak The Movie
The Ultimate Gift
The Fountain
Miss Porter
Akeelah and the Bee
Paris Je T'aime
After This Our Exile
Snow Cake
Stage Beauty
Pan's Labyrinth
Mukhsin
Apocalypto
Children of Men
Little Miss Sunshine
Half Nelson
Dreamgirls
Babel
Pursuit of Happyness
Be With You
Prize Winning of Defiance Ohio
Confession of Pain
Curse of Golden Flower
Cinta
A Prairie Home Companion
The Wind That Shakes
The Barley

Goodbye Boys
The Banquet
Mistress of Spices
Heart