
Suri balik dari sekolah hari itu sarat dengan pakaian demi pakaian dalam bungkusan plastik. Mahu mendobi baju katanya.
Waduh, rupa-rupanya ini jubah-jubah anak-anak pra sekolah pada hari konvokasi mereka yang perlu dibasuh.
Dan, hari ini aku masukkan satu lagi senarai tugas guru selain daripada mengajar, mendidik, membimbing, menjadi jurulatih sukan, menjadi kerani, menjadi kaunselor,dan segala jenis tugas-tugas yang remeh yang malas aku tuliskan di sini.
Dan aku akan masukkan satu lagi tugas baru seorang guru, mendobi baju.
Dan malam itu, semua jubah itu diangkat dan digosok satu demi satu oleh suri dan digantung dengan cermat. Sehingga lewat malam. Labels: cikgu Jimi, suri |