
Amalan membaca Yaasin bukanlah perkara baru di sekolah aku. Setiap pagi Jumaat sebelum masuk ke kelas, anak-anak semua akan berkumpul. Membaca ayat demi ayat, bagi yang pandai membacalah.
Malangnya, tidak ramai yang pandai membaca. Masih ramai yang tergagap-gagap. Apalah daya, kalau di rumah ibu dan ayah tidak memberi penekanan tentang hal-hal agama.
Ramai yang mengangkat tangan pabila ditanya ibu dan ayah tidak solat lima waktu di rumah. Ke sekolah agama pada waktu petang pun hanya segelintir sahaja yang pergi. Yang memeritkan, ialah ustaz dan ustazah di sekolah mengajar segala jenis cabang ilmu dalam durasi yang sangat terhad. Bayangkanlah, tajwid, iqra’, akhlak, tauhid, feqah dalam jumlah waktu yang diberi sangatlah terhad dan tidak mencukupi. Pabila disuruh membaca di rumah, alamatnya tinggal sahaja buku-buku di rumah atau tidak pernah keluar daripada beg.
Ustaz dan ustazah pernah mengadakan kelas mengaji dan kelas tambahan pada waktu cuti hujung minggu, mengorbankan masa keluarga dan berehat mereka demi anak-anak bangsa, tetapi yang hadir seorang dua daripada berpuluh-puluh. Yang hadirpun cuma yang pandai-pandai. Mana yang lainnya? Belum bangun dari tidur barangkali.
Pabila Mesyuarat Agung PIBG diadakan, ibu bapa hanya merungut hal-hal yang remeh seperti lewat melepaskan anak waktu balik, menyebabkan mereka menunggu lama (lima sepuluh minit lewat pun dikira lambat), pembelian t-shirt sukan yang didebatkan tidak habis-habis (sedangkan satelit astro di rumah mampu dibayar setiap bulan, t-shirt 15 ringgit pun mahu dikritik )
Beginilah ibu bapa sekarang. Yang penting itu tidak pernah diutamakan. Dikesampingkan sahaja. Apabila mereka sudah menjengah usia di sekolah menengah, tidak mampu dikawal dan dibela. Akhirnya, anak-anak kita yang melayu menjadi layu di pusat sehenti dadah, sibuk mencium gam, mencium daun ketum, dan apa sahajalah.
Kajian soal selidik murid di sekolah menengah pernah dilakukan, pabila ditanya secara rahsia, hanya lima hingga sepuluh peratus sahaja daripada mereka remaja perempuan yang masih dara. Yang selebihnya sudah merasainya. Aduhai mencabarnya zaman jahilliyah ini. Aapakah ibu bapa tahu tentang hal-hal anak mereka sedalam dan sejauh sebegini?
Apapun yang terjadi, kembalilah kepada agama. Kembalilah menghayatinya. Namun, tidak semua sedar tentang itu. Apakah guru-guru sahaja yang memikul beban ini? Sungguh, betapa penat dan mencabarnya mengubah minda manusia. Labels: cikgu Jimi |
assalamualaikum cikgu jimi...
sungguh menarik penulisan cikgu...tak puas membacanya...kadang tertawa sendiri, kadang terasa sebak...
saya kagum dengan cikgu...sekarang ni susah nak cari guru macam cikgu...teruskan perjuangan..moga jadi seorang murabbi yang disegani
cikgu anis