Wednesday, January 27, 2010

Dicerap

Seorang pegawai pelajaran daerah datang ke sekolah aku semalam. Seperti lazimnya jika seorang pelawat dan pemantau datang ke sekolah, kami telah disoal siasat, dipantau dan dilihat dari pelbagai sudut yang dikatakan kurang efisyen.

Maksud "kami" di sini ialah semua guru di sekolah aku. Dan, semalam dengan takdir Allah, aku dan tiga orang guru lagi telah dicerap oleh yang berbahagia pegawai itu. Maksud perkataan cerap jika kalian yang kurang arif ialah guru akan dinilai dan dipantau ketika mengajar di dalam kelas.

Perkataan cerap ialah perkataan yang agak merimaskan bagi seorang guru. Samada guru besar, pengetua sekolah, nazir atau pegawai pelajaran daerah datang mencerap di dalam kelas kamu, justeru adrenalin dalam badan terus tersirap dan akan menakutkan guru, mungkin agaknya guru berasa tidak selesa dilihat bersama-sama menyibuk di dalam kelas, dan yang penting guru akan dinilai dan dihakimi samada sebagai guru yang "boleh, pandai, mampu" mengajar atau setakat membacakan buku teks dengan murid sahaja.

Walaupun agak menakutkan, tetapi alhamdulillah kelas aku berjalan sepeti biasa. Apalah yang ditakutkan sangat, dia pun manusia biasa juga, bukan. Tentu sahaja melakukan kesalahan dan kesilapan kerana sifat kita selaku manusia hakikatnya tidak sempurna.

Komen beliau ada isi dan wajarannya Asalnya seperti manusia lain, aku agak tersentuh dengan tegurannya. Sungguhpun sudah bertahun-tahun menjadi seorang guru, cara pengajaran aku masih tidak sempurna rupanya, pada sudut pandangannyalah. Aku terima teguran dengan rasa terbuka.

Tetapi, adalah agak mudah sekiranya orang itu " orang luar " yang tidak memahami situasi atau mendalami, tidak berada di dalam kelas, tidak mendidik dan tidak mengajar untuk menegur yang kurang dan tidak cermat. Tetapi, apa sahajalah, kerana yang penting seperti klise yang biasa kalian dengar, yang baik itu datang dariNya manakala yang tidak baik adalah datang daripada diri sendiri. Maka, aku terima.

Bagi guru lain mungkin ada yang sudah melenting apabila ditegur seperti seorang guru yang telah mengamuk-ngamuk, menitiskan air mata tetapi mungkin faktor usia aku yang sudah semakin tua dan kematangan barangkali, aku berfikir seketika

" Aku buat kerja ini bukan untuk gembirakan tuan pegawai atau tuan nazir, aku buat kerja ini untuk kepuasan diri danyang penting sebagai ibadah "

Jadi, segala teguran itu mesti diterima jika ada bernasnya demi untuk itu, bukan?

Oh ya, yang penting. Bukan sahaja yang tidak enak dan elok ditegurnya. Ada juga yang dipuji.

Kelas aku terkawal.
Kelas aku terancang dengan awal.
" House keeping " yang bagus.
Interaksi guru dan murid yang baik.
Latihan murid yang diberikan berkala dan disemak, dikomen dengan baik oleh guru.


Oh ya, seperti lazimnya, pemantau akan soal selidik dan menemu bual anak murid bertanyakan hal guru - guru yang mengajar. Alhamdulillah, daripada respons yang dijawab oleh anak murid yang dijelaskan oleh pegawai itu, aku telah berupaya menggalas tugas aku dengan baik.

Tetapi tuan pegawai dan seperti juri Akademi Fantasia seperti Syafinaz Salamat atau Simon Cowell pun kadangkala suka mengomen baju yang tidak sesuai, suara seperti kucing mahu muntah dan sepertinya. Namun, demi teguran itu walaupun agak dangkal sifatnya, kau harus menerimanya dengan rasa terbuka. Aku tahu itu sukar. Aku pun mencubanya.

Bak kata seseorang " tak HIDUP dek pujian, tak MATI dek kejian "

Kepada kalian yang masih setia membaca di sini, terima kasih ya. Kita sama-sama belajar daripada teguran orang lain kerana mungkin itulah "cermin" buat kita.

Labels:

posted by Jimi Wiser @ Wednesday, January 27, 2010  


Post a Comment
Kembali
 


Bagaimana mahu merungkai JIMI?. Pada DNA nya, kelakuannya, sifat mazmumah atau mahmudahnya?. Mungkinkah JIMI itu sebuah ciptaan, atau persepsi bagi sebuah realiti? Jujurkah atau hipokritkah JIMI, tetapi bukankah semuanya begitu?. Mari mendalami JIMI..

:: Mengapa Jimi menulis?
:: Di sebalik wajah





Skrip Kehidupan
Anak Kilang
Muhasabah Jimi
Laman Rumah Jimi
Terima Kasih
Nikmat Kenangan
Nikmat Kejayaan
Nikmat Tangisan
Puasa dan Kesibukan
Cuti - Cuti Cikgu Jimi
Pergi Dulu
Erti Lelah dan Keikhlasan
Seputar Kehidupan
Rayuanmu
Musim Berkurung
Cakar Kucing
Buku Raya
Anekdot Ramadhan dan Syawal
Anak-Anak dan Mercun Raya
Nikmat dan Rezeki
Kembali
Sebuah Alegori Buat Abah
Abah Telah Pergi
Rindu
Buah Cinta
Terima Kasih Hafira
Hadiah Hari Guru 2010
Selamat Hari Guru
Rasa Itu
Racau
Tangan Jahat
Hujan Panas
Cetusan Hati
Ayah oh Ayah
Melayu Yang Layu
Dicerap
Teman-Teman Ibu
Mendobi Baju
Berlari
Terima Kasih, Suri. Selamat Bertugas
Akhir 2009
Dunia Buku Jimi
Cuti Sekolah Cikgu Jimi
Terima Kasih Pembaca
Hidup Untuk Memberi
Janji Cikgu Jimi
Ayah dan Ibu III
Ayah dan Ibu II
Ayah dan Ibu
Teruskan Berdoa
Jutawan
Virus M
Sang Rasa
Bencana Makanan
Mendidik Puasa
Pen Hadiah Cikgu Jimi
Nasi Lemak Best Giler
Harapan 25 September
Baju Raya

Macam Mana, Cikgu?
Wajah - wajah UPSR
Alhamdulillah
Kerja Sekolah, Cuti Sekolah

Tahniah, Madihah
Virus dan Stress
Generasi 2009

Cikgu Jimi dan Bahasa

Van Hijau Itu
Kejantanan

Yang Terbaik
Lepat Pisang Amirul
Belated Hari Guru
Demi Azmil III
Demi Azmil II
Demi Azmil I
Mudah-Mudahan
Warna-Warna Alam
Cikgu Siti
Terima Kasih Kembali,

Shahril oh Shahril
Terima Kasih
Hamba yang Lemah
Berkirim Salam
Ingat Tak Lagi Cikgu?
Kekentalan Jiwa
Hari Pertama
Hari Terakhir
Lepaskan Aku ke Laut
Debaran yang Kencang
Soal Selidik Cikgu Jimi
Guru Biasa, Guru Murabbi

Nasib Guru-guruku

Kad Raya Hanim
Salam Alifi
Misi Gigi
Pasca UPSR
Raya Lagi
Selamat Semuanya
Laskar Pelangi
Duit Raya
Agen Perubahan Sosial
Anyway
Cikgu Bukan Sekadar Cikgu
Azmil
Kehilangan
Shuhaida
Kamala
Melankolia Lagi
Memoir Seorang Guru
Tunai tetap ditunaikan
Berbuih-buih
Choral Speaking Bermadu
Kak Imah
Anak Kampung
Masih Berbaloikah Lagi?
Surat Cinta Monyet
Tunai Janji
Meja Cikgu Jimi
Cikgu Jimi
Terima Kasih
Menunggu dan Menanti
Hari Guru Bahagian 3
Hari Guru Bahagian 2
Hari Guru Bahagian 1

Teman Sejati
Kelas Antonim
I am Staying Put
Tinta Merah Cikgu Jimi
Hadi Haziq
Jerayawara
Sufiyah oh Sufiyah
Hadiah Buku
Destinasi Tugas
Kain Pelikat
Cuti Sekolah
Nikmat Kesyukuran
Hafiz
Khairil
Carpediem
Just Go and Fly Kite lah!
Perempuan Melayu Terakhir
Jimi di Pangkor
Hamimah
Cerita Hantu
Cinta Monyet
Puisi Anak Kecil
Anak Kecil Beraya
Anak Bangsaku Malaysia
Aku Yang Dihina
Duri Berduri
Bad Teachers 1
Bad Teachers 2
Cikgu Jimi 1
Cikgu Jimi 2
Kembaraan Harianku
Tunjuk Ajarku, Sifu
Guru Ibarat Lilin





Brick Lane
Tokyo Tower: Me, Mom and Sometimes Dad
Grace Is Gone
Sepi
La Misma Luna
Ayat Ayat Cinta
August Rush
Diving Bell and Butterfly
Gone Baby Gone
The Eye - revisited
Broken English
Juno
The Great Debaters
The Kite Runner
Secret Sunshine
Atonement
Freedom Writers
881 Papaya Sisters
Once
Waitress
Anak Halal
Denias; Senandung Di Atas Awan
Dead Poets Society
Evening
Sad Movie
Breakfast on Pluto
Lust, Caution
Driving Lessons
B
ushi No Ichibun
Tegami from Niraikinai
After Brylluppet
Starter For 10
Becoming Jane
Secrets
Anak The Movie
The Ultimate Gift
The Fountain
Miss Porter
Akeelah and the Bee
Paris Je T'aime
After This Our Exile
Snow Cake
Stage Beauty
Pan's Labyrinth
Mukhsin
Apocalypto
Children of Men
Little Miss Sunshine
Half Nelson
Dreamgirls
Babel
Pursuit of Happyness
Be With You
Prize Winning of Defiance Ohio
Confession of Pain
Curse of Golden Flower
Cinta
A Prairie Home Companion
The Wind That Shakes
The Barley

Goodbye Boys
The Banquet
Mistress of Spices
Heart