
Ayah aku dimasukkan ke unit kecemasan semalam, ketika aku menghadiri dan menguruskan mesyuarat PIBG di sekolah. Panggilan panik daripada adik perempuanku yang menangis teresak - esak, mengadu ayah terjatuh lalu tidak berupaya bangun. Ambulans datang menjemput ayah aku.
Ayah yang mujur dikejarkan ke hospital awal, disyaki mengalami masalah jantung. Ayah juga mengidap darah tinggi dan diabetes. Saat aku menulis catatan entri ini, aku bergilir dengan adik beradik aku menjaga ayah.

Hati sebu dan sedu, serasa sepenuh hati mahu menangis teriakan dan meronta hiba. Tapi, entah mengapa hati degil keras kematu, ego yang membina tembok hati menunggu masa sahaja untuk runtuh.
Kalian yang sering berdoa untuk kesejahteraan aku dan suri selama ini, pohon doakanlah yang terbaik untuk ayah aku jua, ya.
Pamit sebentar,
Cikgu Jimi dan Suri. Labels: abah, cikgu Jimi |
salam cikgu
saya doakan ayah cikgu segera sembuh.
ayah saya juga telah melalui masa sukarnya tahun lalu, sama spt abah cikgu, kena strok dan lumpuh sebelah badan. Alhamdulillah, skrg dia dh boleh jln wpn tidak spt org normal. Mkn masih guna tgn kiri krn tgn knn nya masih belum kuat.
Sebagai anak sama2 lah kita berdoa agar kedua ibubapa kita sentiasa diberikan kesihatan yg baik.
p/s cuba cikgu beri abah minum air susu kambing keluaran HR Marketing, mana tahu sesuai