Tuesday, December 08, 2009

Hidup Untuk Memberi



Kalian sudahkah membaca topik bulanan majalah Solusi bulan Disember ini? Kali ini berbicara tentang maksud memberi.

Memang kena pada masanya, zaman manusia yang semakin individualistik dan mementingkan diri sendiri, sudah sampai masanya kita menghargai nikmat memberi daripada meminta-minta.

Sebenarnya, pabila berbicara tentang maksud memberi ini, ada beberapa kisah yang ingin aku ceritakan

Aku selalu memberi intensif kepda anak-anak murid aku setiap kali mereka mencapai apa yang mereka dapat dalam kelas aku. Aku yakin dan percaya, banyak lagi guru di luar sana yang berbuat demikian, bukanlah aku seorang sahaja.




Coklat sentiasa ada dalam laci ataupun beg aku. Mungkin pabila ada yang berjaya menjawab soalan aku dengan kesungguhan mereka untuk berusaha mencari jawapan yang betul, pasti mereka mendapat habuan coklat mulut ini.Pastikan mereka tidak menjangkakan mendapat coklat seumpama ini, atau pastikan hal ini dibuat selang seli supaya mereka tidak terlalu mengharapkan habuan, tetapi lebih kepada usaha yang dilakukan.

Dan, pada setiap kali kelas tambahan juga, aku akan membelikan makanan atau kuih, manalah tahu jika mereka tidak berkesempatan sarapan atau tidak sempat menjamah apa di mulut. Alhamdulillah, kelmarin sewaktu di kelas tambahan Bahasa Inggeris aku, suri sudah siap masakkan donut yang digoreng untuk setiap 10 orang mulut kecil yang sentiasa lapar itu.


Setiap bulan juga aku memperuntukkan sedikit jumlah wang untuk memberi. Membelikan insentif hadiah seperti buku. Selalunya, buku, buku,buku dan buku kerana aku mahu menginspirasikan diri mereka dengan amalanmembaca. Sebulan yang lalu, aku hadiahkan seorang sebuah buku yang mendapat 2A dalam subjek Penulisan dan Pemahaman Bahasa Melayu UPSR.

Pada hari itu, aku lihat sorang anak murid aku itu begitu riang dan teruja sampai meloncat-loncat, bibirnya penuh senyuman seolah sudah menang loteri besar. Aku rasa sungguh seronok melihat kegembiraan itu.

Kadangkala, sentiasa sahaja ada rezeki yang ku simpan buat mereka.Katakanlah, jika ada tiba-tiba menangis kerana kehilangan duit RM1, tiada duit untuk dibelanja di kantin. Wang 1RM daripada kocek lebih berharga diberi kepada mereka.

Oh bukan. Aku tidak pula mengatakan aku seorang sahaja yang suka memberi. Kadangkala, aku lihat seorang cikgu di sekolah aku suka belanja cikgu-cikgu lain makan. Mungkin sebulan sekali atau dua kali. Entah alasan apa, kadang-kadang pabila ditanya mengapa mahu belanja

" Sempena anak saya yang sudah pandai berleter pada saya "

" Hari ini saya belanja sempena kereta saya dilanggar akak cina di bandar semalam "

Ada pula yang sanggup membayarkan yuran sekolah anak murid mereka demi mahu menyelesaikan urusan tertangguh. Asyik diminta suruh membayar yuran tetapi hingga ke hujung tahun masih belum datang ke sekolah untuk menjelaskannya. Jadinya, bayar yuran untuk anak murid tanpa diketahui sesiapa. Mungkin, sekarang kalian pembaca sudah tahu rahsia terdapat guru-guru di sekolah yang sanggup membayar yuran anak murid mereka.

Ada juga yang sanggup membayar duit kertas fotostat yang beratus ringgit jumlahnya. Apabila ditanya, " Sedekah je lah, kerana Allah ". Jawabnya.

Mungkin sepanjang kita memberi, kita jarang menerima ucap terima kasih daripada orang yang menerimanya. Mengapa pula kita membantah dan membentak sombong, kita yang hidup ini jarang sekali mengucapkan alhamdulillah kepada Allah ! Sedang Dia yang banyak memberi memberi memberi sehinggakan kita tidak mampu menghitungnya!

Bayangkan seteguk air dapat menyelamatkan diri seorang pelacur kerana memberikannya kepada anjing yang kehausan !

Pernah aku terbaca di suatu buku bahawa ada hadis menyebut menziarahi ibu atau memandang wajah ibu itupun satu amalan sedekah!.

Percayalah, tiada ruginya jika kita memberi. Tetapi pastikan niat memberi itu ikhlas dan tulus untuk Nya. Lagipun, mana milik kita? Tiada satu pun milik kita. Nafas yang kita hirup inipun bukan milik kita, pemberian daripada sang pencipta.

Ayuh teman. Jangan lupa dapatkan majalah Solusi ni ya. Seribu kali lebih baik daripada sejuta majalah hiburan yang ada di pasaran.


" Ketika anda diliputi kesedihan dan kebimbangan, berbuat baiklah terhadap sesama manusia, nescaya anda akan mendapat ketenteraman dan kedamaian hati.

Kebaikan itu sebaik namanya, keramahan itu seramah wajahnya, dan keikhlasan itu sesuci rupanya. "

Jangan Bersedih. Aidh Bin Abdullah Al Qarni

Labels: ,

posted by Jimi Wiser @ Tuesday, December 08, 2009  


Post a Comment
Kembali
 


Bagaimana mahu merungkai JIMI?. Pada DNA nya, kelakuannya, sifat mazmumah atau mahmudahnya?. Mungkinkah JIMI itu sebuah ciptaan, atau persepsi bagi sebuah realiti? Jujurkah atau hipokritkah JIMI, tetapi bukankah semuanya begitu?. Mari mendalami JIMI..

:: Mengapa Jimi menulis?
:: Di sebalik wajah





Skrip Kehidupan
Anak Kilang
Muhasabah Jimi
Laman Rumah Jimi
Terima Kasih
Nikmat Kenangan
Nikmat Kejayaan
Nikmat Tangisan
Puasa dan Kesibukan
Cuti - Cuti Cikgu Jimi
Pergi Dulu
Erti Lelah dan Keikhlasan
Seputar Kehidupan
Rayuanmu
Musim Berkurung
Cakar Kucing
Buku Raya
Anekdot Ramadhan dan Syawal
Anak-Anak dan Mercun Raya
Nikmat dan Rezeki
Kembali
Sebuah Alegori Buat Abah
Abah Telah Pergi
Rindu
Buah Cinta
Terima Kasih Hafira
Hadiah Hari Guru 2010
Selamat Hari Guru
Rasa Itu
Racau
Tangan Jahat
Hujan Panas
Cetusan Hati
Ayah oh Ayah
Melayu Yang Layu
Dicerap
Teman-Teman Ibu
Mendobi Baju
Berlari
Terima Kasih, Suri. Selamat Bertugas
Akhir 2009
Dunia Buku Jimi
Cuti Sekolah Cikgu Jimi
Terima Kasih Pembaca
Hidup Untuk Memberi
Janji Cikgu Jimi
Ayah dan Ibu III
Ayah dan Ibu II
Ayah dan Ibu
Teruskan Berdoa
Jutawan
Virus M
Sang Rasa
Bencana Makanan
Mendidik Puasa
Pen Hadiah Cikgu Jimi
Nasi Lemak Best Giler
Harapan 25 September
Baju Raya

Macam Mana, Cikgu?
Wajah - wajah UPSR
Alhamdulillah
Kerja Sekolah, Cuti Sekolah

Tahniah, Madihah
Virus dan Stress
Generasi 2009

Cikgu Jimi dan Bahasa

Van Hijau Itu
Kejantanan

Yang Terbaik
Lepat Pisang Amirul
Belated Hari Guru
Demi Azmil III
Demi Azmil II
Demi Azmil I
Mudah-Mudahan
Warna-Warna Alam
Cikgu Siti
Terima Kasih Kembali,

Shahril oh Shahril
Terima Kasih
Hamba yang Lemah
Berkirim Salam
Ingat Tak Lagi Cikgu?
Kekentalan Jiwa
Hari Pertama
Hari Terakhir
Lepaskan Aku ke Laut
Debaran yang Kencang
Soal Selidik Cikgu Jimi
Guru Biasa, Guru Murabbi

Nasib Guru-guruku

Kad Raya Hanim
Salam Alifi
Misi Gigi
Pasca UPSR
Raya Lagi
Selamat Semuanya
Laskar Pelangi
Duit Raya
Agen Perubahan Sosial
Anyway
Cikgu Bukan Sekadar Cikgu
Azmil
Kehilangan
Shuhaida
Kamala
Melankolia Lagi
Memoir Seorang Guru
Tunai tetap ditunaikan
Berbuih-buih
Choral Speaking Bermadu
Kak Imah
Anak Kampung
Masih Berbaloikah Lagi?
Surat Cinta Monyet
Tunai Janji
Meja Cikgu Jimi
Cikgu Jimi
Terima Kasih
Menunggu dan Menanti
Hari Guru Bahagian 3
Hari Guru Bahagian 2
Hari Guru Bahagian 1

Teman Sejati
Kelas Antonim
I am Staying Put
Tinta Merah Cikgu Jimi
Hadi Haziq
Jerayawara
Sufiyah oh Sufiyah
Hadiah Buku
Destinasi Tugas
Kain Pelikat
Cuti Sekolah
Nikmat Kesyukuran
Hafiz
Khairil
Carpediem
Just Go and Fly Kite lah!
Perempuan Melayu Terakhir
Jimi di Pangkor
Hamimah
Cerita Hantu
Cinta Monyet
Puisi Anak Kecil
Anak Kecil Beraya
Anak Bangsaku Malaysia
Aku Yang Dihina
Duri Berduri
Bad Teachers 1
Bad Teachers 2
Cikgu Jimi 1
Cikgu Jimi 2
Kembaraan Harianku
Tunjuk Ajarku, Sifu
Guru Ibarat Lilin





Brick Lane
Tokyo Tower: Me, Mom and Sometimes Dad
Grace Is Gone
Sepi
La Misma Luna
Ayat Ayat Cinta
August Rush
Diving Bell and Butterfly
Gone Baby Gone
The Eye - revisited
Broken English
Juno
The Great Debaters
The Kite Runner
Secret Sunshine
Atonement
Freedom Writers
881 Papaya Sisters
Once
Waitress
Anak Halal
Denias; Senandung Di Atas Awan
Dead Poets Society
Evening
Sad Movie
Breakfast on Pluto
Lust, Caution
Driving Lessons
B
ushi No Ichibun
Tegami from Niraikinai
After Brylluppet
Starter For 10
Becoming Jane
Secrets
Anak The Movie
The Ultimate Gift
The Fountain
Miss Porter
Akeelah and the Bee
Paris Je T'aime
After This Our Exile
Snow Cake
Stage Beauty
Pan's Labyrinth
Mukhsin
Apocalypto
Children of Men
Little Miss Sunshine
Half Nelson
Dreamgirls
Babel
Pursuit of Happyness
Be With You
Prize Winning of Defiance Ohio
Confession of Pain
Curse of Golden Flower
Cinta
A Prairie Home Companion
The Wind That Shakes
The Barley

Goodbye Boys
The Banquet
Mistress of Spices
Heart