Apabila masuk ke dunia buku, pasti aku tertawan. Teruja dengan haruman bau buku yang sentiasa melekat di situ. Menyelak dan membelek satu demi satu bagaikan satu nikmat yang hanya mampu difahami oleh orang yang gila seperti aku.
Tidak akan sama darjatnya mendengar audio book atau e-book.Buku tetap buku, ada satu kenikmatan dan keunikan jika kalian tahu memahami jiwa " buku ".

Aku juga mahu memiliki semua tulisan
Haruki Murakami. Ya, semua. Aku baru sahaja memiliki
Blind Willow, Sleeping Woman sahaja. Murakami antara penulis terbaik yang memiliki nuansa cerita yang tersendiri.

Dan kini, ke mana sahaja, di dalam kereta
Sam Pickering,
Letters To A Teacher. Kisah memoir seorang guru yang memberikan inspirasi kepada watak seorang guru hebat dalam filem Dead Poets Society.
Happy Reading, Cikgu Jimi.
" Kalau mahu membaca, usah tunggu sehingga :
Setelah saya bekerja, kononnya, saya akan ada duit sendiri jadi akan membaca lebih banyak;
Setelah saya kahwin, kononnya, saya akan dapat suami yang boleh tolong sponsor pembelian bahan bacaan;
Setelah saya ada anak, kononnya, saya boleh membaca dengan anak-anak.
Lupakan sahaja contoh-contoh MITOS di atas. Semua itu tidak akan berlaku.
Saya juga tambah kasihan kepada guru-guru masa kini yang terus sekali dihambat masa kerana kerja guru sudah ditambah sebagai kerjaya pentadbir sekolah, urusan pengkeranian dan bukan sahaja mengajar.
Mereka menjadi golongan yang dihimpit masa untuk memiliki ruang waktu tersendiri (dulu-dulu, guru habis sekolah paling lewat pun pukul 1.30 petang, sudah boleh buat kerja sendiri).
Jadi, apa-apa yang hendak anda lakukan, buat SEKARANG bukan sekejap lagi. Entah-entah, selepas ini, segala-galanya sudah terlewat! "
seronok bila mengetahui ada juga peminat murakami. harap kita boleh berkongsi pendapat.
setakat ini saya sudah baca kafka on the shore dan sedang membaca windup bird chronocles.
cubalah baca kafka on the shore.
saya rasa kamu akan menyukainya.