Ramai pula yang sering bertanya, apakah yang aku lakukan sepanjang cuti persekolahan yang panjang setiap hujung tahun.

Aku banyak menghabiskan masa dengan membaca buku dan majalah. Ada yang baru sahaja dibeli lalu terus membacanya, ada juga yang telah kubaca dan kubacanya sekali lagi. Tidak cukup dengan itu, majalah demi majalah aku baca sampai selesai.

Waktu pagi dan petang cuti yang ku habiskan dengan berlari. Berlari, berlari sampai kasut aku sudah haus dan uzur fizikalnya. Seringkali diberitahu dan disaran doktor supaya berlari untuk meluahkan ekspresi dalaman yang agak tertekan barangkali. Aku fikir serasanya aku sukar untuk melelapkan mata atau melenakan tidur setiap malam. Jadinya, apabila tidak cukup tidur sedangkan aktiviti seharian berlangsung, sehinggalah tekanan darah naik pula. Namun, inilah yang aku lakukan demi kesihatan. Berlari. Ada sesiapa yang sudi sumbangkan " sport running shoes " untuk aku? Ha ha.

Arghhh, cuti juga aku lampiaskan untuk aktiviti kejiranan yang jarang dihadiri, hmmm seperti menghantar rombongan kahwin dan sebagainya. Makan nasi minyak, menggemukkan badan aku sesekali sesekala.

Aku juga menghantar
Azmil ke program Motivasi Alihan Pelajar. Menghantar dan mengambil
Azmil pulang. Bergilir bersama umi dan ayahnya. Dengan niat bersedekah dan memberi, aku membayar yuran penyertaan program ini, mudah-mudahan ada kesannya sepanjang tahun belajar

Oh ya, ramai yang tidak tahu, aku berpeluang menghabiskan cuti dengan mengadakan kelas tambahan. Yalah, pentadbiran sekolah sudah tidak sabar-sabar mahu menyambut lembaran semester persekolahan yang baru, sampaikan kelas tambahan juga dibuat.
Demi mahu memastikan semua anak murid hadir, aku sogokkan dengan jajan atau makanan supaya mereka hadir dan seronok untuk hadir. Kadangkala, suri aku gorengkan buah cempedak, gorengkan donut dan entah apa lagi.

Kerani di sekolah berkata
" Semalam kelas cikgu Azian, empat orang je yang datang, kalau kelas cikgu Jimi, hampir semua yang datang, apa rahsia cikgu? "Aku tersengih,
" Saya ugut dioranglah siapa tak datang kelas saya, siaplah dan sakitlah diorang bila masuk awal tahun depan. Sehari tak datang lari padang 10 pusingan, " . Aku melawak dengannya. Tetapi, betul. Aku akan denda mereka, tetapi bukan acara larian marathon ya. Sebaliknya, yang hadir aku menyeronokkan mereka pula dengan bersedekah sedikit supaya mereka tahu habuan apabila bersungguh-sungguh.