Monday, November 23, 2009

Ayah dan Ibu III


Betapa syahdunya setiap kali lagu ini dikumandangkan. Waktu - waktu penghujung semester persekolahan, sengaja aku tayangkan slaid ini. Sebagai mengisi ruang kosong selepas habis waktu peperiksaan. Lagu arwah Sudirman ini sentiasa menjadi lagu kegemaran aku, tambah -tambah lagi aku suka mengaitkannya sebagai input tentang budi - membalas jasa ibu bapa kepada anak-anak aku.

Kami menyanyikan lagu ini dengan penuh bertenaga. Mungkin Pengkritik Tetap Akademi Fantasia menggelarnya " jeritan" dan bukan nyanyian, kerana kami terlalu teruja menyanyikan bait-bait lagunya. Ya, kami. Aku dan anak-anak murid aku.

Ayah dan Ibu
Ayah dan Ibu
Itulah permulaan kami
Dapat melihat bulan dan matahari

" Siapa boleh beritahu cikgu, apa maksud rangkap di sini? " Aku bertanya.

Sesekali aku kaitkan dengan maksud puitis prosa seni yang wujud dalam bacaan novel, cerpen puisi ataupun seni kata lagu.

Ayah dan Ibu
Wali Wali Keramat
Pada mereka kita beri hormat
Aaaa
Pakailah tunjuk
Dan Nasihat
Suapaya hidup
Supaya hidup akan selamat

Aku terus melebarkan pandangan serta nasihat aku kepada mereka, bagaimana mahu menghormati orang tua terutama ibu dan ayah. Beberapa cerita seumpama ku sampaikan.

" Cuba bayangkan , ada kawan-kawan kita dalam bilik ini, sudah tiada ibu dan ayah. Dahulu, cikgu selalu berbual dengan ayah dia, alih-alih jatuh motor terus sakit, dan tinggalkan dia dan kakak-kakaknya.

Cuba bayangkan, kita tidak tahu bila ajal datang. Rugilah kalau kamu benci bergaduh-bertengkar dengan ayah dan ibu, dan bila tiba masa itu, kamu rasa menyesal sebab tidak sempat nak balas jasa ataupun cuma nak rasa nasi goreng mak kamu masakkan "

Ada yang sudah merah matanya. Ada yang tertunduk.

Kemudian, kami menyanyikan beramai-ramai lagu ini. Penuh perasaan dan kesyahduan. Serasa sebu dan sebak menyelebungi seluruh isi hati. Mungkin, dengan cara ini dapat melembutkan jiwa mereka. Tentang pengorbanan ibu dan ayah. Ada cebisan-cebisan kisah untuk dikongsikan.

Mimi

Mimi baru sahaja kehilangan ayah pada pertengahan tahun ini. Anak yang bongsu daripada 8 adik beradik. Barangkali yang paling rapat dan manja di sisi arwah ayahnya. Kehilangannya serasa amat sukar ditelan, dimamah ataupun cuba dimengertikan.

Kadangkala, sewaktu masa senggang, air matanya berlinang tanpa dipaksa.

" Cikgu Jimi, Mimi menangis lagi. Dia kata dia teringat arwah bapak dia " Seorang murid datang mencariku di bilik guru.

Kadangkala, dia tidak hadir ke sekolah. Pernah suatu hari, dia berjumpa dengan aku

" Cikgu, besok kita tak nak datang ke sekolah " Mimi memberitahu.

" Kenapa pulak ? "Aku bertanya.

" Kita nak pergi kubur, tengok ayah " Katanya, perlahan, matanya mulai bergenang.

Seminggu yang lalu, setelah lama Mimi tidak hadir ke sekolah. Mimi datang membawa sebungkus palstik berisi buah pulasan dan langsat untuk diberi kepada aku.

" Dah lama tak datang sekolah? Kenapa? Mimi kan dah besar, Tahun depan dah nak masuk tahun 4. Tak mahu nangis-nangis dah tau. Mimi, belajar rajin-rajin. Belajar baca doa betul-betul, baca Jawi betul-betul,baca quran betul-betul, nanti Mimi boleh hadiahkan bacaan doa dan ayat al quran kat arwah ayah. "

" Mimi belajar betul-betul, nanti arwah ayah mesti seronok kat sana, seronok tengok anak kesayangannya belajar betul-betul "


Mimi sudah mengalirkan air matanya. Mimi oh Mimi. Aduhai.

Nur Shahira

Nur Shahira bakal bertukar ke Parit Buntar tahun hadapan. Anak yatim ketiadaan ibu ini bakal berpindah lagi. Baru dua tahun di sini yang sebelum ini dari Sabah setelah ibunya meninggal di sana. Ayahnya yang bertugas sebagai tentera di Sabah hanya menyerahkan Shahira untuk dijaga oleh neneknya di kampung.

" Kenapa Shahira nak tukar sekolah ? " Aku bertanya.

" Ayah yang suruh " Jawab Shahira ringkas.

" Tapi, kenapa ? "
Aku bertanya. Mencungkil.

" Mak Long yang jaga saya pulak. Nenek dah tak larat nak jaga saya. Ayah suruh duduk dengan Mak Long. " Shahira menjelaskan.

" Hmmm kesian kat cikgu, tak dapat cikgu ajar Shahira tahun depan. Tak dapat lah cikgu rotan Shahira nanti bila Shahira degil .. hishh rugilah macam ni " Aku tersengih dan cuba memaksa diri untuk bergurau. Shahira tersengih juga menampakkan giginya yang jarang.

Aku mengeluarkan sampul surat putih yang berisi wang. Dan, menyuruh Shahira mengambilnya.

" Ingat tak, masa raya dulu cikgu ada bagi duit raya, yang cikgu cakap kawan cikgu bagi tu? " Aku berkata. Dia mengangguk.

" Nah, ambil ni. Ni lebih. Kawan cikgu tu yang bagi lagi. Kawan cikgu pesan, duit ni Shahira mesti beli peralatan sekolah. Baju sekolah ke, beg sekolah ke. Ingat, duit ni memang untuk Shahira, kawan cikgu ikhlas nak bagi untuk anak-anak yatim, duit ni tak boleh kamu joli katak pulak "

" Ingatlah selalu. Mesti selalu kuat tau hati kamu. Kat mana pun kamu pergi, jiwa mesti....mesti apa ?
Aku bertanya.

" KUAT " Shahira menjawab.

" Jangan ada sesiapa beritahu kamu, yang kamu ni tak guna, hina kamu, tak de mak ke atau caci kamu, tapi kamu lemah, asyik menangis. Kamu mesti lawan, lawan, lawan sampai habis. Lawan macam mana? " Aku bertanya lagi.

" Belajar sampai berjaya " Shahira yakin menjawab soalan aku.



Dua kisah anak-anak yatim. Mimi Suriati. Nur Shahira. Kehilangan ayah. Kehilangan ibu. Kita selalu memandang rendah pada perasaan mereka. Hakikatnya, mereka lebih arif dan maklum daripada kita. Dan, kebenarannya mereka lebih sensitif terhadap perubahan ini. Belajarlah untuk mendengar rintihan perasaan mereka.

Hanya doa yang mampu ku tebarkan buat mereka berdua. Semoga mereka tabah menempuhi hidup mereka berdua. Dan, betapa beruntung dan bertuahnya kita sekiranya kita masih lagi mempunyai orang tua kita.

Labels:

posted by Jimi Wiser @ Monday, November 23, 2009  


  • At 12:12 AM, Blogger Md Azfar said…

    sesungguhnye sye amat tersentuh dgn cerita nie... bnyk skrng orng2 yang x hargai ibu bapa mereka, sedangkan dari mereka la kita lahir ke dunia nie... masa mere ka hidup kita sia2 kan mereka.. bile dah x de baru la nak terasa.. begitulah kaitanye dgn saya... ayah dah lame pergi menyambut seruan ilahi.. ketika dia sedang terlantar sakit sya x indahkan..kadang2 rasa mcm terpaksa je nak amik tahu.. bile dia dah x de..baru la nak amik tahu.. segalanya dah terlambat.. hanya doa je la yang dpt sya kirimkan... rasa kesal x penah pudah dalam diri sya nie...semoga Allah menempatkannya di tempat orng2 yang soleh... Hargaila Ibu Bapa kita semasa mereka ade.. - (Hamba Allah)

     
Post a Comment
Kembali
 


Bagaimana mahu merungkai JIMI?. Pada DNA nya, kelakuannya, sifat mazmumah atau mahmudahnya?. Mungkinkah JIMI itu sebuah ciptaan, atau persepsi bagi sebuah realiti? Jujurkah atau hipokritkah JIMI, tetapi bukankah semuanya begitu?. Mari mendalami JIMI..

:: Mengapa Jimi menulis?
:: Di sebalik wajah





Skrip Kehidupan
Anak Kilang
Muhasabah Jimi
Laman Rumah Jimi
Terima Kasih
Nikmat Kenangan
Nikmat Kejayaan
Nikmat Tangisan
Puasa dan Kesibukan
Cuti - Cuti Cikgu Jimi
Pergi Dulu
Erti Lelah dan Keikhlasan
Seputar Kehidupan
Rayuanmu
Musim Berkurung
Cakar Kucing
Buku Raya
Anekdot Ramadhan dan Syawal
Anak-Anak dan Mercun Raya
Nikmat dan Rezeki
Kembali
Sebuah Alegori Buat Abah
Abah Telah Pergi
Rindu
Buah Cinta
Terima Kasih Hafira
Hadiah Hari Guru 2010
Selamat Hari Guru
Rasa Itu
Racau
Tangan Jahat
Hujan Panas
Cetusan Hati
Ayah oh Ayah
Melayu Yang Layu
Dicerap
Teman-Teman Ibu
Mendobi Baju
Berlari
Terima Kasih, Suri. Selamat Bertugas
Akhir 2009
Dunia Buku Jimi
Cuti Sekolah Cikgu Jimi
Terima Kasih Pembaca
Hidup Untuk Memberi
Janji Cikgu Jimi
Ayah dan Ibu III
Ayah dan Ibu II
Ayah dan Ibu
Teruskan Berdoa
Jutawan
Virus M
Sang Rasa
Bencana Makanan
Mendidik Puasa
Pen Hadiah Cikgu Jimi
Nasi Lemak Best Giler
Harapan 25 September
Baju Raya

Macam Mana, Cikgu?
Wajah - wajah UPSR
Alhamdulillah
Kerja Sekolah, Cuti Sekolah

Tahniah, Madihah
Virus dan Stress
Generasi 2009

Cikgu Jimi dan Bahasa

Van Hijau Itu
Kejantanan

Yang Terbaik
Lepat Pisang Amirul
Belated Hari Guru
Demi Azmil III
Demi Azmil II
Demi Azmil I
Mudah-Mudahan
Warna-Warna Alam
Cikgu Siti
Terima Kasih Kembali,

Shahril oh Shahril
Terima Kasih
Hamba yang Lemah
Berkirim Salam
Ingat Tak Lagi Cikgu?
Kekentalan Jiwa
Hari Pertama
Hari Terakhir
Lepaskan Aku ke Laut
Debaran yang Kencang
Soal Selidik Cikgu Jimi
Guru Biasa, Guru Murabbi

Nasib Guru-guruku

Kad Raya Hanim
Salam Alifi
Misi Gigi
Pasca UPSR
Raya Lagi
Selamat Semuanya
Laskar Pelangi
Duit Raya
Agen Perubahan Sosial
Anyway
Cikgu Bukan Sekadar Cikgu
Azmil
Kehilangan
Shuhaida
Kamala
Melankolia Lagi
Memoir Seorang Guru
Tunai tetap ditunaikan
Berbuih-buih
Choral Speaking Bermadu
Kak Imah
Anak Kampung
Masih Berbaloikah Lagi?
Surat Cinta Monyet
Tunai Janji
Meja Cikgu Jimi
Cikgu Jimi
Terima Kasih
Menunggu dan Menanti
Hari Guru Bahagian 3
Hari Guru Bahagian 2
Hari Guru Bahagian 1

Teman Sejati
Kelas Antonim
I am Staying Put
Tinta Merah Cikgu Jimi
Hadi Haziq
Jerayawara
Sufiyah oh Sufiyah
Hadiah Buku
Destinasi Tugas
Kain Pelikat
Cuti Sekolah
Nikmat Kesyukuran
Hafiz
Khairil
Carpediem
Just Go and Fly Kite lah!
Perempuan Melayu Terakhir
Jimi di Pangkor
Hamimah
Cerita Hantu
Cinta Monyet
Puisi Anak Kecil
Anak Kecil Beraya
Anak Bangsaku Malaysia
Aku Yang Dihina
Duri Berduri
Bad Teachers 1
Bad Teachers 2
Cikgu Jimi 1
Cikgu Jimi 2
Kembaraan Harianku
Tunjuk Ajarku, Sifu
Guru Ibarat Lilin





Brick Lane
Tokyo Tower: Me, Mom and Sometimes Dad
Grace Is Gone
Sepi
La Misma Luna
Ayat Ayat Cinta
August Rush
Diving Bell and Butterfly
Gone Baby Gone
The Eye - revisited
Broken English
Juno
The Great Debaters
The Kite Runner
Secret Sunshine
Atonement
Freedom Writers
881 Papaya Sisters
Once
Waitress
Anak Halal
Denias; Senandung Di Atas Awan
Dead Poets Society
Evening
Sad Movie
Breakfast on Pluto
Lust, Caution
Driving Lessons
B
ushi No Ichibun
Tegami from Niraikinai
After Brylluppet
Starter For 10
Becoming Jane
Secrets
Anak The Movie
The Ultimate Gift
The Fountain
Miss Porter
Akeelah and the Bee
Paris Je T'aime
After This Our Exile
Snow Cake
Stage Beauty
Pan's Labyrinth
Mukhsin
Apocalypto
Children of Men
Little Miss Sunshine
Half Nelson
Dreamgirls
Babel
Pursuit of Happyness
Be With You
Prize Winning of Defiance Ohio
Confession of Pain
Curse of Golden Flower
Cinta
A Prairie Home Companion
The Wind That Shakes
The Barley

Goodbye Boys
The Banquet
Mistress of Spices
Heart