Andai ada perkara yang aku minta dijauhkan, aku memohon kepada Ilahi supaya sentiasa dijauhi penyakit M.
Penyakit M ialah penyakit yang sangat ditakuti dan digeruni. Virus yang bersifat rasa dan mood akibat goncangan iblis dan syaitan. Penyakit in juga berpunca daripada virus mood nafsu yang memberontak untuk sentiasa mengikut kata hati dan bukannya daripada mata hati.
Andai tidak dicegah dan dikekang, penyakit ini akan menular dan merebak.
Keberangkalian penyakit virus M ini menganggu gugat kehidupan manusia bukan sahaja bersifat luaran malahan dalaman juga.
Virus M sering menyerang kehidupan manusia yang alpa. Virus M juga akan menghancurkan kehidupan manusia.
Virus M ialah virus MALAS.
Jauhilah dan cegahlah virus MALAS kerana ia sangat berbahaya, boleh menjangkiti kehidupan kalian. Cegah sebelum terlewat. Aku mulakan langkah pencegahan ini dengan diri aku dahulu.

Labels: cikgu Jimi |