Thursday, October 22, 2009

Sang Rasa

Aku tidak pasti tentang kalian, aku fikir salah satu kelebihan aku ialah aku boleh mengingati kata -kata yang diucapkan oleh seseorang dalam tempoh yang begitu lama.

Mengerti? Maksudnya sesiapa yang berkata -kata sesuatu perkara yang mengesankan hingga ke lubuk hati aku, aku akan pasti ingat kata -kata itu sampai ke lubuk hati atau mungkin sampai mati pun aku tidak boleh lupa.

Mungkin ia kata-kata yang menyakitkan hati, atau kata-kata yang berinspirasi atau apa sahaja yang mencuit hati yang aku peroleh dari mana-mana, tetapi tetap sangat jelas dalam ingatan aku.

Kebenarannya, aku selalu menonton filem-filem dan biasanya aku sentiasa terkesan dengan dialog yang diucapkan dalam filem.

Sebagai contoh,

" If you love someone, you’ ve got to tell her, otherwise the moment will passes you by "

Kata-kata ini diucapkan oleh Julienne dalam My Best Friend Wedding

Dalam sebuah bas, ketika aku pulang dari kampus sewaktu aku belajar di universiti dahulu, aku memberikan tempat duduk aku kepada seorang nenek tua, lalu ia berkata

" Bagusnya anak ni, kalau ada cucu nenek lagi, pasti nenek kahwinkan dengan anak "

Berbicara tentang tajuk Virus M, aku pernah terbaca dalam sebuah majalah, temu bual bersama superstar Anita Sarawak . Pabila ditanya tentang rahsia kejayaannya

" Tiada manusia yang bodoh dalam dunia ini, yang ada hanya manusia yang MALAS, kerana malas dia menjadi BODOH "

Dan, seperti kata-kata mendiang Diana tentang perkahwinannya . Kata-kata yang sangat popular ketika itu

" There are three of us in our marriage. It is too crowded "

Atau, kata - kata yang mungkin bersifat peribadi yang diucapkan oleh seorang abang aku

" Dengan keputusan Matematik ko, mana ko boleh masuk universiti. Sampai bila-bila pun kamu tak ke mana-mana "

Realitinya, aku adik beradik yang pertama dalam keluarga yang menjejakkan kaki ke unversiti.

Maksudnya, aku mungkin akan mengingati kata -kata kalian pada bila -bila masa sahaja. Kata-kata yang menyakitkan yang aku simpan jauh ke dalam, dan menjadikannya sebagai azimat untuk menafikan dan tidak membenarkan kata-kata itu menjadi darah daging aku. Kata -kata yang barangkali mengesankan yang akan ku jadikan mantra ketika aku hilang inspirasi dan mood. Atau, kata -kata yang sentiasa terimbau seolah - olah terngiang -ngiang seperti mengimbau lagu-lagu nostalgia lama di corong radio. Begitulah yang selalu terjadi dalam otak aku.

Justifikasinya di sini, orang-orang di sekeliling aku mungkin tidak melihat atau mengerti aku pasti akan mengingati kata-kata yang pernah mereka ucapkan/komenkan kepada aku.

Aku mungkin meletakkan diri aku sempadan supaya berhati-hati untuk tidak bermesra dengan orang ini kerana orang ini telah menyakiti aku. Aku mungkin akan memasukkan maklumat itu dalam kotak akal, supaya pada situasi akan datang aku akan tambahkan maklumat demi maklumat dan akhirnya menggerakkan relfleks tubuh aku untuk respons terhadap apa yang telah direspons kepada aku.

Aku tidak sempurna atau sebaik seperti yang orang lain fikir. Kelemahan ketara dalam diri aku ialah aku seorang yang mudah perasa. Sensitif. Aku akuinya. Barangkali, dengan rasa sensitif ini aku harap aku lebih mampu memahami jiwa anak-anak dan memahami tuntutan aku sebagai seorang guru.

Ironinya jua, kadang-kadang kata-kata yang indah cukup mudah melekat di kotak kecil otakku. Aku persembahkan bait-bait indah yang baca daripada sebuah blog, bait-bait ini telah aku simpan dalam otakku satu demi satu. Bait-bait ini hasil tulisan Pak Tenas Effendy.


Apabila ikhtiar sudah cukup
Yang usaha sudah habis
Yang mujur tak dapat diraih
Yang malang tak dapat ditolak
Yang nasib sudah bertentu
Yang takdir sudah tersurat
Yang suratan sudah berlaku
Yang daya sampai hadnya
Yang upaya sampai batasnya
Yang ikhtiar sampai pucuknya


Di situ iman diperteguhkan
Di situ dada dilapangkan
Di situ akal dipanjangkan
Di situ hati dipukalkan
Di situ diri direnungkan
Di situ berserah kepada Tuhan.

Labels:

posted by Jimi Wiser @ Thursday, October 22, 2009  


Post a Comment
Kembali
 


Bagaimana mahu merungkai JIMI?. Pada DNA nya, kelakuannya, sifat mazmumah atau mahmudahnya?. Mungkinkah JIMI itu sebuah ciptaan, atau persepsi bagi sebuah realiti? Jujurkah atau hipokritkah JIMI, tetapi bukankah semuanya begitu?. Mari mendalami JIMI..

:: Mengapa Jimi menulis?
:: Di sebalik wajah





Skrip Kehidupan
Anak Kilang
Muhasabah Jimi
Laman Rumah Jimi
Terima Kasih
Nikmat Kenangan
Nikmat Kejayaan
Nikmat Tangisan
Puasa dan Kesibukan
Cuti - Cuti Cikgu Jimi
Pergi Dulu
Erti Lelah dan Keikhlasan
Seputar Kehidupan
Rayuanmu
Musim Berkurung
Cakar Kucing
Buku Raya
Anekdot Ramadhan dan Syawal
Anak-Anak dan Mercun Raya
Nikmat dan Rezeki
Kembali
Sebuah Alegori Buat Abah
Abah Telah Pergi
Rindu
Buah Cinta
Terima Kasih Hafira
Hadiah Hari Guru 2010
Selamat Hari Guru
Rasa Itu
Racau
Tangan Jahat
Hujan Panas
Cetusan Hati
Ayah oh Ayah
Melayu Yang Layu
Dicerap
Teman-Teman Ibu
Mendobi Baju
Berlari
Terima Kasih, Suri. Selamat Bertugas
Akhir 2009
Dunia Buku Jimi
Cuti Sekolah Cikgu Jimi
Terima Kasih Pembaca
Hidup Untuk Memberi
Janji Cikgu Jimi
Ayah dan Ibu III
Ayah dan Ibu II
Ayah dan Ibu
Teruskan Berdoa
Jutawan
Virus M
Sang Rasa
Bencana Makanan
Mendidik Puasa
Pen Hadiah Cikgu Jimi
Nasi Lemak Best Giler
Harapan 25 September
Baju Raya

Macam Mana, Cikgu?
Wajah - wajah UPSR
Alhamdulillah
Kerja Sekolah, Cuti Sekolah

Tahniah, Madihah
Virus dan Stress
Generasi 2009

Cikgu Jimi dan Bahasa

Van Hijau Itu
Kejantanan

Yang Terbaik
Lepat Pisang Amirul
Belated Hari Guru
Demi Azmil III
Demi Azmil II
Demi Azmil I
Mudah-Mudahan
Warna-Warna Alam
Cikgu Siti
Terima Kasih Kembali,

Shahril oh Shahril
Terima Kasih
Hamba yang Lemah
Berkirim Salam
Ingat Tak Lagi Cikgu?
Kekentalan Jiwa
Hari Pertama
Hari Terakhir
Lepaskan Aku ke Laut
Debaran yang Kencang
Soal Selidik Cikgu Jimi
Guru Biasa, Guru Murabbi

Nasib Guru-guruku

Kad Raya Hanim
Salam Alifi
Misi Gigi
Pasca UPSR
Raya Lagi
Selamat Semuanya
Laskar Pelangi
Duit Raya
Agen Perubahan Sosial
Anyway
Cikgu Bukan Sekadar Cikgu
Azmil
Kehilangan
Shuhaida
Kamala
Melankolia Lagi
Memoir Seorang Guru
Tunai tetap ditunaikan
Berbuih-buih
Choral Speaking Bermadu
Kak Imah
Anak Kampung
Masih Berbaloikah Lagi?
Surat Cinta Monyet
Tunai Janji
Meja Cikgu Jimi
Cikgu Jimi
Terima Kasih
Menunggu dan Menanti
Hari Guru Bahagian 3
Hari Guru Bahagian 2
Hari Guru Bahagian 1

Teman Sejati
Kelas Antonim
I am Staying Put
Tinta Merah Cikgu Jimi
Hadi Haziq
Jerayawara
Sufiyah oh Sufiyah
Hadiah Buku
Destinasi Tugas
Kain Pelikat
Cuti Sekolah
Nikmat Kesyukuran
Hafiz
Khairil
Carpediem
Just Go and Fly Kite lah!
Perempuan Melayu Terakhir
Jimi di Pangkor
Hamimah
Cerita Hantu
Cinta Monyet
Puisi Anak Kecil
Anak Kecil Beraya
Anak Bangsaku Malaysia
Aku Yang Dihina
Duri Berduri
Bad Teachers 1
Bad Teachers 2
Cikgu Jimi 1
Cikgu Jimi 2
Kembaraan Harianku
Tunjuk Ajarku, Sifu
Guru Ibarat Lilin





Brick Lane
Tokyo Tower: Me, Mom and Sometimes Dad
Grace Is Gone
Sepi
La Misma Luna
Ayat Ayat Cinta
August Rush
Diving Bell and Butterfly
Gone Baby Gone
The Eye - revisited
Broken English
Juno
The Great Debaters
The Kite Runner
Secret Sunshine
Atonement
Freedom Writers
881 Papaya Sisters
Once
Waitress
Anak Halal
Denias; Senandung Di Atas Awan
Dead Poets Society
Evening
Sad Movie
Breakfast on Pluto
Lust, Caution
Driving Lessons
B
ushi No Ichibun
Tegami from Niraikinai
After Brylluppet
Starter For 10
Becoming Jane
Secrets
Anak The Movie
The Ultimate Gift
The Fountain
Miss Porter
Akeelah and the Bee
Paris Je T'aime
After This Our Exile
Snow Cake
Stage Beauty
Pan's Labyrinth
Mukhsin
Apocalypto
Children of Men
Little Miss Sunshine
Half Nelson
Dreamgirls
Babel
Pursuit of Happyness
Be With You
Prize Winning of Defiance Ohio
Confession of Pain
Curse of Golden Flower
Cinta
A Prairie Home Companion
The Wind That Shakes
The Barley

Goodbye Boys
The Banquet
Mistress of Spices
Heart