
" Cikgu Jimi, ni hadiah untuk cikgu. "
" Kerana subjek Bahasa Melayu yang cikgu Jimi ajar telah mencapai target sasaran percubaan UPSR tahun ini. "
Guru besar menyerahkan kotak hitam yang berisi pen. Pen yang mungkin eksklusif harganya seperti ini tidak pernah aku beli sepanjang hidup aku yang bergelar guru.
Sebenarnya, amat jarang pentadbir sekolah bermurah hati untuk menghadiahkan sesuatu kepada guru yang telah banyak berkorban demi mencapai sasaran peperiksaan.
Tercetus dengan segera di fikiran aku, aku akan menghadiahkan semula pen yang diterima itu kepada murid aku jika ada yang mendapat 5A tahun ini.
Kalaulah ada hadiah yang terbaik untuk aku, aku mungkin mahukan sebuah laptop yang baru. Laptop aku ini sudah kudi dan antik sifatnya. Menunggu ibarat bertapa untuk membukanya. Laptop peribadi inilah yang ku pikul sana sini, untuk tujuan rasmi kerja.
Andai di kementerian lain, kalau berjaya mencapai sasaran organisasi, ada yang dibelanja sampai melancong ke Medan atau Bandung. Kalau selepas mesyuarat di kementerian menu hidangan ringannya nasi briyani, lontong, soto dan entah apa lagi. Tetapi, kami di sini menu hidangan selepas taklimat atau mesyuarat hanya bihun goreng dengan rencah udang kering !.
Ya, jika ditanya sekali lagi. Aku mahukan sebuah laptop baru. Tapi, keberangkalian untuk menerima hadiah sebegitu ialah sifar. Labels: cikgu Jimi, laments |