Thursday, October 29, 2009

Jutawan



Tuliskan sebuah karangan yang menarik yang dimulakan dengan ayat di bawah

Jika aku seorang jutawan dan hartawan aku akan….



Murid Nombor 1

Jika aku seorang jutawan dan hartawan aku akan membuat sebuah kilang Pizza Hut untuk diagih-agihkan ke seluruh negara. Kalau aku seorang jutawan aku akan menderma kepada anak-anak yatim.

Aku juga akan membuat satu roket untuk ke bulan untuk menyacak bendera Malaysia di bulan untuk mengharumkan nama negara Malaysia.

Aku juga akan membuat beberapa bisnes untuk menambahkan lagi kekayaan aku lagi.
Kita jangan berangan untuk menjadi kaya seperti aku kita hendak berusaha dengan gigih

Murid Nombor 2

Jika aku jutawan dan hartawan aku juga boleh membeli kereta yang murah sahaja kerana aku tidak mahu muflis atau pun bapa kedana, sebat itulah aku berjimat cermat walaupun aku jutawan dan tidak semesti aku boleh membelanjakan semua duit yang ada

Murid Nombor 3

Kita haruslah menderma kepada tabung gempa bumi di Indonesia. Mereka dalam kesusahan kerana tidak tahu hendak tinggal di mana dan mereka dalam kelaparan. Sekian terima kasih.

Murid Nombor 4

Jika aku seorang jutawan dan hartawan aku akan membina seribu kilang bebola ikan, bebola ayam dan bebola sotong. Aku akan membina kilang pembekal daging burger.

Aku juga akan menderma darah kepada orang-orang yang memerlukan darah.


Murid Nombor 5

Jika aku seorang jutawan dan hartawan aku akan menjadi lebih seronok kerana dapat menangkap gambar orang seperi menghisap dadah, merempit dan merompak banyak lagi kegiatan yang aku tidak tahu.

Aku juga boleh menolong polis menangkap gambar penjenayah yang polis sedang cari. Pihak polis suruh aku menangkap gambar untuk dipenjarakan selama-lamanya.


Murid Nombor 6

Jika aku seorang jutawan dan hartawan aku akan berasa bangga kerana aku menjadi orang paling kaya raya di kampung.

Aku ingin membantu warga emas memberi mereka pakaian, wang dan makanan. Masa itu aku sangat kaya jadi suka hati akulah untuk belanja siapa-siapa.


Murid Nombor 7

Jika aku seorang jutawan dan hartawan aku akan meminang puteri yang kaya dan cantik di dunia. Aku hadiahkan berguni-guni emas, permata dan alat solek.

Alat solek penting untuk mencantikkan isteri aku. Aku akan belikan bulu mata palsu yang banyak sebanyak satu almari dan bedak satu bilik. Aku tidak mahu dia menjadi puteri terhodoh seperti dalam cerita dongeng.


Murid Nombor 8

Jika aku seorang jutawan aku akan belikan telefon bimbit untuk semua orang kampungku. Aku akan bina sebuah restoran paling mahal di dunia untuk belanja orang kampung ku.

Murid Nombor 9

Jika aku seorang jutawan dan hartawan aku akan membina sebuah stadium yang besar dengan harga yang murah. Aku akan bermain bola di stadium itu siang dan malam tanpa gangguan.

Murid Nombor 10

Jika aku seorang jutawan dan hartawan aku akan mengambil sepuluh orang gaji untuk menjaga ahli keluargaku. Seorang ditugaskan di dapur, di ruang tama dan lain-lain lagi.

Tetapi aku insaf akan harta aku dan aku tidak akan menunjuk-nunjuk akan harta aku yang banyak.

Pada selang tahun, aku akan menghantar ibuku ke tanah suci Mekah untuk menunaikan haji. Aku buat semua ini tanda aku sayangkan mereka.

Setiap bulan Ramadhan aku akan sedekahkan sejumlah wang untuk mereka yang memerlukan. Itu tandanya aku bersyukur dengan nikmat yang diberi.

Harta itu bukan aku punya tetapi hak orang lain juga. Aku akan berjanji di sini untuk membina masjid . Aku tidak akan mengkhianati agama aku. Aku akan membantu semua orang Islam.

Aku akan membuka klinik percuma untuk semua orang miskin.Aku akan berikan perubatan percuma semua untuk mak cik-mak cik walaupun ada antara mereka yang suka mengata aku.

Lagipun , aku melakukan semua ini untuk agama aku dan bukan untuk bermegah-megah.

Sebagai seorang guru, aku tertawa dan geli hati pabila membaca karya-karya mereka yang kreatif atau kadangkala tersasar jauh rasa kreatifnya. Ada yang sekadar mahu membina kilang bebola ikan atau membina sebuah stadium. Kadang-kadang juga, aku berasa sebak dan terharu dengan kematangan anak murid aku yang sungguh murni dan tulus mahu menjadi jutawan yang ingat akan usul agamanya. Mudah-mudahan pabila besar nanti bakal menjadi jutawan dan hartawan seperti Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhari yang terkenal dengan sifat dermawan dan murah hatinya itu.

Labels:

posted by Jimi Wiser @ Thursday, October 29, 2009  


Post a Comment
Kembali
 


Bagaimana mahu merungkai JIMI?. Pada DNA nya, kelakuannya, sifat mazmumah atau mahmudahnya?. Mungkinkah JIMI itu sebuah ciptaan, atau persepsi bagi sebuah realiti? Jujurkah atau hipokritkah JIMI, tetapi bukankah semuanya begitu?. Mari mendalami JIMI..

:: Mengapa Jimi menulis?
:: Di sebalik wajah





Skrip Kehidupan
Anak Kilang
Muhasabah Jimi
Laman Rumah Jimi
Terima Kasih
Nikmat Kenangan
Nikmat Kejayaan
Nikmat Tangisan
Puasa dan Kesibukan
Cuti - Cuti Cikgu Jimi
Pergi Dulu
Erti Lelah dan Keikhlasan
Seputar Kehidupan
Rayuanmu
Musim Berkurung
Cakar Kucing
Buku Raya
Anekdot Ramadhan dan Syawal
Anak-Anak dan Mercun Raya
Nikmat dan Rezeki
Kembali
Sebuah Alegori Buat Abah
Abah Telah Pergi
Rindu
Buah Cinta
Terima Kasih Hafira
Hadiah Hari Guru 2010
Selamat Hari Guru
Rasa Itu
Racau
Tangan Jahat
Hujan Panas
Cetusan Hati
Ayah oh Ayah
Melayu Yang Layu
Dicerap
Teman-Teman Ibu
Mendobi Baju
Berlari
Terima Kasih, Suri. Selamat Bertugas
Akhir 2009
Dunia Buku Jimi
Cuti Sekolah Cikgu Jimi
Terima Kasih Pembaca
Hidup Untuk Memberi
Janji Cikgu Jimi
Ayah dan Ibu III
Ayah dan Ibu II
Ayah dan Ibu
Teruskan Berdoa
Jutawan
Virus M
Sang Rasa
Bencana Makanan
Mendidik Puasa
Pen Hadiah Cikgu Jimi
Nasi Lemak Best Giler
Harapan 25 September
Baju Raya

Macam Mana, Cikgu?
Wajah - wajah UPSR
Alhamdulillah
Kerja Sekolah, Cuti Sekolah

Tahniah, Madihah
Virus dan Stress
Generasi 2009

Cikgu Jimi dan Bahasa

Van Hijau Itu
Kejantanan

Yang Terbaik
Lepat Pisang Amirul
Belated Hari Guru
Demi Azmil III
Demi Azmil II
Demi Azmil I
Mudah-Mudahan
Warna-Warna Alam
Cikgu Siti
Terima Kasih Kembali,

Shahril oh Shahril
Terima Kasih
Hamba yang Lemah
Berkirim Salam
Ingat Tak Lagi Cikgu?
Kekentalan Jiwa
Hari Pertama
Hari Terakhir
Lepaskan Aku ke Laut
Debaran yang Kencang
Soal Selidik Cikgu Jimi
Guru Biasa, Guru Murabbi

Nasib Guru-guruku

Kad Raya Hanim
Salam Alifi
Misi Gigi
Pasca UPSR
Raya Lagi
Selamat Semuanya
Laskar Pelangi
Duit Raya
Agen Perubahan Sosial
Anyway
Cikgu Bukan Sekadar Cikgu
Azmil
Kehilangan
Shuhaida
Kamala
Melankolia Lagi
Memoir Seorang Guru
Tunai tetap ditunaikan
Berbuih-buih
Choral Speaking Bermadu
Kak Imah
Anak Kampung
Masih Berbaloikah Lagi?
Surat Cinta Monyet
Tunai Janji
Meja Cikgu Jimi
Cikgu Jimi
Terima Kasih
Menunggu dan Menanti
Hari Guru Bahagian 3
Hari Guru Bahagian 2
Hari Guru Bahagian 1

Teman Sejati
Kelas Antonim
I am Staying Put
Tinta Merah Cikgu Jimi
Hadi Haziq
Jerayawara
Sufiyah oh Sufiyah
Hadiah Buku
Destinasi Tugas
Kain Pelikat
Cuti Sekolah
Nikmat Kesyukuran
Hafiz
Khairil
Carpediem
Just Go and Fly Kite lah!
Perempuan Melayu Terakhir
Jimi di Pangkor
Hamimah
Cerita Hantu
Cinta Monyet
Puisi Anak Kecil
Anak Kecil Beraya
Anak Bangsaku Malaysia
Aku Yang Dihina
Duri Berduri
Bad Teachers 1
Bad Teachers 2
Cikgu Jimi 1
Cikgu Jimi 2
Kembaraan Harianku
Tunjuk Ajarku, Sifu
Guru Ibarat Lilin





Brick Lane
Tokyo Tower: Me, Mom and Sometimes Dad
Grace Is Gone
Sepi
La Misma Luna
Ayat Ayat Cinta
August Rush
Diving Bell and Butterfly
Gone Baby Gone
The Eye - revisited
Broken English
Juno
The Great Debaters
The Kite Runner
Secret Sunshine
Atonement
Freedom Writers
881 Papaya Sisters
Once
Waitress
Anak Halal
Denias; Senandung Di Atas Awan
Dead Poets Society
Evening
Sad Movie
Breakfast on Pluto
Lust, Caution
Driving Lessons
B
ushi No Ichibun
Tegami from Niraikinai
After Brylluppet
Starter For 10
Becoming Jane
Secrets
Anak The Movie
The Ultimate Gift
The Fountain
Miss Porter
Akeelah and the Bee
Paris Je T'aime
After This Our Exile
Snow Cake
Stage Beauty
Pan's Labyrinth
Mukhsin
Apocalypto
Children of Men
Little Miss Sunshine
Half Nelson
Dreamgirls
Babel
Pursuit of Happyness
Be With You
Prize Winning of Defiance Ohio
Confession of Pain
Curse of Golden Flower
Cinta
A Prairie Home Companion
The Wind That Shakes
The Barley

Goodbye Boys
The Banquet
Mistress of Spices
Heart