Wednesday, September 09, 2009
Wajah-Wajah UPSR



UPSR tidaklah sepenting mana pun, tetapi ia merupakan peperiksaan awam untuk peringkat rendah yang rasmi. Sepanjang bertahun-tahun aku bergelumanag dengannya, ini beberapa cebisan catatan tentangnya.

1. Setiap sekolah sekurang-kurangnya mesti menghantar beberapa guru menjadi pengawas peperiksaan di sekolah lain. Setiap kali itu, pentadbir sekolah pening kepala kerana tiada siapa yang sudi dan mahu pergi menjadi pengawas peperiksaan.


2. Ironinya, ramai ibu bapa sangat prihatin dengan anak-anak mereka yang menduduki UPSR tetapi selari dengan usia yang bertambah, ibu bapa semakin kurang prihatin dengan anak-anak mereka yang mengambil PMR dan SPM, sedangkan SPM itu lebih penting. SPM , sebagai guru aku sifatkan penentu masa depan tetapi pada masa itulah ibu bapa kurang memberikan perhatian, kurang menjadi kawan kepada anak.


3. Aku sentiasa menolak unuk menjadi pengawas peperiksaan, dan aku tolak dengan penuh emosi. Maklumlah, Bahasa Melayu ialah subjek pada hari pertama. Aku harus berada di sisi anak-anak aku. 1 jam sebelum masuk dewan aku ada di sisi mereka, menenangkan jiwa mereka yang gundah.


4. Tahun ini, buat pertama kalinya akan diadakan ujian aptitud pada hari akhir peperiksaan. Sesungguhnya, langkah ini sangat baik. Sepatutnya sudah lama diperkenalkan.


5. Setiap tahun, akulah pembaca doa sebelum mereka masuk ke dewan. Setiap tahun juga, aku seringkali tidak lena tidur memikirkan samada mereka mampu "perform" atau sebaliknya.


6. . Ya, benar UPSR bukanlah penentu segala ketentuan bakal kehidupan yang dijalani pada masa hadapan, tetapi tidak pada anak-anak aku. Sekurang-kurangnya seorang atau dua orang yang cemerlang, boleh memasuki sekolah berasrama dan menghindari daripada kehidupan remaja kampung yang pasti kalian semua tahu. Dan, jalan mereka sudah hampir apabila mereka berada di sekolah tersebut. Aku? Aku hanyalah seorang guru biasa sahaja yang cuma membantu mereka.


7.. Pernah seorang murid patah tangan sebelum dua hari UPSR dijalankan. Nasib baik tangan yang patah ialah tangan kiri. Puncanya ialah, menaiki motor di kampung. Ala-ala merempitlah.


8. Pernah juga seorang murid kehilangan ayahnya buat selama-lamanya, dua hari sebelum peperiksaan. Aku dan guru-guru lain sempat menghadiri majlis kematiannya. Tangisan hibanya masih aku ingat sampai sekarang. Ironinya, besok hari sekolah dia masih hadir mengutip ilmu dan tips terakhir dengan penuh ketabahan. Kini, di sekolah menengah merupakan anak didik yang rajin menghantar berita hidupnya kepada aku. Alhamdulillah. Anak yang berjiwa kental.


9. Pernah pada satu tahun, seorang murid tidak hadir berbulan-bulan lamanya, sehinggakan guru besar terpaksa menjemput dari rumahnya untuk datang sekolah menjalani peperiksaan. Alasan tidak datang ke sekolah, malas. Serupa benar seperti ayahnya yang baru sahaja bangun dari tidur tatkala guru besar datang menjemputnya. Tipikal Lelaki Melayu Malas. Mungkin Harian Metro wajar menjadikan cerita ini di muka depan seperti ceritaorang melayu yang lain dalam akhbar tersebut.


10.Wajah airmata ketika mendapat keputusan cemerlang. Wajah selamba tidak berperasaan ketika mendapat keputusan. Guru besar mencampakkan fail keputusan ke atas meja guru kerana keputusan tidak memberangsangkan. Wajah aku yang sugul dan muram kerana bimbangkan mereka, dan setiap kali itulah doktor mengatakan aku mempunyai tekanan darah tinggi setiap tahun. Dan, itulah wajah-wajah yang tidak pernah aku lupa.

Aku bacakan ayat-ayat suci buat mereka. Pohon diberikan kemudahan, ketenangan dan kelapangan ketika menjawab. Tidak pernah ada satu saat pun aku memikirkan untuk meninggalkan mereka.


Selamat berjaya. Ingatlah UPSR bukanlah penentu segalanya. Tetapi ia tetap penting buat kamu.

Labels:

posted by jimi wiser @ Wednesday, September 09, 2009







<< Home


Bagaimana mahu merungkai JIMI?. Pada DNA nya, kelakuannya, sifat mazmumah atau mahmudahnya?. Mungkinkah JIMI itu sebuah ciptaan, atau persepsi bagi sebuah realiti? Jujurkah atau hipokritkah JIMI, tetapi bukankah semuanya begitu?. Mari mendalami JIMI..

:: Mengapa Jimi menulis?
:: Di sebalik wajah




Ayah dan Ibu III
Ayah dan Ibu II
Ayah dan Ibu
Teruskan Berdoa
Jutawan
Virus M
Sang Rasa
Bencana Makanan
Mendidik Puasa
Pen Hadiah Cikgu Jimi
Nasi Lemak Best Giler
Harapan 25 September
Baju Raya

Macam Mana, Cikgu?
Wajah - wajah UPSR
Alhamdulillah
Kerja Sekolah, Cuti Sekolah

Tahniah, Madihah
Virus dan Stress
Generasi 2009

Cikgu Jimi dan Bahasa

Van Hijau Itu
Kejantanan

Yang Terbaik
Lepat Pisang Amirul
Belated Hari Guru
Demi Azmil III
Demi Azmil II
Demi Azmil I
Mudah-Mudahan
Warna-Warna Alam
Cikgu Siti
Terima Kasih Kembali,

Shahril oh Shahril
Terima Kasih
Hamba yang Lemah
Berkirim Salam
Ingat Tak Lagi Cikgu?
Kekentalan Jiwa
Hari Pertama
Hari Terakhir
Lepaskan Aku ke Laut
Debaran yang Kencang
Soal Selidik Cikgu Jimi
Guru Biasa, Guru Murabbi

Nasib Guru-guruku

Kad Raya Hanim
Salam Alifi
Misi Gigi
Pasca UPSR
Raya Lagi
Selamat Semuanya
Laskar Pelangi
Duit Raya
Agen Perubahan Sosial
Anyway
Cikgu Bukan Sekadar Cikgu
Azmil
Kehilangan
Shuhaida
Kamala
Melankolia Lagi
Memoir Seorang Guru
Tunai tetap ditunaikan
Berbuih-buih
Choral Speaking Bermadu
Kak Imah
Anak Kampung
Masih Berbaloikah Lagi?
Surat Cinta Monyet
Tunai Janji
Meja Cikgu Jimi
Cikgu Jimi
Terima Kasih
Menunggu dan Menanti
Hari Guru Bahagian 3
Hari Guru Bahagian 2
Hari Guru Bahagian 1

Teman Sejati
Kelas Antonim
I am Staying Put
Tinta Merah Cikgu Jimi
Hadi Haziq
Jerayawara
Sufiyah oh Sufiyah
Hadiah Buku
Destinasi Tugas
Kain Pelikat
Cuti Sekolah
Nikmat Kesyukuran
Hafiz
Khairil
Carpediem
Just Go and Fly Kite lah!
Perempuan Melayu Terakhir
Jimi di Pangkor
Hamimah
Cerita Hantu
Cinta Monyet
Puisi Anak Kecil
Anak Kecil Beraya
Anak Bangsaku Malaysia
Aku Yang Dihina
Duri Berduri
Bad Teachers 1
Bad Teachers 2
Cikgu Jimi 1
Cikgu Jimi 2
Kembaraan Harianku
Tunjuk Ajarku, Sifu
Guru Ibarat Lilin





Brick Lane
Tokyo Tower: Me, Mom and Sometimes Dad
Grace Is Gone
Sepi
La Misma Luna
Ayat Ayat Cinta
August Rush
Diving Bell and Butterfly
Gone Baby Gone
The Eye - revisited
Broken English
Juno
The Great Debaters
The Kite Runner
Secret Sunshine
Atonement
Freedom Writers
881 Papaya Sisters
Once
Waitress
Anak Halal
Denias; Senandung Di Atas Awan
Dead Poets Society
Evening
Sad Movie
Breakfast on Pluto
Lust, Caution
Driving Lessons
B
ushi No Ichibun
Tegami from Niraikinai
After Brylluppet
Starter For 10
Becoming Jane
Secrets
Anak The Movie
The Ultimate Gift
The Fountain
Miss Porter
Akeelah and the Bee
Paris Je T'aime
After This Our Exile
Snow Cake
Stage Beauty
Pan's Labyrinth
Mukhsin
Apocalypto
Children of Men
Little Miss Sunshine
Half Nelson
Dreamgirls
Babel
Pursuit of Happyness
Be With You
Prize Winning of Defiance Ohio
Confession of Pain
Curse of Golden Flower
Cinta
A Prairie Home Companion
The Wind That Shakes
The Barley

Goodbye Boys
The Banquet
Mistress of Spices
Heart