Hari ini
25hb September 2009, ialah hari ulangtahun kelahiran aku. Alhamdulillah, masih lagi bernafas dan diizinkan Allah untuk meneruskan hidup. Pada setiap tanggal 25hb September, aku sentiasa melihat diri aku secara keseluruhannya, bagaimanakah hidup aku setakat ini dan pencapaiannya.Melihat diri aku, sambil mendoakan supaya kesihatan aku berpanjangan. Dimurahkan rezeki yang halal. Dan, mampu meneruskan hidup aku yang serba sederhana ini.
Aku tidak seperti orang lain. Tidak mempnyai impian dan harapan yang tinggi. Tidak juga terlalu spesifik.
Aku berharap benar aku dapat menyambung kembali pengajian sarjana aku. Setiap kali aku melihat
teman seperjuanganku di sana, hati berasa sungguh cemburu. Dan, kalau boleh biarlah sampai sehingga ke taraf doktor falsafah. Belajar dan menuntut ilmu membuatkan aku terasa menjadi lebih " muda". Sungguh.
Aku mahu menulis. Ya, menulis. Sebuah buku. Tidak kiralah buku apa. Buku novel kanak-kanak pun tidak apa. Itu impian aku.
Aku mahukan sebuah rumah yang indah lanskapnya. Mungkin dipagari dengan pagar kayu yang bersilang dengan tona warna kayu yang alami. Punyai tembok dinding yang kasar dan berbatu. Punyai pohon palma yang tinggi, bersama deruan air yang mengalir, boleh bersemayam atas selasar pangkin kayu. Waktu itu, aku dengan buku bacaan aku.
Tadi, aku memberitahu suri tentang " harapan " aku.
" Yang, sentiasalah doakan abang. Doakan abang sentiasa dekat dengan Allah "