Seperti tahun-tahun sebelumnya juga, waktu peperiksaan UPSR yang semakin hampir, banyak betul tugas yang perlu dilakukan.
1. Sistem data secara online harus aku kemas kini. 2. Pemantau datang daripada pelbagai pihak. Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah. 3. Kelas tambahan. 4. Kertas-kertas mirip UPSR sebenar datang dari negeri Selangor, Perlis, Kuala Lumpur, Johor malah merata alam semuanya aku harus tandakan dan serahkan kepada anak murid aku.
Dan, akhirnya seperti yang telah diduga, hujan lebat yang penuh kedinginan ditambah pula dengan perangai gila aku yang semakin rasa tidak sihat, semakin itulah aku cuba melawan.
Akhirnya, aku tewas. Jatuh sakit. Sakit dada. Batuk berterusan. Selsema yang berpanjangan.
Pergi ke klinik kerajaan. Takut. Fobia. Manalah tahu jika diserang virus itu. Alhamdulilah. Tapi, doktor memberitahu
" Kenapa darah awak tinggi ni? Awak stress ye? Awak kerja apa? " " Hmmm, im a school teacher "
" Hmm no wonderlah ya, UPSR?SPM, STPM teacher eh? "
" yes, UPSR"
" Terrible kan? " tanya doktor itu seolah-olah mahu menyindir aku.
Aku hanya tersengih sahaja sambil mengangguk mengiyakan sahaja bebelannya yang panjang tentang sistem pendidikan Malaysia yang terlalu menjurus kepada peperiksaan.
Aku dapat cuti empat hari campur hari minggu. Baring. Batuk. Baring. Baca buku. Tapi, fikiran tetap teringat pada anak - anak aku tu.
Mana tak nya, lagi tiga minggu lagi. Kelas tambahan waktu malam sudah bermula minggu ini. Aduhai.
 Labels: cikgu Jimi |