Tuesday, August 04, 2009

Generasi 2009


Kesibukan hidup aku menyebabkan kadangkala aku meninggalkan dunia blog, pembaca yang setia di sini, maafkan kepergian aku, ya. Kadang ada, kadang tiada.

Hari demi hari, saat dan ketika, sedari tidak dunia ini pantas benar berputar. Persis kelmarin sahaja aku baru menaip kisah anak- anak aku di tahun 6 seperti Azmil, Shuhaida dan lain-lain.

Kini, sudah tinggal sebulan lagi tarikh peperiksaan tahun 6 akan berlangsung, buat generasi yang berikutnya. Generasi tahun 2009 yang penuh pancaroba dan pelbagai lagi asam garam kisah kehidupan mereka.

Haziq - Kematian ibu ketika usianya tujuh tahun. Ayahnya bekerja jauh meninggalkan Haziq sesubuh pagi dan pulang lewat malam. Sehingga usianya kini dua belas tahun, Haziq seperti kekosongan jiwa. Sering mengelamun kosong dan termenung jauh. Seolah jiwanya dan rohnya bukan di dunia ini. Keputusan peperiksaan percubaan 1A 1B 2C 1D = Gagal

Amirina - Anak bongsu daripada keluarga peniaga pasar malam. Ayah dan ibu, abang-abangnya menjual kuih putu piring dan air tebu di pasar-pasar malam. Tahun ini mula memakai cermin mata. Marah dan tersinggung jika dikata seperti orang tua dengan cermin matanya. Murid yang bukan semulajadi bijak tetapi banyak menolak dirinya lebih jauh dan berusaha keras untuk mencapai kejayaan. Keputusan peperiksaan percubaan 3A 2B = Lulus

Hazrul Fitri - Baru-baru ini berpindah ke rumah PPRT, rumah bantuan kerajaan yang baru setelah berbelas tahun memohon sebagai bantuan rakyat termiskin. Setiap malam menolong ibu membuat kuih untuk diletakkan di gerai. Akibatnya, setiap pagi di dalam kelas rambutnya tidak terurus dan makin lesu wajahnya. Satu hari dengan malunya, dia mengaku kepada aku yang dia sangat lapar. Aku menghadiahinya wang seringgit. " Pergi makan kuih, kemudian masuk kelas cikgu nanti ".Keputusan peperiksaan percubaan 1A 3B 1C = Lulus

Asmahanis - Ketika dia di tahun 3 pun, dia masih lagi pelat. Pensil disebutnya PENTEL. Salah seorang murid yang sangat perlahan kemajuan pelajarannya. Usianya mungkin 12 tahun tetapi jiwa dan warasnya baru berusia 9 tahun. Dua minggu lalu dia meraung di luar pagar sekolah kerana tidak mahu masuk ke dalam kelas sambil dipujuk habis-habisan oleh ibunya. Keputusan peperiksaan percubaan 1B 2C 1D 1E = Gagal

Hajirah - Keturunan India muslim. Aku pernah mengajar abangnya, dan juga kakaknya. Abangnya yang sulung ditangkap kerana mengedar dadah dan mencuri motor di bandar. Dipenjarakan dan tidak dapat dibebaskan. Hajirah seringkali tidak hadir ke sekolah, sekiranya bertanya kemanakah dia pergi. Katanya mudah " Emak terlewat bangun ".
Keputusan peperiksaan percubaan 2A 2B 1C = Lulus

Afiq - Anak seorang guru, guru di sekolah aku juga. Ayahnya seorang pensyarah di sebuah kolej swasta. Seorang yang suka membaca novel-novel cinta. Sehinggakan karangan ataupun binaan ayat-ayat berbaur sastera cinta picisan, leleh sifatnya. Ayatnya seperti " Aku teruja kerana dapat bercuti di tepian pantai sambil bermain pasir suci di gigi air. Pasir pantainya yang memutih seperti awan gebu benar-benar satu terapi hidupku " Cita-citanya mahu menjadi seorang selebriti cef, tetapi ayahnya pernah mengomen " Tidak pernah keturunan aku, darah daging keluarga aku, ada yang nak jadik tukang masak " Keputusan peperiksaan percubaan 4A 1C = Lulus

NurAmani - Ayahnya seorang yang sangat bengis. Sejak aku mengenali dirinya dari tahun satu hinggalah sekarang jarang aku melihatnya tersenyum. Sorang yang sangat pendiam dan pemalu. Pabila ditanya mengapa tidak hadir ke kelas tambahan, katanya motor ayahnya rosak atau tiada duit untuk makan. Sejak pertanyaan itu, setiap kali waktu kelas tambahan aku, aku akan sediakan biskut Chipsmore, atau apa sahaja untuk anak murid aku. Keputusan peperiksaan percubaan 1A 3B 1C = Lulus

Hafira - Takdirnya dia menjadi "anak angkat" aku tahun ini. Aku dipilih menjadi ayah angkatnya berdasarkan keputusan sebulat suara guru-guru, setelah melihat kesungguhan aku membimbing Azmil tahun lalu, dan potensi Hafira dalam pelajarannya. Hafira seorang yang berjiwa kental tetapi bertubuh kecil. Jiwanya cukup kental kerana mempunyai cita dan impian setinggi gunung. Ayahnya seorang tukang kebun, ibunya pula seorang tukang jahit. Hidupnya hanya mahu memenuhi impian keluarganya. Dari tahun satu hingga ke tahun 6 dia tidak pernah mendapat nombor yang lain kecuali nombor satu sahaja. Sikapnya cukup matang, bersama Amirina mereka berdua sentiasa bersama malah setiap Isnin dan Khamis akan berpuasa setiap minggu mencontohi kakak Nur Madiha yang mendapat 20 A pada SPM tahun lalu. Murid yang paling banyak menerima hadiah daripada aku kerana kecemerlangannya. Membimbingnya tidak sesukar membimbing anak angkat aku Azmil dahulu, apa yang aku bimbing dan nasihat pasti tersemat di hati dan fikirannya. Seperti Azmil, aku akan berjuang apa sahaja untuk Hafira. Kalau dia mendapat 5A, akan aku usahakan ke sekolah berasrama penuh. MRSM paling sempurna buatnya. Keputusan peperiksaan percubaan 5A = Lulus

Hasrizal - Murid berstatus pemulihan. Malah sebenarnya dia tidak layak di kelas pemulihan. Menulis namanya pun terbalik. Sebenarnya dia wajar dimasukkan ke kelas pendidikan khas. Malah doktor pun mengesahkan bahawa Hasrizal mempunyai masalah di otaknya. Malangnya dia anak orang susah. Sekolah itu jauh di bandar. Maka, Hasrizal hanya mampu bersekolah di sini sahaja. Dia ke sekolah bukan mahu menjadi pandai, tetapi hanya kerana orang lain pun bersekolah. " Cikgu, hari ni hari jadi saya " Katanya suatu hari sambil menyerahkan bungkusan plastik berisi gula-gula, coklat dan ais pong. Keputusan peperiksaan percubaan 5E = Gagal

Radzuan - Ibunya meninggalkannya. Ayahnya pun meninggalkannya. Bercerai. Neneknya dan datuknya pun dah bercerai. Datuknya yang menjaganya kini. Suatu hari neneknya mengambilnya duduk bersamanya. Esoknya pula, datuknya memarahi kami cikgunya membiarkan kami membenarkan Radzuan balik ke rumah neneknya. Keputusan peperiksaan percubaan 2C 1D 2E = Gagal

Amri - Kata ibunya sewaktu kecil Amri demam panas sehinggakan dakwa ibunya Amri tidak boleh belajar terlalu lama. Sakit kepala, pening dan muntah-muntah. Tetapi, yang cikgu-cikgu tahu Amri suka membuat alasan untuk setiap tugasan yang tidak dibuatnya. Ibunya memesan jangan diberi tugas yang banyak. Jangan marah Amri. Jangan sergah dia. Jangan. Jangan. Jangan. Akibatnya, dia boleh ponteng sesuka hatinya. Dan, ibunya boleh terus mengadu dan membela sekira anaknya dimarahi guru. Keputusan peperiksaan percubaan 1B 1C 1D 2E = Gagal

Amin - Ibunya digelar Mak Cik Seksi oleh kawan-kawannya. Bayangkan orang kampung yang memakai baju ketat dan seluar pendek ketat, menghantar anak-anaknya dengan motor. Rambut karat digerbang bebas disapa angin pagi. Amin suka memberi salam kepada aku, malah murid yang paling setia memberikan salam kepada aku. Malah ketika berjumpa di tengah jalan, lagaknya macam orang tua mengangkat tangan seperti orang tua seolah-olah kenalan rapat aku. Kawan-kawannya berkata itu taktik Amin untuk mengaburi mata-mata cikgu kerana dia seorang yang nakal di kampungnya. Jenayah yang dilakukannya, mencuri coco crunch dan kotak milo milik Tadika Kemas. Sekiranya ditanya mengapa tidak tahu menunaikan sembahyang, jawabnya mak suka berkaraoke di rumah, ayah suka mabuk di kedai todi. Keputusan peperiksaan percubaan 1A 3B 1C = Lulus

Itulah kedua belas semuanya anak-anak murid enam tahun 2009 aku. Ya, dua belas sahaja. Serba serbinya ada. Murid cemerlang. Murid sederhana. Murid pemulihan. Murid lembam. Masalah keluarga pun rencam sifatnya.

Kalian orang luar mungkin boleh sahaja berputus asa jika bapa mereka penjenayah atau pembuat dosa di muka bumi. Kalian mungkin boleh melabel ' Dah bapak ngan emaknya macam jahanam, padanlah anaknya macam tu ' . Tetapi, bagi aku sebagai guru dan bagi guru-guru lain juga, adalah menjadi dosa besar sekiranya aku memalitkan kesalahan ibu dan ayah mereka kepada diri mereka. Demi Allah, menjadi seorang guru sekiranya tidak memikulnya dengan betul, boleh berbuat dosa setiap hari. Dengan tidak mengajar, mendidik dan membimbing dengan sehabis daya yang mungkin.

Aku berdoa setiap hari supaya diberikan kekuatan membimbing mereka. Adil dan seadil yang mampu aku berikan. Aku tidak boleh membimbing Amin sepertimana aku membimbing Amri, Afiq atau Hafira. Kerana sifat dan peribadi dan pencapaiannya berlainan.

Teman-teman, walaupun dua belas kesemua mereka. Tidak ada seorang pun aku lupakan. Kasih dan sayang aku tetap sama. Aku sentiasa berdoa sekiranya mereka tidak mampu pun untuk menjejak ke menara gading seperti kawan-kawan mereka, tetapi biarlah mereka menjadi anak bangsa yang rajin meskipun hanya menjual pisang goreng di persimpangan jalan.

Nah, siapa kata tugas seorang guru itu tugas yang mudah ? Aku laknat siapa yang bacul mulutnya meluncurkan kata-kata sedemikian.

Nah, kalian pilihlah anak murid mana yang perlu didahulukan perlu dikemudiankan, yang mana perlu diketepikan yang mana perlu diketengahkan? Sedangkan hakikatnya mereka berhak mendapat yang terbaik. Sama rata.

Nah, kalian pilihlah anak murid aku yang mana satukah yang kalian mahu aku ceritakan di blog ini?

Labels:

posted by Jimi Wiser @ Tuesday, August 04, 2009  


Post a Comment
Kembali
 


Bagaimana mahu merungkai JIMI?. Pada DNA nya, kelakuannya, sifat mazmumah atau mahmudahnya?. Mungkinkah JIMI itu sebuah ciptaan, atau persepsi bagi sebuah realiti? Jujurkah atau hipokritkah JIMI, tetapi bukankah semuanya begitu?. Mari mendalami JIMI..

:: Mengapa Jimi menulis?
:: Di sebalik wajah





Skrip Kehidupan
Anak Kilang
Muhasabah Jimi
Laman Rumah Jimi
Terima Kasih
Nikmat Kenangan
Nikmat Kejayaan
Nikmat Tangisan
Puasa dan Kesibukan
Cuti - Cuti Cikgu Jimi
Pergi Dulu
Erti Lelah dan Keikhlasan
Seputar Kehidupan
Rayuanmu
Musim Berkurung
Cakar Kucing
Buku Raya
Anekdot Ramadhan dan Syawal
Anak-Anak dan Mercun Raya
Nikmat dan Rezeki
Kembali
Sebuah Alegori Buat Abah
Abah Telah Pergi
Rindu
Buah Cinta
Terima Kasih Hafira
Hadiah Hari Guru 2010
Selamat Hari Guru
Rasa Itu
Racau
Tangan Jahat
Hujan Panas
Cetusan Hati
Ayah oh Ayah
Melayu Yang Layu
Dicerap
Teman-Teman Ibu
Mendobi Baju
Berlari
Terima Kasih, Suri. Selamat Bertugas
Akhir 2009
Dunia Buku Jimi
Cuti Sekolah Cikgu Jimi
Terima Kasih Pembaca
Hidup Untuk Memberi
Janji Cikgu Jimi
Ayah dan Ibu III
Ayah dan Ibu II
Ayah dan Ibu
Teruskan Berdoa
Jutawan
Virus M
Sang Rasa
Bencana Makanan
Mendidik Puasa
Pen Hadiah Cikgu Jimi
Nasi Lemak Best Giler
Harapan 25 September
Baju Raya

Macam Mana, Cikgu?
Wajah - wajah UPSR
Alhamdulillah
Kerja Sekolah, Cuti Sekolah

Tahniah, Madihah
Virus dan Stress
Generasi 2009

Cikgu Jimi dan Bahasa

Van Hijau Itu
Kejantanan

Yang Terbaik
Lepat Pisang Amirul
Belated Hari Guru
Demi Azmil III
Demi Azmil II
Demi Azmil I
Mudah-Mudahan
Warna-Warna Alam
Cikgu Siti
Terima Kasih Kembali,

Shahril oh Shahril
Terima Kasih
Hamba yang Lemah
Berkirim Salam
Ingat Tak Lagi Cikgu?
Kekentalan Jiwa
Hari Pertama
Hari Terakhir
Lepaskan Aku ke Laut
Debaran yang Kencang
Soal Selidik Cikgu Jimi
Guru Biasa, Guru Murabbi

Nasib Guru-guruku

Kad Raya Hanim
Salam Alifi
Misi Gigi
Pasca UPSR
Raya Lagi
Selamat Semuanya
Laskar Pelangi
Duit Raya
Agen Perubahan Sosial
Anyway
Cikgu Bukan Sekadar Cikgu
Azmil
Kehilangan
Shuhaida
Kamala
Melankolia Lagi
Memoir Seorang Guru
Tunai tetap ditunaikan
Berbuih-buih
Choral Speaking Bermadu
Kak Imah
Anak Kampung
Masih Berbaloikah Lagi?
Surat Cinta Monyet
Tunai Janji
Meja Cikgu Jimi
Cikgu Jimi
Terima Kasih
Menunggu dan Menanti
Hari Guru Bahagian 3
Hari Guru Bahagian 2
Hari Guru Bahagian 1

Teman Sejati
Kelas Antonim
I am Staying Put
Tinta Merah Cikgu Jimi
Hadi Haziq
Jerayawara
Sufiyah oh Sufiyah
Hadiah Buku
Destinasi Tugas
Kain Pelikat
Cuti Sekolah
Nikmat Kesyukuran
Hafiz
Khairil
Carpediem
Just Go and Fly Kite lah!
Perempuan Melayu Terakhir
Jimi di Pangkor
Hamimah
Cerita Hantu
Cinta Monyet
Puisi Anak Kecil
Anak Kecil Beraya
Anak Bangsaku Malaysia
Aku Yang Dihina
Duri Berduri
Bad Teachers 1
Bad Teachers 2
Cikgu Jimi 1
Cikgu Jimi 2
Kembaraan Harianku
Tunjuk Ajarku, Sifu
Guru Ibarat Lilin





Brick Lane
Tokyo Tower: Me, Mom and Sometimes Dad
Grace Is Gone
Sepi
La Misma Luna
Ayat Ayat Cinta
August Rush
Diving Bell and Butterfly
Gone Baby Gone
The Eye - revisited
Broken English
Juno
The Great Debaters
The Kite Runner
Secret Sunshine
Atonement
Freedom Writers
881 Papaya Sisters
Once
Waitress
Anak Halal
Denias; Senandung Di Atas Awan
Dead Poets Society
Evening
Sad Movie
Breakfast on Pluto
Lust, Caution
Driving Lessons
B
ushi No Ichibun
Tegami from Niraikinai
After Brylluppet
Starter For 10
Becoming Jane
Secrets
Anak The Movie
The Ultimate Gift
The Fountain
Miss Porter
Akeelah and the Bee
Paris Je T'aime
After This Our Exile
Snow Cake
Stage Beauty
Pan's Labyrinth
Mukhsin
Apocalypto
Children of Men
Little Miss Sunshine
Half Nelson
Dreamgirls
Babel
Pursuit of Happyness
Be With You
Prize Winning of Defiance Ohio
Confession of Pain
Curse of Golden Flower
Cinta
A Prairie Home Companion
The Wind That Shakes
The Barley

Goodbye Boys
The Banquet
Mistress of Spices
Heart