
Tapi sayang, hanya secawan sahaja mampu disisip. Tapi keseronokan dapat menikmatinya secara percuma sungguh menyeronokkan anak-anak kecil ini. Oh ya, bukan anak-anak kecil sahaja yang teruja mahu menikmatinya, guru-guru juga mahu menumpang sekaki meskipun mampu membeli berkotak-kotak di pasar raya, bukan?.

Untuk guru-guru, dua jag kosong diberikan. Cukuplah untuk kami guru sekolah kampung yang berjumlah 10 orang sahaja. Campur penjaga keselamatan, guru besar, dan seorang kerani dan mak cik kantin yang suka menyibuk tu. Dapatlah segelas juga.
Tapi, percayalah acara ini pasti menjadi bualan anak-anak kecil lagi, sekurang-kurangnya untuk 2 3 hari selepas itu, sehingga tahun hadapan datang lagi van hijau yang comel itu.