Tuesday, July 21, 2009
Cikgu Jimi dan Bahasa
Enam tahun yang lalu sewaktu aku ditemuduga untuk menjadi seorang guru berstatus tetap, aku ditawarkan mengikuti diploma perguruan Pengajian Melayu, yang bermakna aku akan mengajar subjek Bahasa Melayu di sekolah.

Sebenarnya tawaran itu dibuat berdasarkan kekosongan guru dalam subjek tersebut. Kekosongan guru kadangkala berubah setiap tahun, dan pada tahun itu terdapat banyak kekurangan guru bahasa Melayu memandangkan tumpuan pada ketika itu pada pengajaran subjek Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris.

Jadinya, jauh sungguh berbeza bagi aku seorang lulusan Sains Politik dan Antarabangsa di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai medium komunikasi selama enam tahun. Apatah lagi lebih dua tahun aku mengajar subjek MUET dan Pengajian Am di Tingkatan Enam sebagai guru sementara di sebuah sekolah menengah.

Peralihan daripada sekolah menengah kepada sekolah rendah cukup menekan diri aku. Apatah lagi menukar aliran sebegitu besar. Tidak dapat dinafikan aku agak ralat kerana terpaksa membiarkan keupayaan bahasa Inggeris aku diketepikan tanpa aku dapat menggunakannya untuk mengajar anak bangsa aku.

Malah, saat ditemuduga dahulu, aku terus terang menyatakan aku sebenarnya mahu diserap sebagai guru dalam major Bahasa Inggeris berdasarkan pengalaman aku dan minat aku dalam bahasa tersebut. Tetapi malangnya, rayuan atau permintaan aku ditolak kerana aku diserap dalam latihan perguruan demi memenuhi kekosongan guru bahasa Melayu.

Kini, sudah lebih enam tahun aku mengajar bahasa Melayu di sekolah rendah. Aku akui sebenarnya inilah campur tangan daripada Allah, yang menemukan cinta aku semula kepada bahasa Melayu. Tiada sebarang sesalan yang diungkapkan.

Saat aku mengajar anak murid, saat itu juga aku mempelajari dan mengukuhkan semula penguasaan bahasa aku. Kosa kata seperti jerayawara, kebejatan, menebak atau apa sahaja perkataan yang lain menambahkan kecintaan aku terhadap bahasa ini.

Menjadi guru bahasa, engkau harus mencintai bahasa dan menebarkan magik kepada anak murid engkau, untuk sama-sama mencintai bahasa juga. Sebenarnya tidak sukar, kerana semula jadinya aku memang menggemari subjek linguistik dan bahasa. Mempelajari bahasa Arab, Inggeris dan kini aku mengajar pula bahasa Melayu.

Aku belajar untuk menyelami dunia buku dan novel bahasa Melayu yang selama ini telah lama aku tinggalkan. Dan, kini aku sudah mengeksplorasi dunia buku bahasa Inggeris dan Melayu. Bayangkan, duit belanja aku bagi setiap bulan untuk bahan-bahan buku.

Tujuan aku menceritakan hal keupayaan berbahasa ini adalah lantaran debat masyarakat tentang pemansuhan bahasa Inggeris dalam subjek Matematik dan Sains. Sesungguhnya, secara peribadi aku lega dengan kembalinya bahasa Melayu sebagai bahasa perantaraan subjek-subjek tersebut.

Ironinya, dari dahulu lagi aku betul-betul menentang penggunaan bahasa tersebut dalam subjek Matematik dan Sains. Jujurnya, aku rasakan yang sepatutnya didiagnosis ialah penguasaan bahasa Inggeris dan kualiti pengajarannya di sekolah rendah, menengah dan di universiti sangatlah lemah.

Puncanya ialah sistem pelajaran dan kurikulum kita yang tidak bermaya. Kalau mahu ubah, kukuhkanlah dan mantapkanlah pengajaran dan pelajaran bahasa Inggeris bukannya dalam subjek Matematik dan Sains.

Terus terang aku katakan sepanjang aku bersekolah dan memasuki universiti, keluar universiti dan kini menjadi seorang guru, dan apa yang boleh aku katakan ialah, aku berjaya menguasai bahasa Inggeris hanya ketika aku berada di universiti. Sistem pengajaran dan pembelajaran di sana yang berbeza dan unik, dan persekitaran UIAM yang berbeza menyebabkan aku boleh menguasainya dengan baik.

Malah, hakikatnya aku belajar membaca novel-novel Inggeris bermula dari situ sehinggalah sekarang.

Malangnya, apabila dikenang zaman persekolahan apa yang kita tahu,hanyalah sibuk menghafal nota dan sibuk berhempas pulas semata-mata untuk peperiksaan.Kalaulah zaman sekolah kita ditanamkan minat berbahasa dengan cara yang berbeza dan unik, pasti ada perubahannya.

Sistem kita terlalu menjurus kepada peperiksaan. Aku jarang menemui pelajar yang begitu meminati untuk membaca buku. Ya, buku novel, fiksyen atau bukan fiksyen. Samada di sekolah, universiti semuanya sibuk mengelek nota dan buku kerja.

Apabila ditanya untuk menyenaraikan 5 senarai penulis buku yang memberikan impak dalam hidup mereka, aku pasti lepasan universiti akan terkelu.

Seriusnya, sistem pelajaran kita sekarang semakin tenat. Mungkin kalian yang berada di luar sistem atau tidak terlibat dalam institusi pendidikan tidak menyedarinya. Tetapi, kalian bayangkan sahajalah mereka sibuk dengan itu dan ini, tetapi kini lebih 50, 000 murid masih tidak tahu membaca. Oh ya, itu masih belum lagi kita diskusi akan kepincangan masalah sosial pelajar sekolah menengah sekarang.

Setujukah kalian, bahawa aku merasakan masalah yang lebih rumit seperti jati diri anak Malaysia tidak diatasi dengan baik, sekolah vernakular yang menjarakkan perpaduan bangsa, masalah pembentukan budaya remaja yang cintakan ilmu tidak tercapai, inikan memikirkan masalah yang amat makro sedangkan kita lupa, banyak masalah yang lebih rumit dan halus tetapi kita ketepikan sehingga ia menjadi nanah yang berbisa.

Aku bersyukur kerana aku masih ditakdirkan untuk mencintai bahasa Melayu.Tambahan pula, dewasa ini banyak pula penulis-penulis muda yang sudah lari daripada tema klise " novel Melayu dengan kulit buku seorang perempuan cantik di tepi tasik ". Yalah, tema cinta picisan yang meloyakan tekak aku. Pada masa yang sama, aku masih meminati membaca sastera bahasa Inggeris.

Mempunyai minat mendalam dalam bahasa membuatkan aku tergerak hati, untuk menyambung pengajian aku sarjana lanjutan, inshaallah dalam Linguistik dan Kesusasteraan. Umum. Tidak menjurus kepada Inggeris dan Melayu.

Tengoklah nanti, mungkin selepas graduasi aku berpeluang mengajar di Tingkatan 6 pula. Mengajar Kesusasteraan Melayu atau bahasa Inggeris mungkin. Samada bahasa itu bahasa Melayu, ataupun bahasa Inggeris akan aku tanamkan minat yang mendalam terhadap bahasa, kerana bahasa itu sesungguhnya indah dan cantik.

Yang kurik itu kendi,
Yang merah itu saga,
Yang cantik itu budi,
Yang indah itu bahasa.


Puluhan buku dalam bahasa Melayu yang kubeli ketika di Pesta Buku Kuala Lumpur yang lalu

posted by jimi wiser @ Tuesday, July 21, 2009







<< Home


Bagaimana mahu merungkai JIMI?. Pada DNA nya, kelakuannya, sifat mazmumah atau mahmudahnya?. Mungkinkah JIMI itu sebuah ciptaan, atau persepsi bagi sebuah realiti? Jujurkah atau hipokritkah JIMI, tetapi bukankah semuanya begitu?. Mari mendalami JIMI..

:: Mengapa Jimi menulis?
:: Di sebalik wajah




Ayah dan Ibu III
Ayah dan Ibu II
Ayah dan Ibu
Teruskan Berdoa
Jutawan
Virus M
Sang Rasa
Bencana Makanan
Mendidik Puasa
Pen Hadiah Cikgu Jimi
Nasi Lemak Best Giler
Harapan 25 September
Baju Raya

Macam Mana, Cikgu?
Wajah - wajah UPSR
Alhamdulillah
Kerja Sekolah, Cuti Sekolah

Tahniah, Madihah
Virus dan Stress
Generasi 2009

Cikgu Jimi dan Bahasa

Van Hijau Itu
Kejantanan

Yang Terbaik
Lepat Pisang Amirul
Belated Hari Guru
Demi Azmil III
Demi Azmil II
Demi Azmil I
Mudah-Mudahan
Warna-Warna Alam
Cikgu Siti
Terima Kasih Kembali,

Shahril oh Shahril
Terima Kasih
Hamba yang Lemah
Berkirim Salam
Ingat Tak Lagi Cikgu?
Kekentalan Jiwa
Hari Pertama
Hari Terakhir
Lepaskan Aku ke Laut
Debaran yang Kencang
Soal Selidik Cikgu Jimi
Guru Biasa, Guru Murabbi

Nasib Guru-guruku

Kad Raya Hanim
Salam Alifi
Misi Gigi
Pasca UPSR
Raya Lagi
Selamat Semuanya
Laskar Pelangi
Duit Raya
Agen Perubahan Sosial
Anyway
Cikgu Bukan Sekadar Cikgu
Azmil
Kehilangan
Shuhaida
Kamala
Melankolia Lagi
Memoir Seorang Guru
Tunai tetap ditunaikan
Berbuih-buih
Choral Speaking Bermadu
Kak Imah
Anak Kampung
Masih Berbaloikah Lagi?
Surat Cinta Monyet
Tunai Janji
Meja Cikgu Jimi
Cikgu Jimi
Terima Kasih
Menunggu dan Menanti
Hari Guru Bahagian 3
Hari Guru Bahagian 2
Hari Guru Bahagian 1

Teman Sejati
Kelas Antonim
I am Staying Put
Tinta Merah Cikgu Jimi
Hadi Haziq
Jerayawara
Sufiyah oh Sufiyah
Hadiah Buku
Destinasi Tugas
Kain Pelikat
Cuti Sekolah
Nikmat Kesyukuran
Hafiz
Khairil
Carpediem
Just Go and Fly Kite lah!
Perempuan Melayu Terakhir
Jimi di Pangkor
Hamimah
Cerita Hantu
Cinta Monyet
Puisi Anak Kecil
Anak Kecil Beraya
Anak Bangsaku Malaysia
Aku Yang Dihina
Duri Berduri
Bad Teachers 1
Bad Teachers 2
Cikgu Jimi 1
Cikgu Jimi 2
Kembaraan Harianku
Tunjuk Ajarku, Sifu
Guru Ibarat Lilin





Brick Lane
Tokyo Tower: Me, Mom and Sometimes Dad
Grace Is Gone
Sepi
La Misma Luna
Ayat Ayat Cinta
August Rush
Diving Bell and Butterfly
Gone Baby Gone
The Eye - revisited
Broken English
Juno
The Great Debaters
The Kite Runner
Secret Sunshine
Atonement
Freedom Writers
881 Papaya Sisters
Once
Waitress
Anak Halal
Denias; Senandung Di Atas Awan
Dead Poets Society
Evening
Sad Movie
Breakfast on Pluto
Lust, Caution
Driving Lessons
B
ushi No Ichibun
Tegami from Niraikinai
After Brylluppet
Starter For 10
Becoming Jane
Secrets
Anak The Movie
The Ultimate Gift
The Fountain
Miss Porter
Akeelah and the Bee
Paris Je T'aime
After This Our Exile
Snow Cake
Stage Beauty
Pan's Labyrinth
Mukhsin
Apocalypto
Children of Men
Little Miss Sunshine
Half Nelson
Dreamgirls
Babel
Pursuit of Happyness
Be With You
Prize Winning of Defiance Ohio
Confession of Pain
Curse of Golden Flower
Cinta
A Prairie Home Companion
The Wind That Shakes
The Barley

Goodbye Boys
The Banquet
Mistress of Spices
Heart