Friday, January 09, 2009
Kekentalan Jiwa
Amirul merupakan murid tahun dua. Sebetulnya dia tidak bersekolah di sekolah aku. Mengapa? Kerana dia murid kurang upaya. Kakinya lemah dan tidak berfungsi dengan betul. Malah, sistem tubuh badannya tidak boleh berfungsi dengan baik. Doktor mengatakan dia tidak boleh jatuh dan berkemungkinan akan lumpuh sekiranya tercedera teruk.

Oleh kerana keluarganya bukan orang senang dan lokasi sekolah khas jauh dari kampung, dia hanya mampu bersekolah di sini. Setiap kali kegiatan sukan atau jasmani dia hanya duduk di bawah pondok sambil memerhatikan kawan-kawannya bermain. Kawan-kawannya akan membantunya mengambilkan beg ketika pulang dari sekolah hingga sampai ke motor neneknya. Jarak peralihan kelas seperti jarak ke perpustakaan, kadangkala ada juga teman yang mencapuknya dari belakang. Ya, bak seperti filem dan drama Korea.

Pada satu hari, dia merengek kepada ibunya. Mengadu mengapa dia tidak boleh bersukan seperti kawan-kawannya? Ibunya hanya mendiamkan diri dan hanya menitiskan air mata tanpa suara.

Cuti panjang baru-baru ini, aku mendapat perkhabaran daripada seorang guru. Katanya ayah Amirul meninggal dunia akibat sakit Leukimia. Banyak betul dugaan buat ibu Amirul. Dan, tinggallah ibu Amirul bersama adik-adiknya.

Pada hari pendaftaran yang lalu, hari pembukaan semester persekolahan yang baru. Aku melihat ibu Amirul sedang berbual dengan seorang guru aku di sebelah.

" Cikgu, saya nak masukkan seorang anak saya lagi di sekolah sini. Dulu dia di SK XX. Bila ayah dia dah tak de ni, tak de siapa mahu mengambil dan menghantarnya. Jadi saya nak sekolahkan adik Amirul di sini pula. "

" Tapi, saya mintak maaf lah cikgu-cikgu semua di sini. Sebab nanti menyusahkan cikgu dan sekolah di sini. Sudahlah Amirul begitu, nanti adik dia begini pula. "

Aku diam. Hairan memikirkan apakah maksud yang ingin disampaikan oleh ibu Amirul.

Pada hari pertama persekolahan, barulah aku mengerti maksud perbualan ibu Amirul. Rupa-rupanya adik Amirul juga kurang upaya. Hanya mampu berjalan perlahan-lahan dibantu oleh orang lain.

Hati aku berasa sayu melihat betapa gigihnya ibu Amirul mengeluarkan dua anaknya daripada kereta. Mengeluarkan beg – beg anak-anaknya yang berat. Sudahlah anak-anaknya begitu, baru sahaja ditinggalkan suaminya buat selama-lamanya. Rasa sebak melihat seorang manusia biasa membuka hari-hari hidupnya dengan kuasa yang luar biasa.

Aku pun bercerita dengan seorang guru yang sudah lama menetap di kawasan kampung ini.

" Kasihan betul saya tengok mak Amirul. Dan, dua-dua anaknya begitu. Baru kematian suami pula "

Lalu, guru itu pun berkata

" Jimi, nak bagitahu Jimi ya. Dulu, ayah Amirul tu bekas penagih. Bayangkan kesannya itu menjadikan anak-anak yang dilahirkan jadi begitu. Masyaallah. Buruknya dan teruknya kesan dadah. Tapi, cuba Jimi tengok adik Amirul yang bongsu tu, normal. Masa tu, arwah ayahnya sudah berhenti menagih. Dan, tengoklah arwahnya pun jatuh sakit sampai meninggal. "

Hati aku jadi terus sayu dan pilu. Melihatkan kesan dadah atas Amirul dan adiknya yang dibawa oleh ayahnya. Mengenangkan kasih dan sayang seorang isteri dan ibu yang sanggup mengharungi kehidupan pahit dan manis bersama-sama. Apatahlagi, kini tinggal seorang memelihara zuriat yang sebegitu.

Kadangkala, kekuatan dan kekentalan jiwa itu cukup sukar diperoleh oleh kebanyakan kita, tetapi pada sesetengah daripada kita, muncul diri seseorang yang tersimpan kekuatan jiwa, serta nilai kasih sayang yang tulus, ikhlas. Pastinya, kepercayaan kepada suratan qadak dan qadar ilahi itu sangat didambakan.

Pohon aku punyai kekuatan dan kentalan sebegitu. Pohon aku punyai kasih yang tulus sebegitu.

Labels:

posted by jimi wiser @ Friday, January 09, 2009







<< Home


Bagaimana mahu merungkai JIMI?. Pada DNA nya, kelakuannya, sifat mazmumah atau mahmudahnya?. Mungkinkah JIMI itu sebuah ciptaan, atau persepsi bagi sebuah realiti? Jujurkah atau hipokritkah JIMI, tetapi bukankah semuanya begitu?. Mari mendalami JIMI..

:: Mengapa Jimi menulis?
:: Di sebalik wajah




Ayah dan Ibu III
Ayah dan Ibu II
Ayah dan Ibu
Teruskan Berdoa
Jutawan
Virus M
Sang Rasa
Bencana Makanan
Mendidik Puasa
Pen Hadiah Cikgu Jimi
Nasi Lemak Best Giler
Harapan 25 September
Baju Raya

Macam Mana, Cikgu?
Wajah - wajah UPSR
Alhamdulillah
Kerja Sekolah, Cuti Sekolah

Tahniah, Madihah
Virus dan Stress
Generasi 2009

Cikgu Jimi dan Bahasa

Van Hijau Itu
Kejantanan

Yang Terbaik
Lepat Pisang Amirul
Belated Hari Guru
Demi Azmil III
Demi Azmil II
Demi Azmil I
Mudah-Mudahan
Warna-Warna Alam
Cikgu Siti
Terima Kasih Kembali,

Shahril oh Shahril
Terima Kasih
Hamba yang Lemah
Berkirim Salam
Ingat Tak Lagi Cikgu?
Kekentalan Jiwa
Hari Pertama
Hari Terakhir
Lepaskan Aku ke Laut
Debaran yang Kencang
Soal Selidik Cikgu Jimi
Guru Biasa, Guru Murabbi

Nasib Guru-guruku

Kad Raya Hanim
Salam Alifi
Misi Gigi
Pasca UPSR
Raya Lagi
Selamat Semuanya
Laskar Pelangi
Duit Raya
Agen Perubahan Sosial
Anyway
Cikgu Bukan Sekadar Cikgu
Azmil
Kehilangan
Shuhaida
Kamala
Melankolia Lagi
Memoir Seorang Guru
Tunai tetap ditunaikan
Berbuih-buih
Choral Speaking Bermadu
Kak Imah
Anak Kampung
Masih Berbaloikah Lagi?
Surat Cinta Monyet
Tunai Janji
Meja Cikgu Jimi
Cikgu Jimi
Terima Kasih
Menunggu dan Menanti
Hari Guru Bahagian 3
Hari Guru Bahagian 2
Hari Guru Bahagian 1

Teman Sejati
Kelas Antonim
I am Staying Put
Tinta Merah Cikgu Jimi
Hadi Haziq
Jerayawara
Sufiyah oh Sufiyah
Hadiah Buku
Destinasi Tugas
Kain Pelikat
Cuti Sekolah
Nikmat Kesyukuran
Hafiz
Khairil
Carpediem
Just Go and Fly Kite lah!
Perempuan Melayu Terakhir
Jimi di Pangkor
Hamimah
Cerita Hantu
Cinta Monyet
Puisi Anak Kecil
Anak Kecil Beraya
Anak Bangsaku Malaysia
Aku Yang Dihina
Duri Berduri
Bad Teachers 1
Bad Teachers 2
Cikgu Jimi 1
Cikgu Jimi 2
Kembaraan Harianku
Tunjuk Ajarku, Sifu
Guru Ibarat Lilin





Brick Lane
Tokyo Tower: Me, Mom and Sometimes Dad
Grace Is Gone
Sepi
La Misma Luna
Ayat Ayat Cinta
August Rush
Diving Bell and Butterfly
Gone Baby Gone
The Eye - revisited
Broken English
Juno
The Great Debaters
The Kite Runner
Secret Sunshine
Atonement
Freedom Writers
881 Papaya Sisters
Once
Waitress
Anak Halal
Denias; Senandung Di Atas Awan
Dead Poets Society
Evening
Sad Movie
Breakfast on Pluto
Lust, Caution
Driving Lessons
B
ushi No Ichibun
Tegami from Niraikinai
After Brylluppet
Starter For 10
Becoming Jane
Secrets
Anak The Movie
The Ultimate Gift
The Fountain
Miss Porter
Akeelah and the Bee
Paris Je T'aime
After This Our Exile
Snow Cake
Stage Beauty
Pan's Labyrinth
Mukhsin
Apocalypto
Children of Men
Little Miss Sunshine
Half Nelson
Dreamgirls
Babel
Pursuit of Happyness
Be With You
Prize Winning of Defiance Ohio
Confession of Pain
Curse of Golden Flower
Cinta
A Prairie Home Companion
The Wind That Shakes
The Barley

Goodbye Boys
The Banquet
Mistress of Spices
Heart