Cikgu X melangkah masuk ke bilik guru. Mengeluh dan meleter. Bising membebel pasal anak -anak murid yang tidak menurut kata. Sudahlah begitu, kelakuan yang tidak senonoh dan tidak mahu mengubah diri.
Kadang-kadang, seorang cikgu hampir putus asa mahu mengubah haluan dan perubahan hidup anak murid, hanya kerana kedegilan dan kemalasan yang menyebabkan kesabaran dan kekentalan itu menjadi begitu tipis sekali.
Seorang guru senior berkata
" Cikgu, cikgu ingatkan saya semula pabila satu hari nanti saya menjadi begitu marah seperti cikgu sekarang ya "
" Kita ingat begini sahaja, nabi-nabi terdahulu nak menyeru manusia mengikut seruan allah pun lebih getir daripada apa yang kita buat. Bayangkan, ada anak nabi jauh daripada kesesatan, inikan anak ibu bapa di kampung. Anak nabi Nuh juga enggan naik bahtera. Anak dia sendiri, cikgu. Bayangkan nabi Muhammad dibaling batu oleh seorang wanita hari-hari, akhirnya wanita itu memeluk Islam setelah rasulullah menziarahinya. Tapi, rasul kita sabar dan cekal. Kalaulah kita setabah nabi dan rasul kita, bukan? "
" Cikgu, sebenarnya kita ini hamba yang sangat lemah. Sangat-sangat lemah. Mudah-mudahan kita sabar ya. "
Aku yang mendengarnya pula rasa tersentuh dan tersebak seketika.Memang betul, siapalah kita ini. Hanya seorang hamba yang lemah. Mudah-mudahan diberi kekuatan.
Kesnya begini: Seorang murid lelaki tahun 4 dikatakan meraba dan melakukan seks ringan kepada adik perempuannya yang baru berusia 8 tahun.
Apa kata kalian, kalian mahu mendidik anak bangsa yang tinggal di kampung yang sudah hilang keindahan permainya? Doakan aku dan cikgu-cikgu di sini diberikan kekuatan ya! Labels: cikgu Jimi |