Wednesday, November 05, 2008
Soal Selidik Cikgu Jimi
Diam tak diam, kelip mata hari demi hari. Tinggal seminggu lebih sahaja lagi sesi persekolahan 2008 akan menemui penghujungnya. Banyak benar urusan kerja perlu diuruskan. Sungguhpun agak lega, namun saban tahun bercampur perasaan sebak, sedih dan terharu.

Mengapa?, kerana saban tahun setiap anak-anak aku yang di tahun 6 akan melangkah pergi, dan wajah-wajah yang sentiasa aku lihat, akan hilang dan lenyap bersama alam keremajaan dan kedewasaan.

Ia persis melepaskan anak kandung sendiri, melangkah mencipta dunia kehidupan baru. Setelah penat lelah mengasuh dan mendidik, aku tahu dan sedar anak-anak aku akan pasti melihat dengan dunia dan persepsi yang berbeda.

Waktu-waktu yang hampir penghujungnya ini, pelbagai acara dan aktiviti aku lakukan untuk anak-anak di tahun 6 ini. Kelmarin, aku meminta mereka menulis sesuatu yang tulus daripada hati mereka. Aku pinta mereka menulis lima kebaikan atau kekuatan aku sebagai Cikgu Jimi, dan aku juga meminta mereka menulis lima kelemahan dan kekurangan aku sebagai seorang cikgu. Aku juga meminta mereka tidak menuliskan nama mereka. Maka, tulislah kamu daripada isi hati kamu.

" Cikgu tak kan marah, dan cikgu takkan tahu daripada siapa yang menulisnya "

Mengambil kertas kosong, dan sebatang pensil lalu cuba menulis. Inilah kali pertama aku melihat mereka begitu sukar untuk mengilhamkan dan meluahkan isi hati mereka. Setelah lama menunggu, aku pun membacanya satu persatu. Maka, inilah keputusannya

Kebaikan/Kekuatan

Cikgu suka belanja
Cikgu suka senyum
Cikgu suka memberikan motivasi
Cikgu seorang yang pemurah
Cikgu mengajar kami dengan bagus
Cikgu sayangkan kami
Cikgu selalu datang awal ke sekolah
Cikgu selalu mengajar hal-hal yang baik
Cikgu suka buat lawak jenaka
Cikgu seorang yang kreatif, mengajar kami origami
Cikgu lain daripada cikgu yang saya kenal
Cikgu pernah menolong saya ketika saya sakit
Cikgu selalu berikan coklat
Cikgu tidak suka ponteng masuk ke kelas
Cikgu mengajar dengan cara yang betul
Cikgu sangat menyayangi anak-anak muridnya

Itulah antara isi-isi yang ditulis berkenaan hal-hal yang mereka katakan tentang kekuatan diri aku sebagai seorang cikgu. Banyak hal yang mengejutkan aku terutamanya, anak-anak aku memang menyedari tentang kehadiran awal aku ke sekolah pada setiap jam 7.00 pagi setiap hari. Membaca catatan ini menyebabkan aku sebak dan terharu seketika, kerana mereka jujur dalam dan paling penting "they see me".

Baiklah, sekarang mari kita lihat apakah pula yang mereka tuliskan kelemahan/kekurangan aku sebagai seorang cikgu.

Kelemahan/Kekurangan

Cikgu seorang pendiam
Cikgu pernah rotan saya
Cikgu garang
Suara cikgu kuat dan lantang
Cikgu mesti kacak lagi
Cikgu tegas sangat
Cikgu suka bersin dan selsema apabila kelas kotor dan berhabuk, lepas tu cikgu mengamuk suruh bersihkan kelas
Cikgu seorang yang garang
Cikgu seorang yang tegas, garang
Cikgu tak de kelemahan
Cikgu sebenarnya tak suka melihat kami menangis, nanti cikgu yang menangis
Sebenarnya cikgu tak sanggup marah dan garang, tapi terpaksa kerana mahu mengubah kami
Walaupun cikgu garang, saya sukakan cikgu sebab cikgu juga suka buat lawak
Cikgu tiada kelemahan lagi

Tatkala membaca catatan ini pula, aku sudah pun menitiskan air mata. Tidak tertahan rasanya. Terutamanya pabila membaca tulisan ini

" Sebenarnya cikgu tak sanggup jadi marah dan garang, tapi terpaksa kerana mahu mengubah kami "

Sebetulnya, aku memang sudah maklum perihal karakter aku sebagai guru yang garang dan tegas. Tetapi, aku maklumi juga, mereka juga arif bahawa garang dan tegas aku itu adalah hanya gaya mengajar, namun aku tahu mereka juga tahu aku seorang yang mengambil berat dan menyayangi mereka.

Akhirnya aku menjawab satu persatu komen mereka di hadapan mereka, menerangkan mengapakah aku bertindak sedemikian

" Hah, kenapa cikgu rotan kamu? "

" Sebab cikgu sayangkan kamu. Cikgu sentuh diri kamu, supaya kamu tahu cikgu sayangkan kamu. Cikgu mahu kamu tahu semua tu sampai bila-bila. Cikgu sayangkan kamu. Kamu tahukan sebelum cikgu rotan kamu, cikgu akan beritahu kamu perlahan-perlahan,cikgu buat ni sebab cikgu sayangkan kamu, bukan? "

Semua mengangguk tanda setuju.


" Baiklah, cikgu ni tegas dan bukannya garang. Cikgu tidak suka perkataan garang. Sama juga seperti kamu. Kamu bukannya jahat. Jahat itu seperti mencuri, merompak. Kamu tu nakal. Sebab itu cikgu tidak pernah panggilkan kamu jahat. Cikgu hanya gunakan perkataan nakal sahaja. "

" Baiklah, cikgu nak tanya kamu ni, siapa yang ada adik lagi? "

Beberapa orang mengangkat tangan.

" Pernah tak kamu disuruh oleh mak atau ayah kamu, suruhkan jaga adik kamu?"

Mereka mengangguk.

" Pernah tak mak kamu suruh tengokkan adik kamu. Contohnya, mandikan mereka? "

Mereka mengangguk lagi.

" pernah tak kamu marahkan adik-adik kamu sebab tak ikut cakap kamu. Kamu rasa nak cubit je sebab geram sangat adik kamu degil tak mahu dengar cakap kamu? "

Mereka mengangguk.

" tapi, kamu tahu kamu sayangkan adik kamu dan bukannya bencikan adik kamu kan, walaupun kamu marah-marah, bukan? "

Mereka mengangguk lagi.

" Kalau macam tu, macam tu lah perasaan cikgu. Cikgu marah ke, cikgu garang ke, cikgu denda kamu ke, semuanya cikgu buat bukan sebab cikgu bencikan kamu. Cikgu buat untuk disiplinkan kamu. Dan,paling penting, sebab cikgu syaangkan kamu. "

" Nanti, apabila dah dewasa dan matang, kamu akan ingat cakap dan nasihat cikgu ni "

Semua diam membisu. Ada yang sudah menitiskan air mata terutamanya murid perempuan.

" Cikgu ucapkan terima kasih sebab berikan komen-komen. Cikgu simpan sebagai kenangan dan juga panduan, supaya cikgu tahu cikgu ni, macam mana orangnya berdasarkan pendapat kamu "

Saban tahun, soal selidik inilah yang aku pinta daripada mereka (murid-murid tahun 6). Mungkin guru besar atau pengetua, atau masyarakat boleh menilai kredibiliti seorang guru tetapi pada akhirnya, hanya murid/pelajar sahaja yang boleh menilai seorang pendidik.

Ini satu cara muhasabah aku. Dan, tahun ini, catatan ini adalah favourite aku

" Sebenarnya cikgu tak sanggup marah dan garang, tapi terpaksa kerana mahu mengubah kami

Walaupun cikgu garang, saya sukakan cikgu sebab cikgu juga suka buat lawak "


Ia benar-benar menceritakan sikap aku. Bukan mudah menjadi cikgu tegas dan pandai berjenaka pada masa yang sama. I will take that as compliment.





Labels:

posted by jimi wiser @ Wednesday, November 05, 2008







<< Home


Bagaimana mahu merungkai JIMI?. Pada DNA nya, kelakuannya, sifat mazmumah atau mahmudahnya?. Mungkinkah JIMI itu sebuah ciptaan, atau persepsi bagi sebuah realiti? Jujurkah atau hipokritkah JIMI, tetapi bukankah semuanya begitu?. Mari mendalami JIMI..

:: Mengapa Jimi menulis?
:: Di sebalik wajah




Ayah dan Ibu III
Ayah dan Ibu II
Ayah dan Ibu
Teruskan Berdoa
Jutawan
Virus M
Sang Rasa
Bencana Makanan
Mendidik Puasa
Pen Hadiah Cikgu Jimi
Nasi Lemak Best Giler
Harapan 25 September
Baju Raya

Macam Mana, Cikgu?
Wajah - wajah UPSR
Alhamdulillah
Kerja Sekolah, Cuti Sekolah

Tahniah, Madihah
Virus dan Stress
Generasi 2009

Cikgu Jimi dan Bahasa

Van Hijau Itu
Kejantanan

Yang Terbaik
Lepat Pisang Amirul
Belated Hari Guru
Demi Azmil III
Demi Azmil II
Demi Azmil I
Mudah-Mudahan
Warna-Warna Alam
Cikgu Siti
Terima Kasih Kembali,

Shahril oh Shahril
Terima Kasih
Hamba yang Lemah
Berkirim Salam
Ingat Tak Lagi Cikgu?
Kekentalan Jiwa
Hari Pertama
Hari Terakhir
Lepaskan Aku ke Laut
Debaran yang Kencang
Soal Selidik Cikgu Jimi
Guru Biasa, Guru Murabbi

Nasib Guru-guruku

Kad Raya Hanim
Salam Alifi
Misi Gigi
Pasca UPSR
Raya Lagi
Selamat Semuanya
Laskar Pelangi
Duit Raya
Agen Perubahan Sosial
Anyway
Cikgu Bukan Sekadar Cikgu
Azmil
Kehilangan
Shuhaida
Kamala
Melankolia Lagi
Memoir Seorang Guru
Tunai tetap ditunaikan
Berbuih-buih
Choral Speaking Bermadu
Kak Imah
Anak Kampung
Masih Berbaloikah Lagi?
Surat Cinta Monyet
Tunai Janji
Meja Cikgu Jimi
Cikgu Jimi
Terima Kasih
Menunggu dan Menanti
Hari Guru Bahagian 3
Hari Guru Bahagian 2
Hari Guru Bahagian 1

Teman Sejati
Kelas Antonim
I am Staying Put
Tinta Merah Cikgu Jimi
Hadi Haziq
Jerayawara
Sufiyah oh Sufiyah
Hadiah Buku
Destinasi Tugas
Kain Pelikat
Cuti Sekolah
Nikmat Kesyukuran
Hafiz
Khairil
Carpediem
Just Go and Fly Kite lah!
Perempuan Melayu Terakhir
Jimi di Pangkor
Hamimah
Cerita Hantu
Cinta Monyet
Puisi Anak Kecil
Anak Kecil Beraya
Anak Bangsaku Malaysia
Aku Yang Dihina
Duri Berduri
Bad Teachers 1
Bad Teachers 2
Cikgu Jimi 1
Cikgu Jimi 2
Kembaraan Harianku
Tunjuk Ajarku, Sifu
Guru Ibarat Lilin





Brick Lane
Tokyo Tower: Me, Mom and Sometimes Dad
Grace Is Gone
Sepi
La Misma Luna
Ayat Ayat Cinta
August Rush
Diving Bell and Butterfly
Gone Baby Gone
The Eye - revisited
Broken English
Juno
The Great Debaters
The Kite Runner
Secret Sunshine
Atonement
Freedom Writers
881 Papaya Sisters
Once
Waitress
Anak Halal
Denias; Senandung Di Atas Awan
Dead Poets Society
Evening
Sad Movie
Breakfast on Pluto
Lust, Caution
Driving Lessons
B
ushi No Ichibun
Tegami from Niraikinai
After Brylluppet
Starter For 10
Becoming Jane
Secrets
Anak The Movie
The Ultimate Gift
The Fountain
Miss Porter
Akeelah and the Bee
Paris Je T'aime
After This Our Exile
Snow Cake
Stage Beauty
Pan's Labyrinth
Mukhsin
Apocalypto
Children of Men
Little Miss Sunshine
Half Nelson
Dreamgirls
Babel
Pursuit of Happyness
Be With You
Prize Winning of Defiance Ohio
Confession of Pain
Curse of Golden Flower
Cinta
A Prairie Home Companion
The Wind That Shakes
The Barley

Goodbye Boys
The Banquet
Mistress of Spices
Heart