Tuesday, November 11, 2008
Lepaskan Aku Ke Laut
Majlis jamuan perpisahan murid tahun 6 selesai dilangsungkan semalam. Majlis diatur bersama dengan kehadiran guru besar baru. Makan nasi berlauk - matakan ayam goreng masak pedas, udang masak lemak. Kuih yang manis - manis pun disajikan.

Perantara majlis, mengungkapkan serangkap dua pantun hasil bimbingan aku. Persembahan murid nyanyian lagu klise majlis perpisahan " bertemu berpisah" itu yang sedikit kurang feelnya, akibat darah gemuruh menyelubungi diri akibat guru masing – masing merakamkan aksi mereka dalam telefon bimbit mereka. Ada yang sudah tersengih macam kerang basah mahu menahan malu dirakam paparazi cikgu!

Guru kelas mengakhiri ucapannya dengan kata-kata

" buatlah pilihan yang tepat dalam hidup kamu. Pilihlah kawan yang boleh membawa kejayaan bersama kamu. Pilihlah sekolah yang boleh membentuk diri kamu. Pilihlah kejayaan dalam hidup kamu "

Selesai majlis, mahu bersiap-siap mahu pulang ke rumah. Aku dikerumuni semua murid tahun 6. Masing-masing memegang sesuatu.

" Cikgu, kami sama-sama buatkan ini untuk cikgu. Masing-masing dengan idea sendiri " kata seorang murid.

" Dulu cikgu ada tunjukkan satu yang diberikan oleh bekas murid cikgu. Jadi, kami cadangkan nak berikan ini saja. "

" Kami tahu cikgu rajin baca buku, bolehlah ingatkan kami nanti. Jangan lupakan kami " kata seorang lagi murid perempuan.

Satu koleksi musim panas, mengikuti aliran gaya terkini PENANDA BUKU, yang dibuat, direka dan digaya tata rias sendiri oleh anak-anak aku. Rasa sebak dan terkedu buat seketika, melihatkan kreativiti yang dihasilkan, buatan sendirian berhad yang pasti lebih mahal dan berharga daripada yang ada di pasaran.

Terkandung kata-kata hikmat yang ditulis dengan tulisan tangan, juga dengan kesalahan ejaan yang mungkin tidak disedari. Ada juga yang memetik kata-kata hikmat, kata-kata yang pernah aku berikan, atau nasihatkan kepada mereka sewaktu dahulu seperti

Tiada manusia yang BODOH dalam dunia ini, Hanya ada manusia yang MALAS

Rasa sebak meremang ke seluruh rongga tubuh aku, kerana ada yang masih mengingati kata-kata nasihat aku. Ada juga yang menulis


" Cikgu, ingatlah saya sampai bila-bila ya, Halalkan ilmu yang cikgu ajarkan selama ini "

Arghhh, tidak tertahan rasanya.

" Cikgu sudah halalkan, dan sudah cikgu himpunkan segala inspirasi diri mendoakan yang terbaik buat semua " Itu sahaja yang aku bisikkan dalam hati aku.

Sudahkah aku bersedia untuk melepaskan kembali " anak-anak " kecil ini ke laut semula?



Labels: ,

posted by jimi wiser @ Tuesday, November 11, 2008







<< Home

Bagaimana mahu merungkai JIMI?. Pada DNA nya, kelakuannya, sifat mazmumah atau mahmudahnya?. Mungkinkah JIMI itu sebuah ciptaan, atau persepsi bagi sebuah realiti? Jujurkah atau hipokritkah JIMI, tetapi bukankah semuanya begitu?. Mari mendalami JIMI..

:: Tentang JIMI I, II, III
:: Tentang JIMI dan sinema nya
:: Mengapa Jimi menulis?
:: Di sebalik wajah



Baju Raya
Macam Mana, Cikgu?
Wajah - wajah UPSR
Alhamdulillah
Kerja Sekolah, Cuti Sekolah

Tahniah, Madihah
Virus dan Stress
Generasi 2009

Cikgu Jimi dan Bahasa

Van Hijau Itu
Kejantanan

Yang Terbaik
Lepat Pisang Amirul
Belated Hari Guru
Demi Azmil III
Demi Azmil II
Demi Azmil I
Mudah-Mudahan
Warna-Warna Alam
Cikgu Siti
Terima Kasih Kembali,

Shahril oh Shahril
Terima Kasih
Hamba yang Lemah
Berkirim Salam
Ingat Tak Lagi Cikgu?
Kekentalan Jiwa
Hari Pertama
Hari Terakhir
Lepaskan Aku ke Laut
Debaran yang Kencang
Soal Selidik Cikgu Jimi
Guru Biasa, Guru Murabbi

Nasib Guru-guruku

Kad Raya Hanim
Salam Alifi
Misi Gigi
Pasca UPSR
Raya Lagi
Selamat Semuanya
Laskar Pelangi
Duit Raya
Agen Perubahan Sosial
Anyway
Cikgu Bukan Sekadar Cikgu
Azmil
Kehilangan
Shuhaida
Kamala
Melankolia Lagi
Memoir Seorang Guru
Tunai tetap ditunaikan
Berbuih-buih
Choral Speaking Bermadu
Kak Imah
Anak Kampung
Masih Berbaloikah Lagi?
Surat Cinta Monyet
Tunai Janji
Meja Cikgu Jimi
Cikgu Jimi
Terima Kasih
Menunggu dan Menanti
Hari Guru Bahagian 3
Hari Guru Bahagian 2
Hari Guru Bahagian 1

Teman Sejati
Kelas Antonim
I am Staying Put
Tinta Merah Cikgu Jimi
Hadi Haziq
Jerayawara
Sufiyah oh Sufiyah
Hadiah Buku
Destinasi Tugas
Kain Pelikat
Cuti Sekolah
Nikmat Kesyukuran
Hafiz
Khairil
Carpediem
Just Go and Fly Kite lah!
Perempuan Melayu Terakhir
Jimi di Pangkor
Hamimah
Cerita Hantu
Cinta Monyet
Puisi Anak Kecil
Anak Kecil Beraya
Anak Bangsaku Malaysia
Aku Yang Dihina
Duri Berduri
Bad Teachers 1
Bad Teachers 2
Cikgu Jimi 1
Cikgu Jimi 2
Kembaraan Harianku
Tunjuk Ajarku, Sifu
Guru Ibarat Lilin





Brick Lane
Tokyo Tower: Me, Mom and Sometimes Dad
Grace Is Gone
Sepi
La Misma Luna
Ayat Ayat Cinta
August Rush
Diving Bell and Butterfly
Gone Baby Gone
The Eye - revisited
Broken English
Juno
The Great Debaters
The Kite Runner
Secret Sunshine
Atonement
Freedom Writers
881 Papaya Sisters
Once
Waitress
Anak Halal
Denias; Senandung Di Atas Awan
Dead Poets Society
Evening
Sad Movie
Breakfast on Pluto
Lust, Caution
Driving Lessons
B
ushi No Ichibun
Tegami from Niraikinai
After Brylluppet
Starter For 10
Becoming Jane
Secrets
Anak The Movie
The Ultimate Gift
The Fountain
Miss Porter
Akeelah and the Bee
Paris Je T'aime
After This Our Exile
Snow Cake
Stage Beauty
Pan's Labyrinth
Mukhsin
Apocalypto
Children of Men
Little Miss Sunshine
Half Nelson
Dreamgirls
Babel
Pursuit of Happyness
Be With You
Prize Winning of Defiance Ohio
Confession of Pain
Curse of Golden Flower
Cinta
A Prairie Home Companion
The Wind That Shakes
The Barley

Goodbye Boys
The Banquet
Mistress of Spices
Heart


* Ulasan filem Jimi di gubuk lama