Thursday, October 09, 2008
Salam Alifi
Semalam aku menghadiri Taklimat Mesyuarat bagi jawatan aku di salah sebuah sekolah menengah.Sekolah menengah ini tidak jauh dari sekolah aku, dan hampir kesemua murid lepasan sekolah rendah yang pernah aku ajar, menyambung pelajaran menengah mereka di sana.

Pukul dua petang, sudah meletakkan kereta di parkir yang disediakan. Maka, berbondong-bondonglah anak-anak remaja keluar daripada kelas mereka, kerana telah selesai persekolahan mereka.

Rasa seronok dan tersenyum, kebanyakan bekas anak-anak murid aku yang sudah besar panjang semuanya itu, masih lagi menegur aku dan memberi salam walaupun sudah bertahun-tahun tinggalkan aku.

" Cikgu, " sesekali ada yang menegur.

" Apa khabar cikgu?" ada jugak yang bertanyakan khabar.

Dalam banyak yang menegur, ada seorang bekas pelajar yang apabila ternampak aku, riak muka terus ceria dan tersenyum. Dia datang kepada aku dengan pantas.

" Assalammualaikum cikgu" Dia lantas memberikan salam.

Mengambil tangan aku dan terus mencium tangan aku, dengan rasa hormatnya. Sambil diperhatikan oleh pelajar-pelajar lain. Rasa sebak dan terharu menyelubungi rasa hati aku.

Bertuahnya siapa yang menjadi ayah dan ibunya. Berbudi bahasa, malah tidak pernah lupa asal usulnya, masih ingat akan cikgu sekolah rendah biasa yang pernah mengajarnya.

Malam sebelum raya, satu sms daripada nombor asing diterima.

" Assalamualaikum cikgu, saya, Alifi daripada 4Sc1, mengucapkan selamat Hari Raya. Maafkan saya Zahir dan Batin. Terima kasih kerana pernah mengajar saya dahulu "

Alifi jugalah yang menyalami aku, dan mencium tangan aku semalam. Hakikatnya, tidak ramai bekas anak murid yang teringat atau bersopan sebegitu rupa.Bayangkan, dalam puluhan pelajar yang menegur aku, dan ada yang mampu tersenyum sahaja, hanya seorang, aku ulangi, hanya seorang sahaja yang datang segera lalu bersalam dengan aku.

Tanyalah sesiapa sahaja yang bertugas sebagai guru, momen yang paling manis ialah apabila bekas anak muridnya masih mengingati gurunya, dan masih menghormatinya.

Labels:

posted by jimi wiser @ Thursday, October 09, 2008







<< Home


Bagaimana mahu merungkai JIMI?. Pada DNA nya, kelakuannya, sifat mazmumah atau mahmudahnya?. Mungkinkah JIMI itu sebuah ciptaan, atau persepsi bagi sebuah realiti? Jujurkah atau hipokritkah JIMI, tetapi bukankah semuanya begitu?. Mari mendalami JIMI..

:: Mengapa Jimi menulis?
:: Di sebalik wajah




Ayah dan Ibu III
Ayah dan Ibu II
Ayah dan Ibu
Teruskan Berdoa
Jutawan
Virus M
Sang Rasa
Bencana Makanan
Mendidik Puasa
Pen Hadiah Cikgu Jimi
Nasi Lemak Best Giler
Harapan 25 September
Baju Raya

Macam Mana, Cikgu?
Wajah - wajah UPSR
Alhamdulillah
Kerja Sekolah, Cuti Sekolah

Tahniah, Madihah
Virus dan Stress
Generasi 2009

Cikgu Jimi dan Bahasa

Van Hijau Itu
Kejantanan

Yang Terbaik
Lepat Pisang Amirul
Belated Hari Guru
Demi Azmil III
Demi Azmil II
Demi Azmil I
Mudah-Mudahan
Warna-Warna Alam
Cikgu Siti
Terima Kasih Kembali,

Shahril oh Shahril
Terima Kasih
Hamba yang Lemah
Berkirim Salam
Ingat Tak Lagi Cikgu?
Kekentalan Jiwa
Hari Pertama
Hari Terakhir
Lepaskan Aku ke Laut
Debaran yang Kencang
Soal Selidik Cikgu Jimi
Guru Biasa, Guru Murabbi

Nasib Guru-guruku

Kad Raya Hanim
Salam Alifi
Misi Gigi
Pasca UPSR
Raya Lagi
Selamat Semuanya
Laskar Pelangi
Duit Raya
Agen Perubahan Sosial
Anyway
Cikgu Bukan Sekadar Cikgu
Azmil
Kehilangan
Shuhaida
Kamala
Melankolia Lagi
Memoir Seorang Guru
Tunai tetap ditunaikan
Berbuih-buih
Choral Speaking Bermadu
Kak Imah
Anak Kampung
Masih Berbaloikah Lagi?
Surat Cinta Monyet
Tunai Janji
Meja Cikgu Jimi
Cikgu Jimi
Terima Kasih
Menunggu dan Menanti
Hari Guru Bahagian 3
Hari Guru Bahagian 2
Hari Guru Bahagian 1

Teman Sejati
Kelas Antonim
I am Staying Put
Tinta Merah Cikgu Jimi
Hadi Haziq
Jerayawara
Sufiyah oh Sufiyah
Hadiah Buku
Destinasi Tugas
Kain Pelikat
Cuti Sekolah
Nikmat Kesyukuran
Hafiz
Khairil
Carpediem
Just Go and Fly Kite lah!
Perempuan Melayu Terakhir
Jimi di Pangkor
Hamimah
Cerita Hantu
Cinta Monyet
Puisi Anak Kecil
Anak Kecil Beraya
Anak Bangsaku Malaysia
Aku Yang Dihina
Duri Berduri
Bad Teachers 1
Bad Teachers 2
Cikgu Jimi 1
Cikgu Jimi 2
Kembaraan Harianku
Tunjuk Ajarku, Sifu
Guru Ibarat Lilin





Brick Lane
Tokyo Tower: Me, Mom and Sometimes Dad
Grace Is Gone
Sepi
La Misma Luna
Ayat Ayat Cinta
August Rush
Diving Bell and Butterfly
Gone Baby Gone
The Eye - revisited
Broken English
Juno
The Great Debaters
The Kite Runner
Secret Sunshine
Atonement
Freedom Writers
881 Papaya Sisters
Once
Waitress
Anak Halal
Denias; Senandung Di Atas Awan
Dead Poets Society
Evening
Sad Movie
Breakfast on Pluto
Lust, Caution
Driving Lessons
B
ushi No Ichibun
Tegami from Niraikinai
After Brylluppet
Starter For 10
Becoming Jane
Secrets
Anak The Movie
The Ultimate Gift
The Fountain
Miss Porter
Akeelah and the Bee
Paris Je T'aime
After This Our Exile
Snow Cake
Stage Beauty
Pan's Labyrinth
Mukhsin
Apocalypto
Children of Men
Little Miss Sunshine
Half Nelson
Dreamgirls
Babel
Pursuit of Happyness
Be With You
Prize Winning of Defiance Ohio
Confession of Pain
Curse of Golden Flower
Cinta
A Prairie Home Companion
The Wind That Shakes
The Barley

Goodbye Boys
The Banquet
Mistress of Spices
Heart