Friday, October 17, 2008
Nasib Guru-Guruku
KANGAR: Seorang guru wanita mendakwa ditendang di perut oleh seorang pelajar perempuan Tingkatan Dua ketika dia sedang mengajar di sekolahnya di sini, hari ini. Azhana Ibrahim berkata, beliau diserang pelajar itu kira-kira jam 10 pagi berikutan tindakannya cuba mendapatkan penjelasan daripada pelajar itu tentang perkataan 'gila babi' yang tertulis di belakang satu folio yang diarahkannya. Pelajar itu bersama seorang lagi pelajar perempuan yang menemui guru itu memanggil rakan mereka selepas berlaku pertengkaran dengan guru itu.

Ketika semakin ramai rakan pelajar itu datang, guru berkenaan ditendang sebelum lari menyelamatkan diri. Guru itu kemudiannya membuat laporan polis di balai polis Kangar selepas waktu persekolahan pada tengah hari kerana bimbang diancam pelajar itu. Beliau yang sudah lima tahun berkhidmat sebagai guru berkata, insiden itu adalah yang pertama ditempuhinya sepanjang perkhidmatannya.

Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Yusof Mohd Diah mengesahkan menerima laporan kejadian berkenaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan. Sekolah itu mendapat perhatian ramai baru-baru ini apabila beberapa pelajar Islamnya terbabit mengiringi perarakan berhala sempena perayaan tokong sayur Buddha, di sini. – Bernama Sumber: Berita Harian Online


Apalah dan alahai nasib guru-guru di Malaysia dewasa ini, masyarakat mengatakan tugas guru tidak sebeban mana, anak-anak murid kurang ajar kepada yang mencurahkan ilmu. Mungkin, satu hari nanti, sekolah-sekolah di Malaysia disediakan polis mengawal di sekolah seperti di negara barat, anak-anak sekolah melepaskan tembakan bila-bila masa jika tekanan memuncak atau mahu mengugut membunuh guru mereka.

Mengapa masih lagi mahu menjadi guru lagi? Carilah pekerjaan lain.

Adakah ini membenarkan teori aku bahawa masyarakat Malaysia mengalami KRISIS NILAI?

Bekas anak murid aku mengatakan dia tidak mahu menjadi seorang guru, kerana di sekolah menengahnya guru-guru wanita dicaci, dibuli, dimaki sehingga menitiskan air mata oleh anak-anak lelaki Melayu samseng. Alahai bangsaku?


Si dia mengatakan apabila ditanya tentang pekerjaan ayah-ayah mereka. Seorang murid tahun satu menjawab ayahnya seorang PENAGIH DADAH. Seorang lagi mengatakan ayahnya pernah dipenjarakan!

Sedang ahli politik sibuk membodekkan diri untuk naik atas dan atas lagi, tanpa memikirkan bangsanya sendiri. Yang membuat kerja " kotor", yang membimbing, yang mendidik, yang dihentam, dikritik malah DITENDANG ialah guru. Tetapi, guru tetap disalahkan dalam apa jua sudut sekalipun.

Pembaca sekalian, sekiranya terdetik rasa bersalah kalian kepada bekas-bekas guru kalian, carilah mereka. Usahalah menemui mereka, dan minta ampun dan maaf atas segala apa jua, kerana doa mereka merestui dan memberkati keseluruhan dan kelangsungan hidup kalian.

Dan, jika kalian punyai anak-anak, ajarlah dan didiklah mereka supaya menghormati guru, tidak menderhakai mereka, kerana apa jua, kerana yang pandai dan celik itu jua hasil didikan guru.

Wahai anak-anak muridku, kalaulah tuhan tunjukkan betapa kasihnya dan mahunya kami mahu memandaikan kamu semua, maka bukalah hijab Allah supaya kamu semua tahu betapa sayangnya , dan betapa berat beban kami memikulnya.

Labels:

posted by jimi wiser @ Friday, October 17, 2008







<< Home


Bagaimana mahu merungkai JIMI?. Pada DNA nya, kelakuannya, sifat mazmumah atau mahmudahnya?. Mungkinkah JIMI itu sebuah ciptaan, atau persepsi bagi sebuah realiti? Jujurkah atau hipokritkah JIMI, tetapi bukankah semuanya begitu?. Mari mendalami JIMI..

:: Mengapa Jimi menulis?
:: Di sebalik wajah




Ayah dan Ibu III
Ayah dan Ibu II
Ayah dan Ibu
Teruskan Berdoa
Jutawan
Virus M
Sang Rasa
Bencana Makanan
Mendidik Puasa
Pen Hadiah Cikgu Jimi
Nasi Lemak Best Giler
Harapan 25 September
Baju Raya

Macam Mana, Cikgu?
Wajah - wajah UPSR
Alhamdulillah
Kerja Sekolah, Cuti Sekolah

Tahniah, Madihah
Virus dan Stress
Generasi 2009

Cikgu Jimi dan Bahasa

Van Hijau Itu
Kejantanan

Yang Terbaik
Lepat Pisang Amirul
Belated Hari Guru
Demi Azmil III
Demi Azmil II
Demi Azmil I
Mudah-Mudahan
Warna-Warna Alam
Cikgu Siti
Terima Kasih Kembali,

Shahril oh Shahril
Terima Kasih
Hamba yang Lemah
Berkirim Salam
Ingat Tak Lagi Cikgu?
Kekentalan Jiwa
Hari Pertama
Hari Terakhir
Lepaskan Aku ke Laut
Debaran yang Kencang
Soal Selidik Cikgu Jimi
Guru Biasa, Guru Murabbi

Nasib Guru-guruku

Kad Raya Hanim
Salam Alifi
Misi Gigi
Pasca UPSR
Raya Lagi
Selamat Semuanya
Laskar Pelangi
Duit Raya
Agen Perubahan Sosial
Anyway
Cikgu Bukan Sekadar Cikgu
Azmil
Kehilangan
Shuhaida
Kamala
Melankolia Lagi
Memoir Seorang Guru
Tunai tetap ditunaikan
Berbuih-buih
Choral Speaking Bermadu
Kak Imah
Anak Kampung
Masih Berbaloikah Lagi?
Surat Cinta Monyet
Tunai Janji
Meja Cikgu Jimi
Cikgu Jimi
Terima Kasih
Menunggu dan Menanti
Hari Guru Bahagian 3
Hari Guru Bahagian 2
Hari Guru Bahagian 1

Teman Sejati
Kelas Antonim
I am Staying Put
Tinta Merah Cikgu Jimi
Hadi Haziq
Jerayawara
Sufiyah oh Sufiyah
Hadiah Buku
Destinasi Tugas
Kain Pelikat
Cuti Sekolah
Nikmat Kesyukuran
Hafiz
Khairil
Carpediem
Just Go and Fly Kite lah!
Perempuan Melayu Terakhir
Jimi di Pangkor
Hamimah
Cerita Hantu
Cinta Monyet
Puisi Anak Kecil
Anak Kecil Beraya
Anak Bangsaku Malaysia
Aku Yang Dihina
Duri Berduri
Bad Teachers 1
Bad Teachers 2
Cikgu Jimi 1
Cikgu Jimi 2
Kembaraan Harianku
Tunjuk Ajarku, Sifu
Guru Ibarat Lilin





Brick Lane
Tokyo Tower: Me, Mom and Sometimes Dad
Grace Is Gone
Sepi
La Misma Luna
Ayat Ayat Cinta
August Rush
Diving Bell and Butterfly
Gone Baby Gone
The Eye - revisited
Broken English
Juno
The Great Debaters
The Kite Runner
Secret Sunshine
Atonement
Freedom Writers
881 Papaya Sisters
Once
Waitress
Anak Halal
Denias; Senandung Di Atas Awan
Dead Poets Society
Evening
Sad Movie
Breakfast on Pluto
Lust, Caution
Driving Lessons
B
ushi No Ichibun
Tegami from Niraikinai
After Brylluppet
Starter For 10
Becoming Jane
Secrets
Anak The Movie
The Ultimate Gift
The Fountain
Miss Porter
Akeelah and the Bee
Paris Je T'aime
After This Our Exile
Snow Cake
Stage Beauty
Pan's Labyrinth
Mukhsin
Apocalypto
Children of Men
Little Miss Sunshine
Half Nelson
Dreamgirls
Babel
Pursuit of Happyness
Be With You
Prize Winning of Defiance Ohio
Confession of Pain
Curse of Golden Flower
Cinta
A Prairie Home Companion
The Wind That Shakes
The Barley

Goodbye Boys
The Banquet
Mistress of Spices
Heart