Hari isnin yang lalu, sebuah van daripada klinik pergigian datang ke sekolah aku. Lazimnya, sebelum hujung tahun mencecah ke akhirnya, datang lah misi-misi menengok-nengok gigi-gigi si anak- anak kenit di sekolah aku. Kalau yang terpaksa dicabut, maka cabutlah ia. Kalau terpaksa ditampal, maka tampallah ia.
Oleh sebab kedatangan pemeriksaan dan rawatan gigi ini amat menakutkan anak -anak kenit di sini, kami biasanya tidak akan maklumkan kedatangan mereka dahulu. Nanti, jadilah ramai yang ponteng sekolah keesokannya kerana takutkan gigi mereka dicabut habis!
Entah bagaimana, tarikh kedatangan misi - misi ini dapat dihidu oleh sesetengah murid. Akhirnya, pada keesokannya,
Azmil tidak hadir ke sekolah. Rupa-rupanya dia sudah dapat menghidu kedatangan misi gigi, dia memang takutkan kehadiran mereka.
" cikgu, kalau tampal sakitlah cikgu, kalau cabut tak de sangat " katanya mengadu.
Entah bagaimana juga, rawatan dan pemeriksaan gigi pada hari itu tidak selesai, dan disambung keesokan harinya pula.
Azmil yang datang keesokannya, fikirnya lega kerana terlepas azab ditampal giginya. Alih-alih, misi masih di sekolah dan banyak murid masih perlu diperiksa giginya lagi.
Seorang cikgu perempuan mengadu kepada aku
" akak tak tahulah pulak laki brutal lasak macam Azmil boleh jadik penakut cam tu, Jimi. Sampai, ponteng sekolah "
Aku membalas
" Akak, Azmil tu luaran je nampak je macam tu. Ingat tak lagi saya kata, kehebatannnya tu sengaja diperbesarkan-besarkan. Dia suka simpan perasaan dalaman dia. Kalau nak tahu, dialah paling penakut, paling manja dalam tahun 6 tu. "
" I know his type so well, la akak "
" Macam mana cikgu Jimi tahu, bukannya Jimi ada anak lagi? "" well, he reminds me of my younger brother. Nak pergi kencing kat dapur pun nak berteman masa kecik-kecik dulu, kalah main badminton dengan saya, kalah dia pun menangis "
" hish, tak sia-sia kamu jadi ‘ ayah angkat’ Azmil , you understand him well enough"
Kami berdua tersenyum sambil memandang barisan wajah-wajah murid yang sembap dan murung, sambil menunggu giliran dipanggil misi.Wajah
Azmil pula pucat lesi bagai menunggu perhitungan mata dan hidup.
Sesudah keluar dari bilik, tersengih-sengih sambil memegang pipinya dan mengemam kapas di bibirnya.
.